My Favrot

Wednesday 5 July 2017

Hukum Memakai Inai bercorak


Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
  1. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.
  2. Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.
  3. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan.

Tuesday 20 June 2017

Throwback cuti-cuti

bismillahh

Sebenarnya banyak lagi gambar-gambar.. tapi banyak tersimpan di hp lama.. jadi, enda la terupload hehehe,,,
D Mount Titlis Switzerland.
Nih masa d airport Dubai

D masjid London



Nih masa on the way ke Paris, this is Venezia Italy

Venice Italy



Bismillah..

Bismillah..

Lama nda post di blog nih =) hari nih 21.6.2017 lagi 4 hari lagi raya ya.. enda terasa masa.. dengar kata, raya ke 3 nanti aqiqah c miyam ( anak buah ku ) di sambut birthday ku.. inshaa Allah.. sejak kebelakangan ini aku sebenarnya enda berapa sihat.. Allahu Allah.. ujian.. dekat akhir sem nih, makin kuat ujian.. kadang aku rasa macam sedih-sedih seja.. Macam-macam sakit ku sejak kebelakangan ini.. dan hanya Allah seja lah yang tahu perasaanku.. di samping keluarga yang tidak ada di sisiku ( ibu, ayah) sebab dorang di tawau.. takda d kk.. sedih2 sendiri.. tapi its ok lah.. jumaat balik juga nih..

Mudah2an kesihatan ku kembali normal.. amiinn.. sepenuhnya berserah kepada Allah.. ku pulangkan kepada Allah semuanya...

di sini ku sertakan gambar ku bersama family masa konvo tahun2 lalu.. =) hari yang terindah.. syukurlah terlaksana satu tanggungjawab sebagai anak .. Ribuan terima kasih untuk yang banyak mendoakan.. pensyarah2 yang banyak membantu walaupun ada pensyarah tuh tegas dalam pemarkahan.. syukur alhamdulillah.. kawan-kawan yang banyak juga membantu dan menyokong.. dan terutama orang tua ku.. love love love untuk semuanya =)

pertanyaan hebat sekarang dari sekelilingku.. "kahwin bila?" hebat suda pertanyaan dorang eh.. hai jodoh, bila mau datang? ramai suda orang tanya nih.. bila mau sarung cincin di jari manis ku nih? hehehe kadang tertanya juga aku, siapa lah gerangannya.. jangan lama-lama sesatnya.. rindu nih mau tau siapa dirimu.. bilang ibu ku, jodoh tuh dia sendiri pigi jumpa orang tua sebab dia suka kan kita.. i miss you jodoh.. datang secepatnya ya.. sarangheyo.. (inshaaAllah kalo panjang umur, ada jodoh di dunia, alhamdulillah. andai tiada, mohon di Syurga) Mudah2an dapat pasangan yang mampu membimbing dan diri semakin dekat sama Allah kerana cinta yang sejati itu atas nama Allah .. inshaaAllah...



bersama Atuk =)