My Favrot

Thursday, 4 April 2013

"Kau bila lagi?" Soalan Hangat!

Bismillahirrohmanirrohim..
Hay,hay,hayyy ! hehehe.. Esok adalah hari Exam business Math, iaitu Exam paper kedua terakhirrr.. Inshaa Allah next weeek Balik ! ;D senangnya dalam hati saaayaaa.. rindu ngan familyy.. :') mudah2an semuanya dipermudahkan..aamiin ya Allah.. Apa tidaknya? rindu menyertai majlis Taman Syurga yg slalu diadakan di rumah :) Syukur alhamdulillah, bapa tu seorang yang tegas dalam Agama dan bangga dengan agama yang dipeluknya ^_^ syukur dapat pa2 yang terbaik untuk dunia akhirat ku..alhmdulillah.. sgala Puji bagi Allah.. Juga ibuku tersayang, yang lemah lembut.. sentiasa mengingatkan diriku untuk lebih kuat menjalani hidup ini dengan penuh kesabaran dan teguh pendirian dalam menjaga hubungan dengan Allah S.W.T..

ok, berbalik pada post ku di atas.. Bunyi pelik sikit kan?hehehe ini soalan "bila mau kahwin".. Sebab, dengar2 khabar, turn abang din macam mau kawin :) alhmdulillah.. baguslah kawin daripada berjalan dan bertemu tanpa ada hubungan yang sah.. sayang begitu.. kawin terus lebih baik :) cerita sal aku.. bila mau kahwin? tanya lah jodohku :) aku menunggunya untuk tiba menikahiku.. Semua orang ada boyfren dan pasangan2 yang seangkatan dengannya,haha.. tapi aku tak ada lagi.hehehe.. bukan tak laku, tapi menghindari cinta yang tidak pasti ini... aku perlu mencintai seseorang yang pasti untuk disayangi dan dicintai di hari2 yang pasti.. betulkan?? daripada cinta yang tak pasti, buang masa.. jodoh kita lah yang terbaik untuk kita, dialah yang perlu kita sayang.. bapa tu pernah bilang, jodoh walau jauh, akan bertemu.. dalam keadaan yang sukar di duga bila datangnya, siapa dirinya.. Kadang kita tak pernah kenal pun orang tu, tapi kalau jodoh, kkuatan hati itu ada.. bila melihatnya, mendengar kata2nya,  ada suatu yang timbul dari dalam lubuk hati, dia ni ada keistimewaan.. tak kisahlah dia pendekka, tinggi ka, cantikka, hensem ka.. sama saja semuanya.. jodoh tu menerima apa adanya..

Aku tidak tetapkan hatiku untuk menyukai seseorang lelaki yang bagaimana.. bagiku, yang penting agama dan akhlaknya.. Secara jujurnya, aku tidak memandang pada paras rupa mahupun harta.. Kalau yang datang itu ada ciri2 di atas, ya alhamdulillah.. Aku bersyukur.. :) tidak ada yang perlu diragukan andai itu datangnya Jodoh.. inshaa Allah aku menerimanya dalam keikhlasan dan redha, begitu juga yang ku ingin darinya..hehe.. inshaa Allah.. bermadah la pulok.. heheheh .. ayuwah.. sampai di sini dulu cerita :)

p/s: Adakalanya Ujian datang menerpa, aku diam.. Mencari Ketenangan...

wassalam.


Sunday, 24 March 2013

Musim Ujian mulai Tiba :) ready tidak? ;)

Bismillahirrohmanirrohim..

Assalamualaikum wrh.wbt...
Hay,hay hayyyy!! Hari ni hari Selasa bersamaan tanggal 25 Mac 2013.. Rasanya suda lama tidak meng "UPDATE" blog ;) coz sibuk dengan kuliah kan..hehe.. Hari ni merupakan hari ke-3 Study week, juz 4 hari utk study week kali ni.. Sebelum ni, seminggu biasanya.. Mungkin disebabkan banyak cuti sepanjang sem ni, so.. Study week pun terpaksa dipendekkan tempohnya :) Inshaa Allah 3 minggu ni merupakan hari EXAM.. Wow isn't?? haha :D tidak sedia sangatttt! risau  =( but I will try my best utk ulang kaji sehabis2xnya around this week.. inshaa Allah ;)

By the way, HBU iaitu kawad2 dan ujian yang seangkatan dengannya telahpun selesai.. Sepanjang sem 1 ni, full tiap hari isnin dengan kawad.. penat tahap gaban ! but saya enjoy mengikutinya kerna Tujuan kawad adalah memebentuk diri kita menjadi orang yang berdisiplin, bertatatertib dan Cergas (ececehhh ini termaktub dalam nota Tujuan Kawad nih) haha ;D ingat lagiiii ni..hehe.. Terkena dengan Cikgu yang best, peramah,pelawak dan tegas.. Cikgu Khairun.. wahh, cikgu yang agak Garang di gelanggang kawad tapi cool sebenarnya..

Ok, study week ni ada timenya belajar, shopping dan jalan2.. Sebab, my family bersamaku saat ni.. Alhamdulillah tenang jiwa, gembira rasanya.. Bukan sebab shopping ok? ;) tapi sebab dapat jumpa mereka setelah dadaku,hatiku,mindaku mengalami masalah gangguan dan kekacauan tentang Mundu dari Filipina tu. Bukan apa, kan belajar jauh ni seorang2.. family pun jauh.. rasa risau tu keterlaluan sangat.. sehingga suatu hari ada berita perwira kita di lahad Datu terkorban (AL FATIHAH).. Tak dapat tidur satu malam, menangis  teringatkan family.. Terbayang raut wajah orang tuaku & adik beradikku.. Risau jika tidak lagi bersua dengan mereka.. Dan sangat menghairankan dan membingungkan keadaan bila SABAH dipersoalkan STATUSnya yang memang SAH Dalam Malaysia..  Ramai kata semua ni, propaganda sebab dekat Pilihan raya.. haihh.. Politik again?? Alhamdulillah Syukur kita masih dalam keadaan yang aman dan harmoni di Negara ni.. Jangan disebabkan seorang, kita GADAIKAN DAN CEROBOHKAN Negara kita yang tercinta ini.. Jaga Negara kita sebaiknya.. Syukurlah dengan apa yang ada ya :))

Oklah, sampai jumpa dipost yang lain ;)













P/s: Mencintai Allah itu suatu keindahan yang kekal tiada pengakhirannya dan membawa kita ke Jalan Syurga. Amalkan Islam sebagai Ad-Din ;)

wassalam..

Wednesday, 13 February 2013

rasa Kecewa?Hingga tiada tempat untuk bercerita?

Bismillahirrohmanirrohim..


Hari ni aku terasa ingin bercerita tentang Topik "Kecewa". Menurut fahamanku, Kecewa ialah perasaan yang hampa tika sesuatu yang dihajati tidak tercapai. Semua manusia akan melalui rasa ini tidak kira muda mahupun tua. Kecewa termasuklah dalam segi kecewa pelajaran,cinta,keluarga,kerjaya dan lain-lain. Sebagai manusia, rasa kecewa ini semua manusia akan melaluinya, cuma ujian kita berbeza2. Tidak dapat aku nafikan, aku juga pernah rasa kecewa yang berulang kali. Seolah2 aku rasa hilang daya untuk bersuara dan berkongsi tentang apa perasaan yang ku alami. Ya, bila kecewa, kita tidak dapat menjelaskan pada sesiapa pun bagaimana rasanya sakit yang kita alami, luka berdarah di lubuk hati tidak seorangpun yang dapat membacanya. Kecuali Allah. Sebenarnya, kecewa terjadi bila kita berharap pada yang SELAIN ALLAH.

Firman Allah swt :


"BERDOALAH kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah TIDAK SUKA kepada orang-orang yang MELAMPAUI BATAS." (Surah Al-A'raaf : 55)


Kecewa banyak mengajarku untuk menjadi seorang yang matang untuk mengenal erti kehidupan. Erti kehidupan yang ku maksudkan disini termasuklah keluarga, cinta, pelajaran, kerjaya dan lain-lain. 


Ingin ku ceritakan panjang lebar, namun aku kesuntukan masa untuk bercerita.. Sampai jumpa dlam post yang lain :)


by:

Sayda