My Favrot

Showing posts with label Diari ku. Show all posts
Showing posts with label Diari ku. Show all posts

Sunday, 30 November 2014

=) Assalamualikum...

Bismillahh..
   
                   
                                         

           

Lamanya enda tulis apa2 d blog.Tahun 2015 nih, suda masuk ke 23 tahun Hamba yang kurang sempurna ini bernafas. Alhamdulillah. Smoga smakin meningkat umur, semakin dekat kepada Allah.. aamiinn.. Lupa pula.. hehe hari nih mau kongsi sedikit hal tahun lalu yang tidak sempat dikongsikan.. pasal holiday! Hehehe alhamdulillah rezki Allah bagi, ke Australia (2013), area brisbane, gold coast with my family. Dan 2014 ke Tokyo Jepun. Alhamdulillah dapat melihat suasana negara luar.. Tapi sangat2 serius ku katakan :) di Tokyo Jepun sangat sistematik pengurusannya. Boleh dikatakan, on time bila dalam semua hal. When they kata "jam 10" yes you must ada di sana tepat jam 10. Lambat 1 minit, no sorry, haha.. Dorang jalan terus.. seriussss, betul2 berdisiplin. Dan best lah, ada tokyo tower.. Di tambah lagi dengan 4 sampai 3 darjah slcius sejuknya.. boleh dikatakan 4 lapis, still terasa sejuk :) so.. d cni aku kongsikan Beberapa gambar kenangan di sana..

Australia (2013)
Gold coast Austaralia



Jepun (2014)
Grand Pacific Le Daiba ( Tokyo Jepun)


Tokyo Tower
View dari Tokyo Tower. ( Musim Autumn ) =)
With My lovely Family ( Disneyland ) -Tokyo



My lovely Family, my kakak with abg ipar, abg with kak ipar.. Me?haha belum lagi.. suatu masa inshaaAllah moga berdua suda =)

Saturday, 10 August 2013

Alhamdulillah selesai juga acara akad nikah abang tersayang :)



Bismillahirrahmanirrohim..
Assalamualaikum wrh.wbt..


Hayyy... alhamdulillah selesai acara akad nikah abang tersayangku akhirnya.. best juga la rasanya.. cuma sedikit sedih pula terasa.. haihh.. pelik2.. sepatutnya happy la juga kan.. maklumlah.. abang sulung.. seorang seja.. mana la tidak sedih.. hehe..  org disekeliling aku, smua tanya, turn aku pula bila? wakaka.. kena tanya lagi tuh.. haihh.. sabar kalian2.. aku belum ada seseorang yg boleh dinamakan betul2 pasti jodoh aku.. jadi, belum masanya lagi kot..hehe.. inshaa Allah suatu masa nanti dia datang sendiri cari aku.. kan jodoh tuh cari kita juga ? :) kadang suda kenal lama, tp satu jodoh.. kadang enda kenal, tapi hati kata ini jodoh sesuai.. terus kahwin.. naa.. itu namanya jodoh.. yang tidak disangka2 itulah jodoh.. hehe.. orang bilang la.. bukan aku bilang ya? ;) apa2 pun syukur kepada Allah majlis nikah jalan lancar.. risau juga aku masa sebelum nikah tuh, maksud aku beberapa hari sebelum nikah abang.. hujan terus.. sepanjang tahun ni rasanya hujan sering turun kan?hehe.. membasahi bumi yang hijau , yang dipenuhi tumbuhan subur.. (cehh, jiwang la pulak) hehe.. sedar enda sedar, hari ahad suda kan?!!  as we diberitahu, kuliah start selasa ni! haihhhh!!! enda puas berayaaaaaaaa!!! bengangggg! haihhh.. hehehe..

Oh ya, selesai kawin c abang ni, ada majlis bertingkuang(sambut menantu), itu dalam bahasa Bajau ..hehe.. majlis sambut menantu nanti disemporna.. hehe.. tambah lagi 1 family baru.. abang ipar suda, kakak ipar suda, naa lepas cni suami la pula.. hehehe.. tua nya suda aku rasa skarang ni,. 21 tahun suda.. mau masuk 22... hoho! semakin berusia suda ... hehehe..

Majlis abangku ni, didahului dengan khatam Quran.. dan aku la jurukamera family saat itu.. punyaaalaa malu menggambar abang.. haihh.. nasib la adik ni sayang dengan abang kan?! haha.. jangan mara abangg.. hehehe...lepastuh acara di beaufort (bernikah), bersanding.. smbut menantu dismporna dan last sekali sanding di Hotel Seafest.. :) terbaeekkk.. mudah2an dipermudahkan Allah segala urusan.. aamiinn..

di sini aku sertakan beberapa gambar semasa raya di semporna dan kahwin abangku.. hehe.. ;) ayuwahhh.. ada separuh gambar takda dalam pen drive daa, yang lain suda kana cuci.. huhuhu




Hantaran dari pihak lelaki dn perempuan.. 

before kawin , mjlis berinai dulu kann..hehe Ruma atuk (sebelah ayah) di Likas.

di Beaufort. Urang bofot jumpa urang Tawau
Majlis d Semporna.

 Semoga kekal hingga ke Syurga.. aamiinn.. jangan dengar fitnah dunia.. kasi kental jiwa dan raga..



with my BFFF d semporna time raya =)


Monday, 6 May 2013

Hampir terlupaaa.. ya Allah ! =)

Bismillahirrohmanirrohim..

hay,hay,hay !! bersua lagi kita dalam rancangan??hahaha dalam blog saya yg ok2 jugalah..hehehe.. hampir lupa.. Beberapa hari yang lalu, Kak sepupu kahwin dengan Anak Ustaz Manaf.. Alhamdulillah.. Familynya orang baik2.. hehehe.. Macik pula, baru melahirkan anak.. Namanya Ainul Zinnirah.. dan kenangan bersama family ke Tampi2 iaitu tempat d mana masa kami kanak2 dulu, disitulah tempat kami berenang.. Terimbas kenangan2 masa lalu .. dan di sini, ada gambar2 yang sempat di ambil ,hehehe..




ni masa kawin kak sepupu,hehe






Masa ni lawat macik yang baru bersalin.. Comel sangat2.. tidur seja baby ni..
ni la harga2 makanan yang di jual di Tampi2.. Tampi2 ni pun salah satu lokasi  filem Duyung.hehe


 kemas2 barang masa ni.. haa..ni lah bilik ku dikampung.. Purple teruss.. kau ada?haha ini kali lahhh.. terus balik Tawau masa ni.. ;) gonna miss you my bilik.. hehe

Oh ya, tadi baru saja Install Viber, Whatsapp dan WeChat.. fuhhh.. best.. kalau ada wifi la..hehehe kalau takda tu.. susah ckit.. hehe .. oklah sampai cni.. daaaa

wassalam ;)






Saturday, 24 November 2012

Sedikit sebanyak, ilmu tetap ilmu.. Allah itu ada dan kita ini sebenarnya tidak ada..

Bismillahirrohmanirrohim..
Alhamdulillah, hari ni adalah hari yang bermakna pada ku juga keluarga serta yang hadir pada malam ini di kediaman kami. Hj Shaari bin Hj Muhd Yusuf telah datang ke rumah kami untuk berkongsi ilmu Makrifat ( ilmu Mengenal Allah) dari Tok Kenali Kelantan iaitu Wali tersohor di Kelantan.. Al- Fatihah untuknya..

Kami telah diterangkannya tentang ilmu Tauhid iaitu ilmu mengEsakan Allah.. Saat ini, aku berasa alhamdulillah kerana Allah menemukan kami dengan Manusia yang Mulia membuatkan aku semakin kenal Allah, diri & Mati.. Sungguh aku amat tertarik apabila Beliau meletakkan tapak tangannya di dinding rumah kami yang dihiasi cat putih lalu berkata " Adakah kamu semua dapat melihat Bayangan tangan ini?" " kami katakan ya".. kemudian beliau menyambung lagi " tanpa Tangan yang saya letakkan ini, tidak mungkin bayangan tangan saya ada, benar tidak?" kami menjawab " ya" lalu beliau berkata " begitulah kita, kita umpama bayangan itu " itu menjelaskan aku bahawa kita ini tidak ada, yang ada itu Hanya Allah..

Tidak aku nafikan, penyampaian beliau begitu mendalam dan berkesan. Oleh itu, bagi yang diluar sana, yang tidak memahami ilmu sebegini, sewenang2nya akan mengatakan orang sesat. Umpama, nampak buah mangga atas pokok, lalu melemparnya dengan batu agar jatuh ke bawah.. Namun, buah mangga itu tidak jatuh, orang itu pasti berkata " ah ! buah itu pasti masam" walhal, orang yang mencuba dan merasa akan lebih tahu ia masam ataupun sebaliknya :) Bersyukur kepada Allah mengenalinya.. Sifat peribadi beliau membuatkan aku begitu kagum, sifat kesederhanaannya, lemah lembutnya dan persaudaraannya. Jelas ku mula kagum tika beliau mengatakan " Saya bukan guru, dan kamu bukan murid. Kita semua sama dan malam ini kita sama2 menuntut ilmu " tapi sayangnya.. masa terhad, beliau tidak dapat menyambungkan perkongsian lain.. sayangnya ! betul2 rasa ingin belajar ilmu agama yang lain lagi dari Tuan Hj Shaari.. he2..

Jika diberikan kesempatan aku ingin sangat berguru dan mempunyai guru yang boleh membawaku ke Jalan Allah.Kerna aku masih kabur dan cetek ilmu agama. Inshaa Allah. Sampai disini dulu cerita.. dan alhamdulillah hari ni ayahku telah menggantikan laptop baru daripada memakai laptop yang telah 6 tahun lama ku gunakan dahulu :) terima kasih pak.. love you forever ^_^ sampai di sini..

wassalam.


Monday, 12 November 2012

Ya Robb,Temukan diriku dengan pasangan yang terbaik dunia akhiratku..

Bismillahirrahmanirrohim..

"Melengkapkan kekurangannya Mensyukuri Kelebihannya" ..

 Aku punya banyak kelemahan, untuk apa aku mencari yang terlalu sempurna? Dan aku hanya berusaha jadi yang Terbaik untuk Dunia dan Akhiratku.. Doaku hanyalah ingin jodoh yang dapat membawa ku kejayaan dan kebahagiaan dunia & akhirat..

Tidak dapatku nafikan, saat usia menginjak dewasa. Aku mula tertanya-tanya siapa jodohku, di mana ia berada, adakah dia baik-baik sahaja? dan tidak dapatku nafikan, terbit perasaan rindu inginku melihat siapa dirinya dan bagaimana keadaannya? Kalau dulu, aku tidak pernah terfikir semua ini. Tetapi kini, sepertinya dalam diam aku merindui dirinya iaitu jodohku. Hanya Allah yang Tahu bagaimana perasaanku tiap kali mendoakannya, berharap dia selalu dalam Lindungan Allah yang Maha Esa.

Walau aku tidak tahu siapa dia, aku yakin dia juga sepertiku. Berusaha mencariku, tetapi hanya dengan  Izin Allah kami akan ditemukan dan dengan Izin Allah hatinya akan tergerak mengatakan aku lah yang dicarinya selama ini. Melihat teman-temanku yang suda bertemu jodohnya, ada rintihan kecil di sudut hatiku. Mereka suda ditemukan dengan Jodohnya masing-masing. Aku? masih tertanya-tanya.

Doaku, smoga kita dipertemukan Allah dalam restuNya.. Smoga kita boleh menerima sesama kita apa adanya.. Semoga Allah mencurahkan belas kasihannya buat kita dan Moga kita mendapat kejayaan dan kebahagiaan Dunia akhirat.. aaamiinn..

Jika ku temukan siapa dirimu, akan ku katakan " Kaulah yang ku cari selama ini, kaulah yng ku nanti waktu ini dan kaulah yang amat ku rindui dalam stiap Doaku" :')



Wssalam
By Sayda

Thursday, 6 September 2012

UjianMu mengajarku Erti Kesabaran..


Bismillahirrohmanirrohim...

Assalamualaikum wrh.wbt.. Sharing is Caring..

Awan putih berlangitkan sebiru warna, menambahkan keindahan alam semulajadi. Kecantikan alam yang tiada taranya menyaksikan pelbagai acara pementasan hidup yang beraneka gaya. Maha suci Allah yang menciptakan manusia yang berpasangan begitu juga makhluk Allah yang lain turut memenuhi pelusuk bumi.
Alhamdulillah, kita masih bernyawa menunaikan segala perintahnya, akur dengan ketentuan illahi walaupun penuh dengan pancaroba. Seringkali hidup dicabar dan diuji namun terus berdiri gagah dengan pertolongan Allah SWT.
Mengharungi hari demi hari membuat kita tidak terlepas dari melakukan dosa. Dosa kecil mahupun besar terpendam dilubuk hati dan adakalanya membentuk pelbagai rasa. Pernahkah kita memohon keampunan dariNya? Saya yakin kita sebagai hamba diberikan naluri untuk mengetahui akan dosa-dosa yang dilakukan walaupun tanpa sedar.
Adakah kita insaf?
Sekiranya keinsafan masih menebal pada diri, sebenarnya kita masih lagi menyirami iman kita dengan baja keampunan dari Allah SWT. Jika tidak, jangan dibiarkan dosa-dosa itu menjadi sebati dan kekal selamanya pada hati nurani kerana dari situlah 'air muka' kita akan terbentuk dengan perkara-perkara yang sebenarnya datang dari hati kita sendiri.
Oleh itu, jagalah hati dan kasihanilah kerana dia juga makhluk Allah seperti kita. Tugasnya sangat berat untuk mengawal manusia dari melakukan dosa. Kalau hati kita baik, baiklah kita sebagai khalifah Allah dimuka bumi. Jika tidak, hati kita akan melakukan sesuatu yang tidak mungkin dijangka.
Tahap iman dalam diri.
Disaat dan ketika ini, ada dikalangan kita mengatakan bahawa apabila seseorang itu dipenuhi dengan iman dan taqwa pastinya berpegang teguh dengan agamanya. Mana mungkin manusia yang bersifat baharu ini tidak akan diuji walaupun hidupnya diselubungi dengan kemewahan melimpah ruah.
Ada juga menyatakan yang menutup aurat itu hidupnya akan menjadi kebal dengan nafsu kerana badannya dilitupi dan tidak akan mudah melakukan dosa berbanding mereka yang tidak berhijab atau tidak menutup aurat.
Dari pandangan saya, bukan mudah untuk memelihara iman, kerana iman kita ini ibarat daun-daun yang berguguran, apabila ia dipukul angin ia akan berterbangan mengikut arus angin. Sesungguhnya, iman itu tidak bersifat kekal dan sentiasa berubah-ubah.
Ada suatu masa kita rasakan hidup ini sangat dekat dengan Allah SWT dan adakalanya tidak. Itulah manusia yang Allah ciptakan, hatinya sentiasa bermain-main dengan perasaan. Kadangkala dengan iman kita terasa indah dan lama kelamaan iman itu semakin hilang dan menjadikan kita manusia yang alpa kepada Allah SWT. Ini kerana keteguhan kita terhadap iman masih diawang-awangan dan menganggap tiada kepentingan dalam mengekalkan iman di dalam diri.

Setiap saat diuji.
Tidak akan senang manusia itu kalau hidup tidak pernah diuji. Sekiranya sentiasa aman dan bahagia kemungkinan kitaran kehidupan kita ini akan kehilangan sesuatu yang dikatakan "ujian dan dugaan".
Ya, saat kita diuji adakah kita sedar akan ujian diberikan? Manusia sentiasa leka dengan kesibukan dunia sehingga lupa kepentingan akhirat yang perlu diutamakan. Apa yang mereka ingat adalah nikmat dunia. Sehingga manusia menjadikan dunia itu sebagai tongkat untuk berdiri sedangkan yang menjadikan mereka berdiri dengan gagah itu adalah dari Allah SWT. Biarlah diri kita diuji, Allah mahu membersihkan kita dari segala kekotoran yang menyelubungi dari segenap sudut pada anggota badan kita iaitu hati.
Serah diri padaNya.
Saat menadah tangan pohonlah keampunan kepada Allah, berdoalah dengan penuh pengharapan agar kita diampunkan dari segala dosa-dosa yang lalu. Biarlah air mata sepi menjadi saksi tanda kita takut kepadaNya. Beristighfarlah, kerana banyak hikmah terkandung disebalik makna-makna yang diucapkan.
Yakin dan percaya dengan kewujudan dosa dan pahala, syurga dan neraka. Jangan lalai mahupun leka kerana kematian sentiasa menghampiri.
Beriman kepada Allah SWT adalah satu landasan yang merupakan penjuru disetiap kehidupan. Walaupun iman tidak boleh diwarisi tapi boleh menjadi benteng dalam menghadapi pelbagai keresahan hidup.
Berdoalah kerana dengan doa, Allah akan mendengar segala keluhan kita kerana tuhan tahu apabila kita melakukan dosa kita akan kembali mengadapNya. Perbaikilah diri dengan kesalahan serta kesilapan yang kita lakukan. Perelokkan nawaitu kita untuk kembali bertaubat dan bersujud padaNya.
Sucikan hati dan rawatlah jiwa dengan ayat-ayat Allah iaitu al-Quran yang merupakan surat cinta yang diutuskan kepada hamba-hambanya.
Cinta Allah akan kekal dihati, kewujudanNya dapat dirasai, hadirNya bagaikan merentap sanubari.
Disini ada beberapa gambar saat Hari Raya  :)



Thursday, 16 August 2012

Suasana raya kini kembaliiiii !!!!

Bismillahirrahmanirrohim...

assalamualaikum wrh.wbt..


hay3 =) alhamdulillah aku selamat tiba di rumah kemarin pagi.. Flight MH2121 jam 7.30 pagi ke Twu.. Dan aku tersangat2 happy sebab??? dapat jumpa family lagi balik, he2 =) punyalah rindu dengan dorang... akhirnya jumpa juga.. itupun cuti seminggu ja.. haishhh.. tapi nda apa lah, namanya pun belajar kan,he2 =) oh ya ! cerita pasal belajar.. Masa MDS ( minggu destinasi siswa ) punyalah bestttttt yang berlangsung 3.6.2012 .. =D kah2.. first time ni kenak bangun 3 pagi dan kena ke PI untuk Solat Subuh.. kenak jalan kaki dan naik tangga yang ber 70 anak tangga, best kan??? =D haha.. Kenak2 marah lagi ! hehe.. tapi enjoy la rasanya blajar d U ni.. macam2 pengalaman orang bilang.. Especially yang tidak tahu berdikari, jadi pandai berdikari... hoho.. terutama "SAYA" =)


Masa MDS tu, kami banyak Taklimat.. dan setiap taklimat tu habis, kena nyanyi lagu UiTM.. jadi, berdirilah kami dengan Mukak2 penat & mengantuk tu.. ada 1 hari tu masa En Sahol disiarkan secara LIVE buat ucapan di Uitm S.Alam untuk seluruh Intake baru.. bestnya pulak... Masa tu kami kena pakai baju putih, skirt hitam dan tudung Ungu Uitm.. masa tu la semangat terasa ni.. sebab rasa macam ya Allah! aku salah satu orang yang duduk di dewan ni dan aku salah seorang yg terpilih study cni.. syukur alhamdulillah sangat2 kepada Allah.. Walaupun aku nda macam orang lain, yang mungkin sambung degree @ diploma suda.. =) belajar ni learning.. bukan namanya ada diploma @ degree tu yang d kejar.. Belajar menuntut ilmu bukan sebab2 tertentu.. =) best ba belajar ni.. lebih2 lagi d U..


Bestnya di sini, aku ada kawan2.. dapat kenal ramai kawan.. dan 1 lagi Ingatkan Uitm ni ndakda la tekankan sangat Program2 Agama.. Rupanya macam2 Program, Halaqah & Usrah.. Aku pun suda daftar jadi Sahabat Ahli Plajar Islam.. Jadi, stiap minggu aku ada ikut Usrah.. semuanya Kakak2 PM yg ajar.. dan stiap hari Isnin hingga Jumaat lepas Maghrib, ada Kuliah2 agama.. Semuanya kakak2 kecuali Hari Rabu, Ustaz Puaad ..Lucu habis ni Ustaz.. Time MDS tu memang lucu2 suda.. hehe =D, terbaekkkk..


Jadual kuliah ku Full habis,


Isnin     ->  jam 8.00- 10.00, jam 10.00-12.00, jam 2.00-4.00 & jam -10.00 malam.

Selasa  ->  jam 8.00- 10.00, jam 10.00-12.00, jam 2.00-4.00 & jam 4.00- jam 6.00 petang.
Rabu    -> jam 10.00- jam 12.00 tgah hari, jam 2.00-4.00, jam 4.00- jam 6.00 & malam nya jam 8-10.
Khamis -> jam 8.00-10.00 pagi, jam 10.00-12.00 tgah hari & jam 2.00-4.00 petang.
Jumaat  ->  jam 8.00- 10.00, jam 10.00-12.00, jam 2.00-4.00 petang.

Sabtu Ahad kadang dirumah nenek @ di Asrama ja.. hehe. Kadang lagi best di Asrama tau.. sebab apa? Aku dulu masa di rumah, susah betul ada selera makan.. Bila di asrama, masa tu aku dapat berfikir.. Kalau aku nda Turun Cafe, macammana mau makan.. Takkan aku sanggup makan maggie ja hari2?? yalah, dulu d rumah, semua disediakan. Tinggal duduk & makan =) hehe..Kadang ikut masak dengan mamak.. kadang buat kerja lain.. Jadi, bila di asrama nda la susah sangat.. Sebab mungkin ada juga basic biasa buat kerja kan?! hehe =) terutama kain ! hari2 kenak di cuci ni.. takkan dibiar sampai 1 minggu kan? habis kapitayan menjemur dengan mencuci.. haha =D best juga ba.. berdikari sendiri ni.. Baju pun, gosok sendiri.. untuk 1 minggu terusss.. supaya ada masa yang terluang tu semua untuk Fokus belajar =) Dengan erti kata lain, Inilah erti Kehidupan.. yang tidak disiplin jadi disiplin, yang pemalas jadi rajin =) 


Disini jugalah aku pandai berfikir, pandai bergerak dan pengalaman banyak mengajar.. Memang kadang penat, tapi nda apa.. Itulah hidup, bak kata pepatah " bersusah2 dahulu, bersenang2 kemudian" ..

Ramai yang mengeluh pasal naik tangga..tapi memang betul, punyalahh tinggi tu tangga... 150 tangga aku naik tiap hari.. bayang kan? aku dapat bilik d aras 5 =D haha.. punyalah tidak tercerita hari2 melalui tangga2 yang tersangat istimewa itu.. hehe.. tapi best juga.. Exercise orang bilang =) apa yang menguatkan semangat ku di sini, pertama Aku rasa berSyukur kepada Allah sebab Dia bagi aku rezki yang ramai orang inginkan rezki yang sama dengan aku.. dan aku salah seorang dari itu.. alhamdulillah .. 2, sebab Ibu bapa.. bila aku teringat pengorbanan mak bapa ku.. Diriku terus bermotivasi sebab Merekalah yang mendoakan kejayaan2 aku, membesarkan aku, & berkorban harta, masa & Kasih Sayang selama ni untuk aku.. dan aku terus berfikir, aku kena gembirakan mak bapa ku .. sebab itulah yang mereka selalu doakan " kejayaan,kejayaan dunia akhirat untuk anak2" Aku bersyukur lagi sangat2 kepada Allah, dapat orang tua yang selalu mendekatkan aku dengan Allah.. Nasihat nda pandai putus2, " Solat jangan tinggal, Al Quran jangan lupa Baca sebagai panduan hidup,Jangan sombong bila ada ilmu sebab orang berilmu, makin tinggi ilmunya, makin bagus akhlaknya, itu baru orang berilmu"  itulah yang sentiasa terngiang2.. jadi, semangat tu kembali la orang bilang, hehe =) 3. Untuk Masa depan, masa ni lah aku kena belajar & berusaha nanti mengamalkan ilmu yang aku ada.. Untuk Masa depan.. Lebih2 lagi soal kewangan, perempuan kan terkenal dengan hal2 kewangan ni.. Termasuklah belanja yg macam2 segala.. Jadi, kenalah merancang untuk masa depan.. Walaupun nanti ada suami yang ada kerja, perempuan pun kena ada kewangan yang stabil, sebab sama2 ada pendapatan, dapat ringankan beban suami juga kan.. kan Islam itu Mudah =) rezki Tuhan yang tentukan, tapi kita kena cari peluang untuk dapatkan rezki kta sendiri =)

Now, masuk pula cerita sal Bulan Ramadhan. Solat Trawih ku yang first2 d Masjid Negeri, KK.. ada ekon nya.. sajuk2.. hehe =D Dan inilah kali pertama aku Solat Trawih d KK, d Masjid Ngeri.. Selama ni kan di Twu.. Ikut bapa, Masjid d Batu 2.. Trawih aku p dengan Pacik ku Firdaus iaitu adik Mama ku.. Yang skarang sedang bekerja d Usia. Hari berganti hari, tepat tanggal 15.8.2012 aku pulang Twu.. sebab mau raya suda kan =) Jadi, baju2 pun suda ok semuanya.. tdung pun ok.. =) tinggal bertolak ja ni.. Cuma tahun ni ada berbeza sedikit =( Beraya tanpa bapa.. Bapa ke Makkah.. tapi nda apa2 lah, kan dia pergi beribadat =) kami doakan kesejahteraannya dan tenang menjalani Ibadahnya d sana.. aaamiiinn.. sayang bapa ku banyak2.. hehe =)


By the way, slamat berhari raya dan maaf zahir Batin =) Hidup kna slalu redha dan tidak usah mencari ksempurnaan.. tapi carilah yang diperlukan.. Bila redha, tenang la yang terasa.. Jiwapun akan terasa bahagia... apa2 pun selamat Hari raya ! =D


mereka ini teman2 kelas ku =)



 

Kawan2 Usrah


Inilah katil ku sem 1..hehe


Ini almari..penuh dengan minuman..untuk tetamu yang datang..hehehe



wasalam,
By: me

Thursday, 24 May 2012

Realiti yang harus ku hadapi..

Bismillahirrahmanirrohim..

alhamdulillah masih bernafas sehingga kini.. :) aku sangat3 dan terlebih penat mengurus barang2.. kemas2.. banyak buat persediaan, persediaan apa? =) persediaan sambung belajar.. alhamdulillah dpt twaran u tknlgi mra dlm pra dip pdgangan.. mesti orang2 heran, bukan aku baru habis stpm ka? :) ya.. memang.. tapi kputusan ku biasa2 seja.. otakku ni sederhana.. daripada tunggu smpi bulan 7, bagus aku p cni dlu.. sbb, dapat pun d kk.. banyak jugak aku dapat tawaran ni.. d unisel,kolej poly tech mara, KUIM,KIST,MSU & lain2.. tapi parentsku mau jugak d sabah.. last2 dapat ini, trus smua ok.. aku pun ok lah =) sbb mak pak ku ok juga, klu dorang nda ok.. aku pun k.0 juga.. aku daftar 3.6 ni.. awalnyaaaaa kannn??? =( tarikh lahir ku pun lama lai.. 13.6.. aihhhhh... geram2.. tapi ndak apa.. belajar kan?! adikku ichm balik2 tanya aku belajar di mana? katanya ndakda la mandikan dia, tdurkan dia, GARUKKAN dia, haha !! ndukk.. sedih aku masa dia cakap2 gitu.. yalah, biasa suda dengan dia.. sedih juga.. tapi, apa bole buat. demi masa depan ! kena kuatkan juga hidup ni ..

kluarga ku kata, kena pandai berdikari.. smua kenak buat sendiri.. sebenarnya, terus terang.. aku ni ada sakit yg macam cepat gemuruh.. prasaanku trus lemah & muntah2.. pelikkan? tapi ini betul.. risau juga aku ni. macammana la ni.. ndakda suda family, aku dengan kawan2.. kawan2 pun nda la seCONTROL family,, hehehe.. =) baru d kk.. blum lagi ke smenanjung.. Rang~ embal na.. haha ! aku banyak berdoa, alhamdulillah mungkin ini jalan yang terbaik stelah banyak yg ku lalui hidup ni.. ujian2.. Tuhan ja lah tahu.. mmg Allah saja lah yg tahu.. embal tahilling kamemon.. hehehe..


oh ya, lusa  ke K.Kinabalu.. maksudnya sabtu ni.. lepastu, esoknya ahad, ke KL.. jalan2.. lepastu 2.6 balik k.k.. esoknya aku d hantar.. mudah2an selalu dalam lindungan Allah, dipermudahkan segala urusan & Allah selalu jaga hambaNya ni.. aamiinn.. masa2 ni lah, c kams sms aku.. macam2 dikatanya.. kesian juga dia,, macam sedih dia.. :') saaaaayang my lovely best fren!  oklah.. sampai sini.. lepas daftar, orntasi 1 mggu.. hp off.. habislah.. apa la dorang buat nanti.. baru aku ni selalu sakit2.. huhuhu.. oklah.. sampai disini... ! =) selamat bercutiiiiiii rakyat Malysia !! semangattt buat kitaaa semuaaa untuk berjuang ! ^_^ inshaa aAllah.. aamiinnn





wassalam,

Saturday, 31 March 2012

SENYUM POWER Esok ! hentam saja lahhh

Bismillahirrohmanirrohim..

Hay3!! lamanya nda update blogku.. klu blog ni ruma, aduina.. bersarang suda.. segala sarang ada.. sarang burung, tebuan dn lain2... hehehe.. klu ruma la ya.. nasib blog.. hehe.. sebenarnya esok aku mula mengikuti Ceramah Memandu.. dapat aku bayangkan mukak ku ni memandu ke tengah jalan.. kena letak bantal lagi d tempat duduk, supaya nampak jalan.. hahaha.. maklumlah kecik2.. macam budak darjah 6 pun ada.. tgkatan 1 dn 2 pun ada juga.. teringat aku masa d Mekkah, kna tegur oleh macik2.. " adik ni umur brapa? anak sy umur 12 tahun pun tak dapat ikut" sekali aku cakap " umur saya 18 tahun kak" .. terus dia " oh.. sorry2" hehehe.. aduina.. itu gambaran yang jelas lagi nyata .. haishhh.. apa bole buat.. ciptaan Tuhan.. nda bole ubah.. suda juga aku berusaha, supaya tinggi.. bergantung.. makan MENTEGA (yg rasanya tawar mcm Ubat) .. suda aku usaha makan. tapi tetap juga gini.. jadi.. aku terima la dgan redha bahawa " saya tidak cukup tinggi" .. syukur alhamdulillah lagi ada la.. sebab ada lagi org yg berat ujiannya dari aku.. =) so, bersyukurlah dengan apa yg ada.. Yang Tuhan bagi itu, adalah yg terbaik.. klu kita ubah, mungkin kita jadi sombong... bongkak.. kan.. semua tu Tuhan yg bagi.. dn bersyukurlah dengan apa yg ada =) ada hikmahnya, InsyaAllah

kembali pada cerita tadi.. esok aku kena ada d dewan jam 7.30 pagi.. awalnyaaaa.. macam gi skula oooo... hehehe (ni kes slalu lambat bangun la ni, tu la rasa awal) hehehe.. mgaku jugak.. ^_^ hehe.. kadang2 gitu la.. terlalu banyak makan mungkin kan... ok2, esok 6 jam.. biasa juga aku ikut ceramah.. biasala tu.. mungkin ada tayangan gambar, eksiden.. klu ada.. nanti akan ku kongsi d blog ni.. tp klu nda bole digambar, nda apa lah.. nanti aku critakan ja apa yg di cerita dalam dewan tu..

oh ya, waktu bulan 3 atau 2 ka tu. aku ikut join ceramah perdana Maulidurrasul d Kampungku yg tercinta, Semporna.. bertempat di Masjid inabah kamal dn SMU Tun Sakaran.. Ustaz yg dijemput tu, dari Jakarta.. DR.Wahfiudin Sakam.. umurnya dalam 50.. luasnya pgetahuannya.. dengar cerita, dia penah belajar d Jerman, Arab Saudi & Amerika.. first time tau, tekejut juga.. sebab nampak simple orangnya.. ingatkan pkai serban, jubah.. Waktu aku mau p tu pun, aku mau pakai jubah dan tudung labuh suda.. sebab .. ulama kan.. kena la kita sesuaikan keadaan.. tapi akhirnya, aku pakai tdung labuh n baju kurung ja.. hehe.. asal tutup aurat.. bila dia tiba, eh.. pkai baju biasa dengan kot ja.. bersongkok la.. simplenya.. biasanya, ustaz2 ni.. pkai serban.. klu nda pun, jubah kan.. benarlah, seseorang itu tidak boleh dilihat dari apa yang dipakainya.. nda semestinya dia punya hati serupa dengan pakaiannya.. hati tu Tuhan ja tahu.. sebab.. dunia buat cara dunia, tapi akhirat tetap dalam hati.. itu yg pnting.. tapi kan.. bagi pandanganku la.. seseorang itu memakai pakaian apa yang dia sukai.. jadi, janganlah kita cepat pertikaikan orang dengan apa yang digunanya.. masing2 dengan citarasa sendiri kan... yang penting jangan langgar perintahNya.. klu perempuan, kena tutup aurat.. kcuali muka dn tapak tangan.. naa.. nda bole memandai2 mau buka2.. sebab itu perintah dari Tuhan.. kita kena ikut.. Masa kita pulang padaNya kita nda tahu bila .. kena lah cepat2 kita muhasabah diri ni.. yg kurang, diperbaiki.. yg baik, dikekalkan.. itu baru best ! hehe ^_^

baru2 ni aku hadir kawin adik sepupuku.. aisehh.. adik sepupu pun uda kawin.. adikkkk lagi tu.. adikkk.. aku ni yg tua ni belum2 lagi.. hehehe.. sbar2.. 20 tahun masih ni umur.. belum sampai seru lagi, orang bilang.. hehe spupuku pun yg seumurku baru bersalin.. aku angkat lagi anaknya.. tenangnya ada baby ni :) terasa macam anakku pulak time dokong tu.. haha.. (perasan) hehe.. apa2pun, mudah2an jadi anak yg Soleh, aminnn.. bagusnya kan klu dpat orang yg beragama, berakhlak baik, ada ilmu lagi.. walaupun hidupnya sederhana.. sekurang2nya, anak terdidik.. kita pun banyak terima didikan.. banyak ilmu kita dapat.. untunglah perempuan dapat lelaki gitu.. mmg untung.. bawa dunia akhirat.. =) sebab, kita kahwin ni.. kita inginkan kebahagiaan.. bukan utk dunia sahaja.. akhirat itu yg kta lebihkan bila suda kawin.. entahlah orang lain, tapi aku macam tu.. bagiku, org ada ilmu agama dn yg mgamalkannya.. lebih memberi kebahagiaan.. sebab dia tahu apa yang perlu dalam rumahtangga..  cuma, soal jodoh ni kita tak tahu kan :) prmpuan yg baik utk llaki yg baik.. llaki yg baik utk prmpuan yg baik =).. aku ni? erm.. ok2 la jugak.. baik atau ndak.. Tuhan ja yg tahu kan .. Rahsia Tuhan klu jodoh2 ni.. terima dengan Redha.. Prinsip ku klu bab jodoh ni.. " melengkapi segala kekurangan yang ada padanya, mensyukuri segala kelebihannya" ^_^ chewahh... ada prinsip lagi kan?! hehehe.. insyaAllah dengan Nama Allah aku menerima.. cerita bab2 ni, kadang sedih juga lah.. sebab aku ni banyak kurangnya.. mahu yg beragama.. berilmu,.. berakhlak.. sedangkan aku takda la semua tu.. tapi,tapi,tapi.. aku tak putus berdoa :))) itu yg terbaik ! jangan henti berdoa.. terus berdoa dan berdoa lah yg terbaik.. insyaAllah jodoh yg Allah bagi, terbaik utk hidup kita ^_^ dont woryy.. be happy okay ?! yg pnting bila jadi suami atau isteri orang, do ur best utk pasangan ^_^ kasih sayang penting, ucapan.. tolak ansur.. prasaan syg.. bermanja.. dan sentiasa myokong 1 sama lain.. dan menghargai juga apa yg dia buat.. adil 1 sama lain.. lmah lmbut.. sebabbbb.. isteri yg solehah dan lelaki yg Soleh tdak terlawan dengan nikmat dunia dan segala isinya.. isteri solehah dn llaki yg soleh itulah nikmat dunia sebenarnya.. :) walaupun hidup sederhana.. dapat itu, untunglahhh !! ceh.. tahu2 ja ba.. padahal belum kawenn.. hehehe.. nda apa.. aku main cerita ja apa yg aku mau cerita.. :)

okaylah.. sampai di sini.. daaaa..
wassalam

Monday, 19 March 2012

Aku ni budak2 ka remaja ka atau buat2 dewasa ka.. Haishh..

Bismillahirrohmanirrohim..

Hay3.. Malam ni sebenarnya Ada sesuatu berita yang aku terima .. Tapi " rahsia " dulu.. Nanti diceritakan kemudian.. :) macam2 rasa la malam ni.. Rasa manis, pahit.. Masemm pun Ada jugak.. Haishh.. Ndak tau la..

Banyaknya ujian dan dugaan dalam hidupku.. Termasuklah prjalanan ini.. Kadang2 sedih terasa.. Berfikir, kenapa dugaan datang bertubi2.. Hanya memohon ketabahan dan disabarkan.. Memohon hanya pada Allah.. Tidak dapat Kita nafikan, semua orang Ada jalan hidup masing2.. Ujian.. Semua lah.. Macam2.. Kadang rasa sedih sedalam2 hati.. Kerna hanya Tuhan yang tahu.. :') sabar,sabar,sabar.. Itu yang aku selalu latihkan diriku..sabar saja.. Sedih pun Allah dengar.. Entah apa yang Allah aturkan untuk hidupku ni.. Semuanya rahsia Allah.. Namun, aku tak putus untuk berdoa dalam semua Hal..

Stpm ku baru2 ni.. Alhamdulillah lulus.. Cuma tak memuaskan.. Biasa2 ja.. Sedih tahap MAX sebab nda pernah dapat begitu dalam exam Besar.. Yala.. Bayangkan, kalau kita suda berusaha.. Dapat sebaliknya.. Mesti hampa dn sedihkan.. :') tapi ndak apa.. Ketentuan Tuhan.. Semua tu Ada sebabnya.. Aku percaya.. :') haishh.. Sedih lagiii.. Magsabal Na ba.. Haha.. Bhasa bangsa sendiri pun kurang terer.. Kadang2 pening juga bapakku.. Heran tengok anak2nya ni kurang pintar berbahasa bangsa sendiri.. Well.. Haha ! ;) tengok2.. Baru ja sedih.. Ketawa la pulak balik.. Ndakda kerja ku lain.. Sedih,ketawa,sedih,ketawa >_<

Oh ya, aku jatuh hati dengan suara Hamada Helal.. Artis Mesir.. Uinaaa.. Sukak habisss dengan lagu2 nya dan ceritanya.. Best hbissss.. Lawak..!kalau sedih, bole jdi gembira.. Ndak percaya? Cayalah.. Madam Sayda ni cakap.. Jangan main2.. Hehehe

Sepanjang cuti bulan 3.. D kkinabalu kami. Menginap d Ming Garden.. Huhu.. Banyak terjalan.. Membeli2 jugak.. Tak lupa akhiratt okey?! ;)) okeylah.. Sampai sini.. By the way, setiap yang berlaku dalam hidup.. Jangan Hampa.. Semuanya Allah suda atur.. Sabar.. InsyaAllah Ada jalannya.. Macam yang dalam lagu Maher Zain tu ;) insyaAllah Ada jalannya.. Ok.. Sekian.. Jumpa lagii.. Daaaa
Wassalam

Wednesday, 15 February 2012

Bersua lagi di Laman Muka Blog =>

Bismillahirrahmanirrohim..
Hari ni, hari rabu. Mendung ja cuaca d Tawau. Ngam la rasanya, balik2 panas. Suda saatnya untuk awan mendungkan dirinya.. Hehe ^_^ kmarinn, adikku sendiri tegur aku.. Knapa konon aku ni pendiam sangat?? Ya mehh?? I think ndaklahh.. Tengok2 mood ni kalik.. Mesti aku d kata pendiam, smbong.. Aishhh >_< mana Ada oo.. Tak kenal maka tak cinta.. Kenal dulu, then barulah describe kan.. Ok?!! Kalo mau tahu, aku sorang yg banyak cakap klu rapat.. Klu tak rapat, ermmm.. 1 Tanya 1 jawab =D hahaha!! That's me!! Aku memang susah untuk orang nilai.. Kecuali yang memang biasa cerita2 dengan aku.. Dan kalau mau tahu, aku jenis yg biasa ja.. Klu marah, diammmmm ja.. Aku sorang yg agak sott juga klu boring.. Tyme boring ja la.. Hehehe.. Tyme lain... Boleh2 la.. ;P Aku suka berkawan dengan orang yg sporting.. Dlam hal2 tertentu.. Bukan smua.. => dan aku paling ndak suka campur Hal orang.. Hal nya halny.. Hal ku Hal ku.. Ada sorang sahabatku ni, 1 kelas.. Dia agak snstif.. Kalau org campur Hal orang, dia mesti ndak suka.. Klu aku paling malas mau tahu.. Jadi, dia selalu gtau aku kalau ndak senang.. Aku dengar kalau betul.. Kalau ndak, aku iya2 jak.. Hahaha ! Jahatttt nyakannn!! Tapi klu benda betul, aku pun menggoreng Jugak.. Hahaha!! Astagfrullah.. Berdosaaa.. Mohon2 Tuhan ampunkan kan ^_^.. Amiinn, InsyaAllah..


Cerita psal skolah, rindu tul tengok ketawak2 kawan2 d klas.. Aku mmg tak rapat ngan dorang, tapi aku enjoyy with dorang.. Yg palng lucu, C Azwan,Mazlan,Daus.. Memang lawak habis kalau dorang Ada..haha!! Lucu tul dorangtu.. ^_^ kenangan2.. Aku happy masa d form 6 ni, walau nda rapat ngan kawan2 lain.. Tapi macam2 knangan yg trcipta.. ^_^

Crita lagi pasal smporna, bila la dpat g kampung ni aa.. I rindu ngan kawan2 I, hehhe.. C nana la trutamanya.. Bercantik2 ja kerjanya.. Mau jadi Pramugari katanya.. Macam2 ja kan.. :)) dia selalu cerita masalahnya dengan aku.. Slalu dia bgtau.. Katanya aku ni senang mndengar, bole bg pndapat dan bole simpan rahsia, rahsia apa tu nana?? Hahaha.. I miss her so muchh!! Oklah, sampaiii d cni kisahkuu.. Nanti cerita2 lagi aaa!! Daaaaaa. Aku berkongsi gambar dengan sahabat2ku dikampung, yang dari 2000 bersahabat.. kira 12 tahun, cehh.. macam bercinta, haha =)

Wassalam







yang dibelakang tuh, enda tau apa masalahnya. haha






Tuesday, 7 February 2012

1.2..2012.. Hari yg sayu

Bismillahirrohmanirrohim..

Hari ni 1.2.2012, rasa seperti baru bulan 1 dan baru menduduki peperiksaan STPM :) pejam celik pejam celik suda bulan 2.. Cepatnya masa berlalu.. Seperti baru masuk tadika pun Ada... Sebut pasal tadika, aku rindu masa budak-budak dahulu.. Yang tiada problem, tahu makan saja..hehe biasalah,budak-budak.. Tarikh hari ni banyak menyedarkan aku dan hari menyedihkan aku.. Dalam sehari ni Aku menitiskan air mata yang utama sbanyak 3 kali.. Ini baru pagi dan petang,belum malam lagi :') sungguh Ujian datang Dari Allah, dan manusia harus bersabar.. InsyaAllah :')

Aku mnangis kerana:

1) mendengarkan ceramah riwayat hidup Rasulullah yang disampaikan Al Habib Ali Al Jufri, Ulama Hadramaut Yemen yang lahir Dari keturunan Cucu Rasulullah. Penyampaian beliau sangat myedihkan dan sayu hati terasa.. Begitu dalamnya cinta Baginda pada Umat dan bgitu dalam Cinta Para Sahabat dan Umat Islam Pda Rasulullah sehingga mereka bertanya siapa yg Akan mmandikan mu wahai Rasulullah? Kwan Rasulullah,ahli kluarga ku. Mreka bertanya lagi, dengan Kain apakah kamu dikafankan? Rasulullah melihat mereka menangis lalu menjawab, dgan kain kapas dn Ada bbrapa yg dsebutkan tapi aku lupa lainnya. Mereka masih bertanya dan bertanya. Pertanyaan mereka ini diajukan sewaktu baginda masih hidup sihat. Ketika Baginda Sakit, rasulullah meminta Saidina Abu Bakar saja yang menjadi Imam Bersolat. Baginda mengarahkan Saidatina aisyah untuk memberitahu, namun Saidatina Aisyah menjawab "ayahku itu begitu kurus" rasulullah berkata "Tetaplah Saidina Abu Bakar yang ku pilih" lalu Saidatina Aisyah memberitahu kepada ayahnya. Risaulah semua Umat Islam dengan tindakan Baginda yang biasanya baginda menjadi Imam Kepada semua Umat Islam Saat itu. Tangisan kedengaran dalam klangan penduduk Makkah saat itu. Keesokan harinya, Subuh 12 Rabiulawal bersamaan Hari Isnin. Cahaya menerangi seluruh Umat Islam yang Sedang Solat Subuh Dari Rumah baginda, tika membuka pintu rumah baginda hampir seluruh Umat Islam lalai tika melihat Cahaya yang Ada pada baginda saat itu. Umatnya berasa senang hati melihat Rasulullah kembali cergas kemudian baginda masuk ke dalam rumahnya.Umat Islam mengetahui yang Baginda melihat umatnya melalui tingkap rumah Baginda. Baginda meninggal dalam dakapan Saidatina Aisyah. Panjang lagi nak cerita, tapi disingkatkan.. Selawat ke atas Baginda.. Selepas Solat Subuh, aku mendengarkan ceramah beliau di Laman YouTube. Sungguh sayu dan sedih terasa.. Rindu kerana Saat kematian Baginda,baginda sempat mengatakan " umatku,umatku,umatku" Bayangkanlah,kalau Kita dalam keadaan nazak,adakah Kita Akan ingat dan risaukan dosa umat Islam yang lain??oh mungkin tidak, kita Akan meminta ampun dosa Kita sahaja. Terdetik dihatiku sedih kerana cintaku pada baginda tidak sehebat para Sahabat,Syuhadah dn umat Islam dulu. Tapi aku belajar untuk mencintai baginda dengan berselawat,mghayati perjuangan2 dan sunnah2 baginda. :)

Dengar kata bulan 2 ni Result kuar, awal juga.. Aku brdo'a, mudah2an lulus smua subjek dan msuk mlangkah ke alam pgajian yg baru..Amin,Amin,aminn.. Harap2 gitu lah.. Aku suda berusaha semampu yg aku boleh.. Dan sgala kokurikulum pun aku suda banyak aktif sebab itu juga salah 1 cara dan usahaku :') aku takkan putus brdo'a .. InsyaAllah ..
Sekian,
Wassalam..

Monday, 14 November 2011

Exam uda makin dekat =)

Bismillahirrahmanirrohim...

Debaran peperiksaan kian terasa, masa berlalu dengan pantasnya dan aku mula merasakan betapa bernilainya setiap detik itu. Sebelum ni aku melalui UPSR, PMR dan SPM, Kini masa melalui Exam STPM.. sangat2 rasa khuatir menghadapinya.. tapi aku berharap smuanya dipermudahkan dan dilancarkan Allah semasa menjawabnya.. amiinn... Aku rasa sangat2 khuatir, kerana dekat2 exam, aku banyak masalah.. Termasuklah masalah kluarga, kawan2 dan peribadiku sendiri.. Di tambah lagi dengan Otak ku yang susah nak menghafal ni.. Rasa agak tertekan dan sedih juga.. tapi aku harus berusaha ^_^

Hari ni SPM bermula, good luck utk smua candidates SPM.. Mudah2an berjaya dan dpat mningkatkan kputusan Negara lagi =) amiinn.. mudah2an.. jgan lupa, Pray to Allah and to yourself too.. Good luck to all yg mduduki EXAM , ^_^ kuatkan smangat dan berusaha ! ;) daaaa...

eh, Sebelum exam ni, aku dan kawan2 yang menjadi Exco2 dalam MPP telah menerima Sijil penghargaan dari Pengetua..

Us!


malam Dinner :)









Wassalam