My Favrot

Saturday, 5 May 2012

Hukum Membaca Doa Qunut Subuh.


Hukum Membaca Doa Qunut Subuh

Bismillahirrohmanirrohim..

hari ni nak berkongsi sikit. Mungkin ramai yang masih was2 dan tertanya2 tentang Hukum Membaca Doa Qunut semasa Solat Subuh. Mudah2an penerangan ini Jelas buat kita semua :) 
kum Membaca Doa Qunut 




Hukumnya adalah sunat

Pendapat yang dikemukakan oleh para imam besar seperti Malik, As Syafie, Ibnu Abi Laila, Hasan bin Soleh, Abu Ishaq Al Ghazali, Abu Bakar bin Muhammad, Hakam bin Utaibah, Hammad, Ahli HIjjaz, Al Auza'ie kebanyakan Ahli Syam malah menurut Imam An Nawawi dalam Majmu'. Ia adapah pendapat yang dipegang oleh kebanyakan ulama salaf dan generasi selepas daripada mereka bahawa doa qunut disunatkan pada solat Subuh setiap hari.

Dalil :

Mereka berdalilkan dengan sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad daripada Anas bin Malik r,a katanya :

Sentiasalah RasuluLlah s.a.w berqunut pada solat Subuh sehinggalah baginda wafat."

Diriwayatkan juga bahawa Saidina Umar membaca doa qunut pada solat Subuh di hadapan para sahabat dan selainnya.

Berkenaan dengan hadith yang diriwayatkan daripada Anas ini, menurut al Haithami, Para perawinya adalah dipercayai." Menurut an Nawawi ia diriwayatkan oleh sekumpulan huffaz (ahli hadith) dan mengakui kesahihannya.

Kesahihan ini dinyatakan oleh al Hafiz al Balkhi, Al Hakim, Al Baihaqi dan ia juga diriwayatkan oleh Ad Daruqutni melalui beberapa jalan dengan sanad yang sahih.

Dalam mazhab syafie adalah sunat hukumnya membaca doa qunut dalam solat subuh itu, baik pada ketika turunnya bala atau tidak. Ini adalah pendapat yang banyak dari ulama-ulama salaf atau katakanlah yang paling banyak dan juga pendapat ulama-ulama yang di belakang ulama salaf. Di antara yang berpendapat serupa ini adalah Saidina Abu Bakar, Umar bin Khattab, Utsman, Ali, Ibnu Abbas, Bara' bin "azib Rda (al Majmu' Syarah Muhazzab III halaman 504)




Qunut dalam Sembahyang Subuh.



Di dlm mazhab Syafie sudah disepakati bahawa membaca doa qunut dlm sembahyang Subuh , pada iktidal rakaat kedua adalah sunat ab'ad dlm erti diberi pahala bagi orang yg mengerjakannnya dan bagi yg lupa atau lalai mengerjakannya disunatkan utk menggantikannya dgn sujud sahwi.

Tersebut dlm kitab Al-Majmu' syarah Muhazzab jilid 3 hlm.504, maksudnya:

"Dlm mazhab Syafie disunatkan qunut pada solat subuh sama ada ketika turun bencana atau tidak. Dgn hukum inilah berpegang majoriti ulamak salaf dan orang2 yg sesudah mereka atau kebanyakan dari mereka. Dan diantara yg berpendapat demikian adalah Abu Bakar As-Siddiq, Umar bin Khattab, Usman bin Affan, Ali bin Abi Talib, Ibnu Abbas, Barra' bin Azib, semoga Allah meredhai mereka semua. Ini diriwayatkan oleh Baihaqi dgn sanad2 yg sahih. Ramai orang yg termasuk tabi'in dan yg sesudah mereka berpendapat demikian. Inilah juga mazhab Ibnu Abi Laila, Hasan, Ibnu Salah, Malik dan Daud."

Tersebut dlm kitab Al-Um jilid 1 hlm.205 bahawa Imam Syafie
berkata,maksudnya:

"Tak ada qunut dlm sembahyang lima waktu kecuali sembahyang subuh. Kecuali jika terjadi bencana maka boleh qunut pada semua sembahyang jika imam menyukai"


Tersebut dlm kitab Al-Mahalli jilid 1 hlm.157, berkata Imam Jalaluddin
Al-Mahalli, maksudnya:

"Disunatkan qunut pada iktidal rakaat kedua drpd solat subuh dgn doa, Allahumahdini hingga akhirnya"


Demikianlah keputusan dan kepastian hukum tentang qunut subuh dalam mazhab kita Syafie.



ALASAN ORANG-ORANG YG MENOLAK QUNUT

Ada orang yg berpendapat bahawa Nabi Muhammad saw melakukan qunut satu bulan shj berdasarkan hadith Anas ra, maksudnya:

"Bahawasanya Nabi saw melakukan qunut selama satu bulan sesudah rukuk sambil mendoakan kecelakaan ke atas beberapa puak Arab kemudian baginda meninggalkannya." Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.

Kita menjawab:

Hadith daripada Anas tersebut kita akui sebagi hadith yg sahih kerana terdapat dlm kitab Bukhari dan Muslim. Akan tetapi yg menjadi permasalahan sekarang adalah kata:(thumma tarakahu= Kemudian Nabi meninggalkannya).

Apakah yg ditinggalkan oleh Nabi itu?

Meninggalkan qunutkah? Atau meninggalkan berdoa yg mengandungi kecelakaan ke atas puak-puak Arab?

Untuk menjawab permasalahan ini lah kita perhatikan baik2 penjelasan Imam Nawawi dlm Al-Majmu'jil.3,hlm.505 maksudnya:

"Adapun jawapan terhadap hadith Anas dan Abi Hurairah r.a dlm ucapannya dengan (thumma tarakahu) maka maksudnya adalah meninggalkan doa kecelakaan ke atas orang2 kafir itu dan meninggalkan laknat terhadap mereka shj. Bukan meninggalkan seluruh qunut atau meninggalkan qunut pada selain subuh. Pentafsiran spt ini mesti dilakukan kerana hadith Anas di dlm ucapannya 'sentiasa Nabi qunut di dlm solat subuh sehingga beliau meninggal dunia'
adalah sahih lagi jelas maka wajiblah menggabungkan di antara kedua-duanya."

Imam Baihaqi meriwayatkan dan Abdur Rahman bin Madiyyil, bahawasanya beliau berkata, maksudnya:

"Hanyalah yg ditinggalkan oleh Nabi itu adalah melaknat."

Tambahan lagi pentafsiran spt ini dijelaskan oleh riwayat Abu Hurairah ra yg berbunyi, maksudnya:

"Kemudian Nabi menghentikan doa kecelakaan ke atas mereka."

Dengan demikian dapatlah dibuat kesimpulan bahawa qunut Nabi yg satu bulan itu adalah qunut nazilah dan qunut inilah yg ditinggalkan, bukan qunut pada waktu solat subuh.

2. Ada juga orang2 yg tidak menyukai qunut mengemukakan dalil hadith Saad bin Thariq yg juga bernama Abu Malik Al-Asja'i, maksudnya:

"Dari Abu Malik Al-Asja'i, beliau berkata: Aku pernah bertanya kpd bapaku, wahai bapa! sesungguhnya engkau pernah solat di belakang Rasulullah saw, Abu Bakar, Usman dan Ali bin Abi Thalib di sini di kufah selama kurang lebih dari lima tahun. Adakah mereka melakukan qunut?. Dijawab oleh bapanya:"Wahai anakku, itu adalah bid'ah." Diriwayatkan oleh Tirmizi.

Kita jawab:

Kalau benar Saad bin Thariq berkata begini maka sungguh menghairankan kerana hadith2 tentang Nabi dan para Khulafa Rasyidun yg melakukan qunut banyak sangat sama ada di dlm kitab Bukhari, Muslim, Ibnu Majah, Abu Daud, Nasa'i dan Baihaqi.

Oleh itu ucapan Saad bin Thariq tersebut tidaklah diakui dan terpakai di dlm mazhab Syafie dan juga mazhab Maliki.

Hal ini disebabkan oleh kerana beribu-ribu orang telah melihat Nabi melakukan qunut, begitu pula sahabat baginda. Manakala hanya Thariq seorang shj yg mengatakan qunut itu sebagai amalan bid'ah.

Maka dlm kes ini berlakulah kaedah usul fiqh iaitu:

"Almuthbitu muqaddimun a'la annafi"

Maksudnya: Orang yg menetapkan lebih didahulukan atas orang yg menafikan.

Tambahan lagi orang yg mengatakan ADA jauh lebih banyak drpd orang yg mengatakan TIDAK ADA.

Seperti inilah jawapan Imam Nawawi didlm Al-Majmu' jil.3,hlm.505, maksudnya:

"Dan jawapan kita terhadap hadith Saad bin Thariq adalah bahawa riwayat orang2 yg menetapkan qunut terdapat pada mereka itu tambahan ilmu dan juga mereka lebih banyak. Oleh itu wajiblah mendahulukan mereka"

Pensyarah hadith Turmizi yakni Ibnul 'Arabi juga memberikan komen yg sama terhadap hadith Saad bin Thariq itu. Beliau mengatakan:"Telah sah dan tetap bahawa Nabi Muhammad saw melakukan qunut dlm solat subuh, telah tetap pula bahawa Nabi ada qunut sebelum rukuk atau sesudah rukuk, telah tetap pula bahawa Nabi ada melakukan qunut nazilah dan para khalifah di Madinah pun melakukan qunut serta Sayyidina Umar mengatakan bahawa qunut itu sunat,
telah pula diamalkan di Masjid Madinah. Oleh itu janganlah kamu tengok dan jgn pula ambil perhatian terhadap ucapan yg lain drpd itu."

Bahkan ulamak ahli fiqh dari Jakarta yakni Kiyai Haji Muhammad Syafie Hazami
di dlm kitabnya Taudhihul Adillah ketika memberi komen terhadap hadith Saad
bin Thariq itu berkata:

"Sudah terang qunut itu bukan bid'ah menurut segala riwayat yg ada maka yg bid'ah itu adalah meragukan kesunatannya sehingga masih bertanya-tanya pula. Sudah gaharu cendana pula, sudahh tahu bertanya pula"

Dgn demikian dapatlah kita fahami ketegasan Imam Uqaili yg mengatakan bahawa Abu Malik itu jangan diikuti hadithnya dlm masalah qunut.(Mizanul I'tidal jil.2,hlm.122)

3. Ada juga orang mengetengahkan riwayat dari Ibnu Masu'd yg mengatakan, maksudnya: "Nabi Muhammad saw tidak pernah qunut di dlm solat apa pun."

Kita jawab:

Riwayat ini menurut Imam Nawawi dlm Al-Majmu' adalah terlalu dhaif kerana di antara perawinya terdapat Muhammad bin Jabir A-Suhaimi yg ucapannya selalu ditinggalkan oleh ahli2 hadith. Tersebut dlm kitab Mizanul I'tidal karangan Az-Zahabi bahawa Muhammad bin Jabir As-Suhaimi adalah orang yg dhaif menurut perkataan Ibnu Mu'in dan Imam Nasa'i.

Imam Bukhari mengatakan: "Ingatannya tidak kuat!"

Imam Abu Hatim mengatakan:"Dlm waktu yg akhir dia agak pelupa dan kitabnya telah hilang."(Mizanul I'tidal jil. 3, hlm.492)

Kita juga boleh mengatakan dgn jawapan terdahulu bahawa orang yg mengatakan ADA lebih didahulukan drpd orang yg mengatakan TIDAK ADA berdasarkan kaedah:-

"Al-muthbitu muqaddamun a'la annafi" maksudnya: Orang yg menetapkan lebih didahulukan atas orang yg menafikan.

4. Ada juga yg mengajukan dalil bahawa Ibnu Abbas berkata, maksudnya:

"Qunut pada solat subuh itu bid'ah"

Kita jawab:

Hadith ini dhaif sangat kerana AlBaihaqi meriwayatkannya dari Abu Laila Al-Kufi dan Baihaqi sendiri mengatakan bahawa hadith ini tidak sahih kerana Abu Laila itu adalah matruk(orang yg ditinggalkan hadithnya).

Tambahan lagi pada hadith yg lain Ibnu Abbas sendiri mengatakan, maksudnya:
"Bahawa Nabi saw melakukan qunut pada solat subuh."

5. Ada juga yg membawa dalil bahawa Ummu Salamah berkata, maksudnya:

"Bahawasanya Nabi saw melarang qunut pada solat subuh."

Kita jawab:

Hadith ini juga dhaif kerana diriwayatkan dari Muhammad bin Ya'la dari Anbasah bin Abdurrahman dari Abdullah bin Nafi dari bapanya dari Ummu Salamah.

Berkata Daruqutni: Ketiga2 orang itu adalah lemah dan tidak benar kalau Nafi mendengar hadith itu dari Ummu Salamah.

Tersebut dlm Mizanul I'tidal: Muhammad bin Ya'la itu diperkata-katakan oleh Imam Bukhari bahawa dia banyak menghilangkan hadith. Abu Hatim mengatakannya matruk.(mizanul I'tidal 4/70). Anbasah bin Abdurrahman menurut Imam Bukhari hadithnya matruk. Manakala Abdullah bin Nafi adalah orang yg banyak meriwayatkan hadith munkar.(Mizanul I'tidal 2/422
)

Saturday, 31 March 2012

SENYUM POWER Esok ! hentam saja lahhh

Bismillahirrohmanirrohim..

Hay3!! lamanya nda update blogku.. klu blog ni ruma, aduina.. bersarang suda.. segala sarang ada.. sarang burung, tebuan dn lain2... hehehe.. klu ruma la ya.. nasib blog.. hehe.. sebenarnya esok aku mula mengikuti Ceramah Memandu.. dapat aku bayangkan mukak ku ni memandu ke tengah jalan.. kena letak bantal lagi d tempat duduk, supaya nampak jalan.. hahaha.. maklumlah kecik2.. macam budak darjah 6 pun ada.. tgkatan 1 dn 2 pun ada juga.. teringat aku masa d Mekkah, kna tegur oleh macik2.. " adik ni umur brapa? anak sy umur 12 tahun pun tak dapat ikut" sekali aku cakap " umur saya 18 tahun kak" .. terus dia " oh.. sorry2" hehehe.. aduina.. itu gambaran yang jelas lagi nyata .. haishhh.. apa bole buat.. ciptaan Tuhan.. nda bole ubah.. suda juga aku berusaha, supaya tinggi.. bergantung.. makan MENTEGA (yg rasanya tawar mcm Ubat) .. suda aku usaha makan. tapi tetap juga gini.. jadi.. aku terima la dgan redha bahawa " saya tidak cukup tinggi" .. syukur alhamdulillah lagi ada la.. sebab ada lagi org yg berat ujiannya dari aku.. =) so, bersyukurlah dengan apa yg ada.. Yang Tuhan bagi itu, adalah yg terbaik.. klu kita ubah, mungkin kita jadi sombong... bongkak.. kan.. semua tu Tuhan yg bagi.. dn bersyukurlah dengan apa yg ada =) ada hikmahnya, InsyaAllah

kembali pada cerita tadi.. esok aku kena ada d dewan jam 7.30 pagi.. awalnyaaaa.. macam gi skula oooo... hehehe (ni kes slalu lambat bangun la ni, tu la rasa awal) hehehe.. mgaku jugak.. ^_^ hehe.. kadang2 gitu la.. terlalu banyak makan mungkin kan... ok2, esok 6 jam.. biasa juga aku ikut ceramah.. biasala tu.. mungkin ada tayangan gambar, eksiden.. klu ada.. nanti akan ku kongsi d blog ni.. tp klu nda bole digambar, nda apa lah.. nanti aku critakan ja apa yg di cerita dalam dewan tu..

oh ya, waktu bulan 3 atau 2 ka tu. aku ikut join ceramah perdana Maulidurrasul d Kampungku yg tercinta, Semporna.. bertempat di Masjid inabah kamal dn SMU Tun Sakaran.. Ustaz yg dijemput tu, dari Jakarta.. DR.Wahfiudin Sakam.. umurnya dalam 50.. luasnya pgetahuannya.. dengar cerita, dia penah belajar d Jerman, Arab Saudi & Amerika.. first time tau, tekejut juga.. sebab nampak simple orangnya.. ingatkan pkai serban, jubah.. Waktu aku mau p tu pun, aku mau pakai jubah dan tudung labuh suda.. sebab .. ulama kan.. kena la kita sesuaikan keadaan.. tapi akhirnya, aku pakai tdung labuh n baju kurung ja.. hehe.. asal tutup aurat.. bila dia tiba, eh.. pkai baju biasa dengan kot ja.. bersongkok la.. simplenya.. biasanya, ustaz2 ni.. pkai serban.. klu nda pun, jubah kan.. benarlah, seseorang itu tidak boleh dilihat dari apa yang dipakainya.. nda semestinya dia punya hati serupa dengan pakaiannya.. hati tu Tuhan ja tahu.. sebab.. dunia buat cara dunia, tapi akhirat tetap dalam hati.. itu yg pnting.. tapi kan.. bagi pandanganku la.. seseorang itu memakai pakaian apa yang dia sukai.. jadi, janganlah kita cepat pertikaikan orang dengan apa yang digunanya.. masing2 dengan citarasa sendiri kan... yang penting jangan langgar perintahNya.. klu perempuan, kena tutup aurat.. kcuali muka dn tapak tangan.. naa.. nda bole memandai2 mau buka2.. sebab itu perintah dari Tuhan.. kita kena ikut.. Masa kita pulang padaNya kita nda tahu bila .. kena lah cepat2 kita muhasabah diri ni.. yg kurang, diperbaiki.. yg baik, dikekalkan.. itu baru best ! hehe ^_^

baru2 ni aku hadir kawin adik sepupuku.. aisehh.. adik sepupu pun uda kawin.. adikkkk lagi tu.. adikkk.. aku ni yg tua ni belum2 lagi.. hehehe.. sbar2.. 20 tahun masih ni umur.. belum sampai seru lagi, orang bilang.. hehe spupuku pun yg seumurku baru bersalin.. aku angkat lagi anaknya.. tenangnya ada baby ni :) terasa macam anakku pulak time dokong tu.. haha.. (perasan) hehe.. apa2pun, mudah2an jadi anak yg Soleh, aminnn.. bagusnya kan klu dpat orang yg beragama, berakhlak baik, ada ilmu lagi.. walaupun hidupnya sederhana.. sekurang2nya, anak terdidik.. kita pun banyak terima didikan.. banyak ilmu kita dapat.. untunglah perempuan dapat lelaki gitu.. mmg untung.. bawa dunia akhirat.. =) sebab, kita kahwin ni.. kita inginkan kebahagiaan.. bukan utk dunia sahaja.. akhirat itu yg kta lebihkan bila suda kawin.. entahlah orang lain, tapi aku macam tu.. bagiku, org ada ilmu agama dn yg mgamalkannya.. lebih memberi kebahagiaan.. sebab dia tahu apa yang perlu dalam rumahtangga..  cuma, soal jodoh ni kita tak tahu kan :) prmpuan yg baik utk llaki yg baik.. llaki yg baik utk prmpuan yg baik =).. aku ni? erm.. ok2 la jugak.. baik atau ndak.. Tuhan ja yg tahu kan .. Rahsia Tuhan klu jodoh2 ni.. terima dengan Redha.. Prinsip ku klu bab jodoh ni.. " melengkapi segala kekurangan yang ada padanya, mensyukuri segala kelebihannya" ^_^ chewahh... ada prinsip lagi kan?! hehehe.. insyaAllah dengan Nama Allah aku menerima.. cerita bab2 ni, kadang sedih juga lah.. sebab aku ni banyak kurangnya.. mahu yg beragama.. berilmu,.. berakhlak.. sedangkan aku takda la semua tu.. tapi,tapi,tapi.. aku tak putus berdoa :))) itu yg terbaik ! jangan henti berdoa.. terus berdoa dan berdoa lah yg terbaik.. insyaAllah jodoh yg Allah bagi, terbaik utk hidup kita ^_^ dont woryy.. be happy okay ?! yg pnting bila jadi suami atau isteri orang, do ur best utk pasangan ^_^ kasih sayang penting, ucapan.. tolak ansur.. prasaan syg.. bermanja.. dan sentiasa myokong 1 sama lain.. dan menghargai juga apa yg dia buat.. adil 1 sama lain.. lmah lmbut.. sebabbbb.. isteri yg solehah dan lelaki yg Soleh tdak terlawan dengan nikmat dunia dan segala isinya.. isteri solehah dn llaki yg soleh itulah nikmat dunia sebenarnya.. :) walaupun hidup sederhana.. dapat itu, untunglahhh !! ceh.. tahu2 ja ba.. padahal belum kawenn.. hehehe.. nda apa.. aku main cerita ja apa yg aku mau cerita.. :)

okaylah.. sampai di sini.. daaaa..
wassalam

Monday, 19 March 2012

Aku ni budak2 ka remaja ka atau buat2 dewasa ka.. Haishh..

Bismillahirrohmanirrohim..

Hay3.. Malam ni sebenarnya Ada sesuatu berita yang aku terima .. Tapi " rahsia " dulu.. Nanti diceritakan kemudian.. :) macam2 rasa la malam ni.. Rasa manis, pahit.. Masemm pun Ada jugak.. Haishh.. Ndak tau la..

Banyaknya ujian dan dugaan dalam hidupku.. Termasuklah prjalanan ini.. Kadang2 sedih terasa.. Berfikir, kenapa dugaan datang bertubi2.. Hanya memohon ketabahan dan disabarkan.. Memohon hanya pada Allah.. Tidak dapat Kita nafikan, semua orang Ada jalan hidup masing2.. Ujian.. Semua lah.. Macam2.. Kadang rasa sedih sedalam2 hati.. Kerna hanya Tuhan yang tahu.. :') sabar,sabar,sabar.. Itu yang aku selalu latihkan diriku..sabar saja.. Sedih pun Allah dengar.. Entah apa yang Allah aturkan untuk hidupku ni.. Semuanya rahsia Allah.. Namun, aku tak putus untuk berdoa dalam semua Hal..

Stpm ku baru2 ni.. Alhamdulillah lulus.. Cuma tak memuaskan.. Biasa2 ja.. Sedih tahap MAX sebab nda pernah dapat begitu dalam exam Besar.. Yala.. Bayangkan, kalau kita suda berusaha.. Dapat sebaliknya.. Mesti hampa dn sedihkan.. :') tapi ndak apa.. Ketentuan Tuhan.. Semua tu Ada sebabnya.. Aku percaya.. :') haishh.. Sedih lagiii.. Magsabal Na ba.. Haha.. Bhasa bangsa sendiri pun kurang terer.. Kadang2 pening juga bapakku.. Heran tengok anak2nya ni kurang pintar berbahasa bangsa sendiri.. Well.. Haha ! ;) tengok2.. Baru ja sedih.. Ketawa la pulak balik.. Ndakda kerja ku lain.. Sedih,ketawa,sedih,ketawa >_<

Oh ya, aku jatuh hati dengan suara Hamada Helal.. Artis Mesir.. Uinaaa.. Sukak habisss dengan lagu2 nya dan ceritanya.. Best hbissss.. Lawak..!kalau sedih, bole jdi gembira.. Ndak percaya? Cayalah.. Madam Sayda ni cakap.. Jangan main2.. Hehehe

Sepanjang cuti bulan 3.. D kkinabalu kami. Menginap d Ming Garden.. Huhu.. Banyak terjalan.. Membeli2 jugak.. Tak lupa akhiratt okey?! ;)) okeylah.. Sampai sini.. By the way, setiap yang berlaku dalam hidup.. Jangan Hampa.. Semuanya Allah suda atur.. Sabar.. InsyaAllah Ada jalannya.. Macam yang dalam lagu Maher Zain tu ;) insyaAllah Ada jalannya.. Ok.. Sekian.. Jumpa lagii.. Daaaa
Wassalam