My Favrot

Sunday 24 March 2013

Musim Ujian mulai Tiba :) ready tidak? ;)

Bismillahirrohmanirrohim..

Assalamualaikum wrh.wbt...
Hay,hay hayyyy!! Hari ni hari Selasa bersamaan tanggal 25 Mac 2013.. Rasanya suda lama tidak meng "UPDATE" blog ;) coz sibuk dengan kuliah kan..hehe.. Hari ni merupakan hari ke-3 Study week, juz 4 hari utk study week kali ni.. Sebelum ni, seminggu biasanya.. Mungkin disebabkan banyak cuti sepanjang sem ni, so.. Study week pun terpaksa dipendekkan tempohnya :) Inshaa Allah 3 minggu ni merupakan hari EXAM.. Wow isn't?? haha :D tidak sedia sangatttt! risau  =( but I will try my best utk ulang kaji sehabis2xnya around this week.. inshaa Allah ;)

By the way, HBU iaitu kawad2 dan ujian yang seangkatan dengannya telahpun selesai.. Sepanjang sem 1 ni, full tiap hari isnin dengan kawad.. penat tahap gaban ! but saya enjoy mengikutinya kerna Tujuan kawad adalah memebentuk diri kita menjadi orang yang berdisiplin, bertatatertib dan Cergas (ececehhh ini termaktub dalam nota Tujuan Kawad nih) haha ;D ingat lagiiii ni..hehe.. Terkena dengan Cikgu yang best, peramah,pelawak dan tegas.. Cikgu Khairun.. wahh, cikgu yang agak Garang di gelanggang kawad tapi cool sebenarnya..

Ok, study week ni ada timenya belajar, shopping dan jalan2.. Sebab, my family bersamaku saat ni.. Alhamdulillah tenang jiwa, gembira rasanya.. Bukan sebab shopping ok? ;) tapi sebab dapat jumpa mereka setelah dadaku,hatiku,mindaku mengalami masalah gangguan dan kekacauan tentang Mundu dari Filipina tu. Bukan apa, kan belajar jauh ni seorang2.. family pun jauh.. rasa risau tu keterlaluan sangat.. sehingga suatu hari ada berita perwira kita di lahad Datu terkorban (AL FATIHAH).. Tak dapat tidur satu malam, menangis  teringatkan family.. Terbayang raut wajah orang tuaku & adik beradikku.. Risau jika tidak lagi bersua dengan mereka.. Dan sangat menghairankan dan membingungkan keadaan bila SABAH dipersoalkan STATUSnya yang memang SAH Dalam Malaysia..  Ramai kata semua ni, propaganda sebab dekat Pilihan raya.. haihh.. Politik again?? Alhamdulillah Syukur kita masih dalam keadaan yang aman dan harmoni di Negara ni.. Jangan disebabkan seorang, kita GADAIKAN DAN CEROBOHKAN Negara kita yang tercinta ini.. Jaga Negara kita sebaiknya.. Syukurlah dengan apa yang ada ya :))

Oklah, sampai jumpa dipost yang lain ;)













P/s: Mencintai Allah itu suatu keindahan yang kekal tiada pengakhirannya dan membawa kita ke Jalan Syurga. Amalkan Islam sebagai Ad-Din ;)

wassalam..