My Favrot

Saturday 24 November 2012

Sedikit sebanyak, ilmu tetap ilmu.. Allah itu ada dan kita ini sebenarnya tidak ada..

Bismillahirrohmanirrohim..
Alhamdulillah, hari ni adalah hari yang bermakna pada ku juga keluarga serta yang hadir pada malam ini di kediaman kami. Hj Shaari bin Hj Muhd Yusuf telah datang ke rumah kami untuk berkongsi ilmu Makrifat ( ilmu Mengenal Allah) dari Tok Kenali Kelantan iaitu Wali tersohor di Kelantan.. Al- Fatihah untuknya..

Kami telah diterangkannya tentang ilmu Tauhid iaitu ilmu mengEsakan Allah.. Saat ini, aku berasa alhamdulillah kerana Allah menemukan kami dengan Manusia yang Mulia membuatkan aku semakin kenal Allah, diri & Mati.. Sungguh aku amat tertarik apabila Beliau meletakkan tapak tangannya di dinding rumah kami yang dihiasi cat putih lalu berkata " Adakah kamu semua dapat melihat Bayangan tangan ini?" " kami katakan ya".. kemudian beliau menyambung lagi " tanpa Tangan yang saya letakkan ini, tidak mungkin bayangan tangan saya ada, benar tidak?" kami menjawab " ya" lalu beliau berkata " begitulah kita, kita umpama bayangan itu " itu menjelaskan aku bahawa kita ini tidak ada, yang ada itu Hanya Allah..

Tidak aku nafikan, penyampaian beliau begitu mendalam dan berkesan. Oleh itu, bagi yang diluar sana, yang tidak memahami ilmu sebegini, sewenang2nya akan mengatakan orang sesat. Umpama, nampak buah mangga atas pokok, lalu melemparnya dengan batu agar jatuh ke bawah.. Namun, buah mangga itu tidak jatuh, orang itu pasti berkata " ah ! buah itu pasti masam" walhal, orang yang mencuba dan merasa akan lebih tahu ia masam ataupun sebaliknya :) Bersyukur kepada Allah mengenalinya.. Sifat peribadi beliau membuatkan aku begitu kagum, sifat kesederhanaannya, lemah lembutnya dan persaudaraannya. Jelas ku mula kagum tika beliau mengatakan " Saya bukan guru, dan kamu bukan murid. Kita semua sama dan malam ini kita sama2 menuntut ilmu " tapi sayangnya.. masa terhad, beliau tidak dapat menyambungkan perkongsian lain.. sayangnya ! betul2 rasa ingin belajar ilmu agama yang lain lagi dari Tuan Hj Shaari.. he2..

Jika diberikan kesempatan aku ingin sangat berguru dan mempunyai guru yang boleh membawaku ke Jalan Allah.Kerna aku masih kabur dan cetek ilmu agama. Inshaa Allah. Sampai disini dulu cerita.. dan alhamdulillah hari ni ayahku telah menggantikan laptop baru daripada memakai laptop yang telah 6 tahun lama ku gunakan dahulu :) terima kasih pak.. love you forever ^_^ sampai di sini..

wassalam.


Wednesday 21 November 2012

Lalui semua jalan dengan Tabah, Sabar dan Redha ya..Inshaa Allah, Allah bersama orang-orang yang Sabar..

Bismillahirrohmanirrohim..
Bersyukur ke Hadrat Allah, aku masih diberi kesempatan bernafas sehingga kini.. alhamdulillah.. Rasanya sudah lama tidak menulis post berkaitan kehidupan.. Hari ni, aku berkesempatan untuk mencoretkan sedikit cerita hidupku.. Walau tidak seindah coretan sasterawan negara kita :)

Alhamdulillah, setelah menjalani final Exam bulan 10.. Result telah dikeluarkan pada tanggal 9.11.2012.. Alhamdulillah aku melepasi kelulusan masuk di U.Tknologi Mara Sabah.. Begitu banyak ujian yang telah ku lalui dalam hidup ini.. Ujian pelajaran dimana aku tidak melepasi syarat kemasukan Ijazah bagi lepasan STPM.. Dan itu adalah suatu pengajaran yang akan aku jadikan iktibar dalam mengharungi arus ujian dunia serba moden ini.. Kegagalan banyak membuatkan diriku sedar dan lebih matang.. Di saat itu juga, aku menangisi segala kecuaianku.. tidak tertanggung rasa hati yang bersambung dengan emosi lalu menambahkan stress didalaman dan fikiranku.. Tidak ada tempat mengadu selain daripadaMu ya Allah.. tidak ada yang mampu memahami ku saat itu selain Allah..

Alhamdulillah kini, aku akan bangkit melalui semua yang berada dihadapanku.. Aku akan berusaha buat yang terbaik & semampu yang ku boleh.. kerna Allah Maha Mengasihani dan Maha Mengetahui.. tidaklah diturunkan ujian ini melainkan Kesedaran untukku berfikir.. Kalau tidak ada Ujian, mana mungkin aku Sedar dan Tekad sabar menghadapi ranjau onak yang berduri.. Sometimes, we need to change ourself be the best.. If we fall,believe our life just begin.. Fall is not the end.. We can do better than anyone.. Trust ourself.. Learned from yesterday, Strong for Tomorrow.. I believe, to success, chalngge must be face.. without challenge, we cant stay strong..

aku percaya, dengan Ketentuan Allah.. dan apa yang Allah takdirkan padaku adalah Ujian untuk ku lebih berhati2 menghadapi semua peluang yang ada didepan mata.. Allah menyedarkan aku bahawa, Kejayaan itu tidak senang untuk dikecapi melainkan kesusahan yang perlu dilalui terlebih dahulu :`) thanks Allah.. Inshaa Allah aku akan berusaha yang terbaik.. Moga Allah sentiasa bersamaku.. dan Mudah2an ujian & kenikmatan dariNya tidak membuatkan diriku rebah dan Riya`.. astaghfirullahhh hal Azim.. Mudah2an dijauhkan ya Allah dari sifat2 itu.. aamiinn ya Robbal alamin..

Saat ini, atukku sebelah mama dalam keadaan yang tidak berapa sihat.. sedang berada dalam rawatan.. Doktor juga masih curiga, tidak tahu apa penyakitnya.. Kami mendoakan Atuk, smoga cepat sihat ya.. aamiinn.. juga kepada Macikku Asiah.. semoga cepat sembuh.. aamiinnn.. Al Fatihah..

Inshaa Allah, Semasa Manakib di rumah baru2 ni.. Ustaz Manaf memaklumkan kami akan kedatangan Ulama dari Kelantan ke rumahku berkongsi2 ilmu :) alhamdulillah.. semoga kedatangannya memberikan Manfaat, menjadikan semua orang yang akan mendengarnya menjadi kuat imannya.. aamiinn.. Inshaa Allah..

Sampai disini shaja cerita ku..

p/s:  " Allah merahsiakan Kebahagiaan yang akan datang agar kita sentiasa berusaha & percaya padaNya juga selalu bertawakkal hanya PadaNya kerna Dialah yang Memberi Kejayaan dan kepadaNya lah kita perlu berdoa" Mudah2an diteguhkan Iman dalam hati kita untuk selalu Berserah dan Khusyu` mengabdikan diri pada yang Esa iaitu Allah Subhana Wata`ala.. Inshaa Allah

Wassalam...


Thursday 15 November 2012

Hukum Zikir secara Berjemaah Selepas Solat

Zikir selepas solat fardu secara berjemaah dan lantang.

Ada dua isu utama untuk diperkatakan di bawah tajuk kecil ini iaitu bentuk zikir, menyebut secara kuat (lantang) dan menyebut secara berjemaah.

Secara umumnya berzikir di dalam masjid ada dua bentuk iaitu pertamanya, zikir yang disebut di dalam sunnah bahawa ia dilakukan selepas solat fardhu. Keduanya ialah zikir yang dinyatakan dalam sunnah bahawa ia dilakukan selain dari waktu solat.

Hadith-hadith yang menerangkan zikir-zikir yang sunat dilakukan pada setiap kali selepas solat fardhu ialah:

Hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim Rahimahullah dari Abu Hurairah RA dariapada Rasulullah SAW yang bermaksud:

Sesiapa yang mengucapkan tasbih (subhanallah) setiap tiga kali selepas solat sebanyak 33 kali, dan tahmid (alhamdulillah) sebanyak 33 kali, dan takbir (allahu akbar) sebanyak 33 kali, jadi kesemuanya 99 kali, kemudian menyebut: La ilaha illallah wahdahula syarikalah Lahulmulku walahulhamdu wahuwa ‘ala kulli syai`in qadir, untuk menggenapkannya sebanyak 100 kali, nescaya diampunkan dosa-dosanya walaupun umpama buih di lautan.


Isu kedua ialah menyebut zikir secara lantang dan berjemaah. Amalan ini dilakukan berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Abbas RA yang berkata: Raf’u al-Saut bilzikr Hina yansarifunnas minalmaktubah kana ‘ala ‘ahd al-Nabi SAW, yang bermaksud:
Meninggikan suara berzikir selepas orang ramai selesai daripada solat fardhu telahpun berlaku di zaman Nabi SAW.
(Lihat Fath al-Bari, Bab al-Zikr Ba’d al-Solah, Jilid 2, Hal: 259 dan Syarh Sahih Muslim, Bab al-Zikr Ba’d al-Solah, Jilid 4-6, Hal:234-235).

Bahkan Ibn Abbas mengatakan lagi:
Saya tahu bahawa mereka selesai menunaikan solat apabila saya mendengar zikir.


Dalam riwayat yang lain sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Ibnu Abbas RA mengatakan: Saya mengetahui tamatnya solat Rasulullah SAW dengan laungan takbir. Lihat bagaimana Ibn Hajar mengulas kata-kata Ibn Abbas tersebut:
Daripada riwayat di atas, seolah-olah menggambarkan bahawa mereka (para sahabat) memulakan zikir mereka dengan takbir (Allahu akbar) selepas solat mendahului tasbih dan tahmid (Perbezaan riwayat mana yang didahulukan antara tasbih, tahmid dan takbir)
(Fath al-Bari:2/259).

Hadith riwayat Ibn Abbas yang menerangkan perlakuan Rasulullah SAW dan huraian Ibn Hajar menunjukkan secara nyata bagaimana Rasulullah SAW dan para sahabat RA berzikir secara lantang dan berjemaah.

Pandangan yang menolak hujah tersebut, berpegang kepada apa yang diriwayatkan oleh Ibn Mas’ud RA yang pernah mengingkari perlakuan sekumpulan para sahabat yang berkumpul di dalam sebuah masjid untuk berzikir kepada Allah SWT, dan menganggapnya suatu bid’ah. Ulama mentafsirkan tindakan Ibn Mas’ud dalam dua keadaan. Pertamanya kerana tidak sampai kepada Ibn Mas’ud hadith-hadith yang menyatakan keharusan berzikir beramai-ramai. Perkara ini diperakui oleh ulama hadith bahawa tidak semestinya setiap sahabat mengetahui segala hadith. Keduanya, bantahan tadi dikira sebagai qaul sahabi (pendapat sahabat) dan tidak boleh bercanggah dengan apa yang pasti daripada Rasulullah SAW.

Justeru, al-sunnah dengan nyata membenarkan berzikir dengan lantang secara berjemaah selepas setiap solat fardhu selagi tidak mengganggu orang-orang yang bersolat. Justeru, perbuatan berzikir tersebut bukanlah suatu bid’ah sebagaimana yang tersalah faham. Bahkan, perbuatan tersebut berpandukan kepada sunnah yang jelas.

Bagi yang menolak amalan berzikir secara berjemaah selepas setiap solat juga mengemukakan hujah-hujah mereka. Antaranya ialah penolakan Imam al-Syafie Rahimahullah terhadap amalan itu. Mereka memetik kata-kata Imam al-Syafie mengenai perkara tersebut. Bagi memperjelaskan persoalan tersebut saya menterjemahkan kata-kata Imam al-Syafie secara keseluruhan dan menghuraikannya. Pembaca boleh menghukum samada huraian saya melencong dari kata-kata Imam kita ini.

Berkata Imam al-Syafie Rahimahullah:

Bab perkataan Imam dan duduknya selepas salam.

Al-Rabi’ telah mengkhabarkan kepada kami, dan berkata: al-Syafie mengkhabarkan kepada kami dan berkata: Ibrahim bin Saad mengkhabarkan kepadaku, dari Ibn Shihab berkata: Hindun binti al-Harith bin Abdullah bin Abi Rabi’ah menyampaikan hadis ini kepadaku, dari Ummu Salamah isteri Nabi SAW yang berkata:
((Adalah apabila Rasulullah SAW memberi salam selepas solatnya, bangun wanita-wanita selepas salamnya, dan duduk Rasulullah SAW di tempatnya sekejap)). Berkata Ibn Shihab: “Kami melihat duduk baginda (yang demikian itu)- wallahu a’lam- supaya keluar wanita (untuk mengelakkan) bertembung orang ramai yang tamat dari solat”.


Al-Rabi’ telah mengkhabarkan kepada kami, dan berkata: al-Syafie telah mengkhabarkan kepada kami dan berkata:
Ibn ‘Uyainah telah mengkhabarkan kepada kami, dari ‘Amr bin Dinar, dari Abu Ma’bad, dari Ibn ‘Abbas berkata: Adalah aku mengetahui selesainya soalat Rasulullah SAW dengan takbir (zikir Allahu Akbar). Berkata ‘Amr bin Dinar: Kemudian aku menyebutnya kembali (hadith ini) kepada Abu Ma’bad, dan dia (Abu Ma’bad) berkata: “Aku tidak meriwayatkan kepadamu”. Berkata ‘Amr: Sesungguhnya engkau meriwayatkan kepadaku. Berkata: Adalah dia merupakan orang paling boleh dipercayai dari mawal( hamba-hamba) Ibn ‘Abbas. Berkata al-Syafie: Seolah-olah dia (Abu Ma’bad) melupainya selepas dia meriwayatkannya (hadith) kepadanya (‘Amr).


Al-Rabi’ telah mengkhabarkan kepada kami dan berkata: al-Syafie telah mengkhabarkan kepada kami, dan berkata: Ibrahim bin Muhammad telah mengkhabarkan kepada kami, dan berkata: telah menyampaikan hadith ini Musa bin ‘Uqbah, dari Abi al-Zubair, sesungguh beliau mendengar Abdullah bin Zubair berkata:
“Adalah Rasulullah SAW apabila memberi salam selepas solat, berkata dengan lafaz yang kuat: La ilaha illallahu wahdahula syarikalah lahulmulkuwalahul hamdu wahuwa ‘ala kulli syai`in qadir, wala haula wala quwwata illa billah, wala na’budu illa iyyahu, lahulni’mah, walahulfadhl, walahulthana`ul hasanu, la ilaha illallhu mukhlisina lahuddin walau karihal kafirun”. Berkata al-Syafie: “Dan amalan ini harus untuk Imam dan tidak (harus) untuk makmum. Dan al-Syafie berkata lagi: “Dan mana-mana Imam yang berzikir dengan apa yang aku nyatakan, secara kuat, mahupun senyap, atau selain dari cara keduanya, maka ia adalah baik (hasan). Dan aku memilih (pendapatku) untuk Imam dan makmum berzikir kepada Allah selepas selesai solat, kedua-duanya berzikir dengan senyap. Kecuali sekiranya Imam dalam keadaan wajib dipelajari darinya sesuatu (cara bacaan berzikir), maka dia boleh melantangkan zikir sehingga ia melihat sesungguhnya mereka telah mempelajari darinya, kemudian dia berzikir secara senyap”.
(Tamat petikan dari Kitab al-‘Umm: Jilid 1, Hal. 241, 242)

Kesimpulan yang penulis dapat buat dari kenyataan Imam Syafie Rahimahullah yang terakhir itu ialah:

1. Amalan berzikir dengan kuat harus untuk Imam dan tidak (harus) untuk makmum menurut pandangan Imam Syafie. Namun beliau tidak secara terang-terangan mengatakannya haram atau sesat mahupun bid’ah kerana pandangan Salaf yang lain juga bersandar kepada hadith Ibn ‘Abbas namun Imam Syafie meraguinya kerana Abu Ma’bad terlupa dia pernah meriwayatkannya kepada ‘Amr bin Dinar sebagaimana kata Imam Syafie: :
Seolah-olah dia (Abu Ma’bad) melupainya selepas dia meriwayatkannya (hadith) kepadanya (‘Amr). Manakala hadith Ibn al-Zubair dianggap oleh Imam al-Syafie sebagai mengambil kata-kata Ibn ‘Abbas sebagaimana katanya: Aku mengira apa yang diriwayatkan Ibn al-Zubair mengenai tahlil Nabi SAW (zikir La ilaha illallahu) sebagaimana apa yang diriwayatkan oleh Ibn ‘Abbas”.


2. Imam Syafie berpendapat bahawa mana-mana Imam yang berzikir dengan apa yang beliau nyatakan, sama ada secara kuat, mahupun senyap, atau selain dari cara keduanya, maka ia adalah baik (hasan). Imam al-Syafie menyebutnya sebagai baik (hasan). Namun perkara yang mempunyai sanad (sandaran) dari sunnah secara nyata adalah lebih baik dari hasan. Tetapi sekiranya diamalkan perbuatan ini pada hari ini di depan mereka yang menolak zikir selepas solat, nescaya Imam tersebut akan dicap sebagai pembawa bid’ah, sesat dan ahli neraka! Inilah bahaya kejahilan terhadap keseluruhan hadith-hadith Nabi SAW atau taksub kepada pandangan seseorang.

3. Pandangan Imam al-Syafie Rahimahullah lagi:
Dan aku memilih (pendapatku) untuk Imam dan makmum berzikir kepada Allah selepas selesai solat, kedua-duanya berzikir dengan senyap. Kecuali sekiranya Imam dalam keadaan wajib dipelajari darinya sesuatu (cara bacaan berzikir), maka dia boleh melantangkan zikir sehingga ia melihat sesungguhnya mereka telah mempelajari darinya, kemudian dia berzikir secara senyap”.

Imam al-Syafie memilih perkataan ‘memilih’ untuk mentarjihkan atau menguatkan pandangannya. Itulah cara ulama hadith yang juga imam faqih. Memilih pandangan sendiri tetapi bukan dengan membid’ahkan dan menyesatkan pihak yang tidak bersetuju dengannya khususnya dalam perkara yang masih terbuka untuk ijtihad.

Pandangan Imam al-Nawawi terhadap hadith Ibn ‘Abbas:

Imam al-Nawawi Rahimahullah berkata: Ini dalil terhadap apa yang dipegang oleh sebahagian ulama Salaf iaitu disunatkan meninggikan suara dengan zikir al-takbir (Allahu akbar) dan zikir-zikir lain selepas solat fardhu. Manakala ulama mutaakhirin yang turut menghukumkannya sunnah ialah Ibn Hazam al-Zahiri.

Imam al-Nawawi menambah lagi:
“Katanya: (Telah mengkhabarkan kepadaku Abu Ma’bad kemudian dia menafikannya) pada menjadikannya hujah (dalil) oleh Muslim dengan hadith ini, merupakan bukti bahawa dia (Imam Muslim) berpegang sahihnya hadith (Ibn ‘Abbas) ini walaupun dinafikan oleh perawi asalnya, kerana yang merawikannya itu thiqah (diyakini). Ini merupakan mazhab jumhur ulama sama ada ulama hadith, fuqaha` atau ulama usul fiqh”.
(Tamat nukilan dari kitab Syarh Sahih Muslim: Jilid 4-6, hal. 237). Maksud yang sama dihuraikan oleh Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani dalam kitabnya Fath al-Bari (Bab al-Zikr Ba’d al-Solah, Jilid 2, hal. 260).

Berhati-hati dalam menghukum sesuatu amalan sebagai bid’ah.

Melalui perbincangan di atas, jelas menunjukkan kepada pembaca yang mahukan kebenaran, bagaimana ulama-ulama kita membahaskan tajuk tersebut.

1. Hadith Ibn ‘Abbas mengenai berzikir secara lantang diterima oleh sebahagian ulama salaf sebagai hujjah dan sunat diamalkan. Bahkan ia diamalkan oleh sebahagian ulama salaf. Semoga Allah SWT mengampunkan dosa kita membid’ahkan dan menyesatkan sebahagian ulama salaf dan orang-orang yang mengamalkan sebahagian dari amalan dan berpegang kepada hadith ini.

2. Masyarakat juga seharusnya menghormati pandangan yang tidak berpegang kepada amalan ini kerana terdapat persoalan ijtihad mengenai status hadith tersebut dan syarahan yang berbeza di kalangan ahli hadith yang menyebabkan ulama berbeza pandangan. Walaupun begitu, amalam Imam yang menguatkan zikirnya sekali sekala untuk dipelajari umum merupakan perkara yang disyariatkan menurut pandangan ini.

3. Perbezaan pandangan ulama hadith dan fuqaha` mengenai persoalan tersebut tidak langsung mencetuskan perkataan bid’ah yang menyesatkan, masuk neraka dan seumpamanya. Kalau adapun mereka menyebut bid’ah atau muhdath (perkara baru) tetapi dalam taraf ‘hasan’ kerana amalan yang nyata ada sanadnya adalah lebih utama dari amalan muhdath. Mereka menyebutnya sebagai bid’ah atau penambahan dari sudut bahasa tetapi tidak mengatakannya sebagai ‘dalalah’ atau sesat. Inilah akhlak ulama Salaf. Inilah kefahaman ulama hadith yang hakiki dan fuqaha` apabila berdepan dengan persoalan-persoalan khilaf dan ijtihad (qadaya khilafiayyah ijtihadiyyah).

Semoga kita semua diberikan pentunjuk oleh Allah SWT. Semoga Allah SWT menjauhkan kita dari amalan-amalan bid’ah dan ketaksuban pada mana-mana individu sehingga kita menolak hujah-hujah Al-Quran dan al-sunnah. Semoga kita menjadi pengikut ulama-ulama Salaf dan tidak mudah terpengaruh dengan aliran semasa yang membuang sumbangan ulama-ulama Salaf yang mu’tabar yang diterima umat sepanjang zaman. Semoga umat Islam lebih cermat dalam menghukum sebahagian masyarakat yang lain.

Wallahu ‘A’lam.

Penulis ialah Pensyarah Kanan di Universiti Utara Malaysia. Berkelulusan PhD (Fiqh & Usul Fiqh) dari UIA, Sarjana Fiqh & Usul al-Fiqh (UIA) dan Ijazah Sarjana Muda Syariah dalam bidang al-Fiqh wa al-Tasyri’ (Universiti of Jordan).

Monday 12 November 2012

Cinta adalah..

bismillahirrohmanirrohim..

Hari ni aku dapat undangan daripada Bekas Teman Abangku.. Dia kahwin tanggal 27 Mei ni, aku rasa sedih.. sebab, kami suda macam adik beradik.. Walau dia tak ada hubungan da dengan abangku, dia masi ok dengan kami.. ada orang, malas suda mau layan kalau ndakda kaitan kan.. erm.. tu sebablah aku sedih.. T_T.. mungkin bukan jodoh dorang kan.. aku doakan mudah2an dia bahagia dengan pasangannya tu.. aamiinn.. saaayng dia selalu ;')

Something to share :) just share a bit la.. this poem from Kcb Film..

Cinta adalah kekuatan,

Yang mampu mengubah duri jadi mawar,
Mengubah cuka jadi anggur,
Mengubah sedih jadi riang,
Mengubah amarah jadi ramah,
Mengubah musibah jadi muhibbah,
Itulah cinta..
Namun,
Cinta itu kan jadi kekuatan,
Jika disandarkan pada Allah,
Cinta itu kan jadi muhibbah,
Jika disalurkan pada jalan yang benar,
Cinta itu kan jadi riang,
Jika tak bertentang Buat para muslimah di luar sana,
Usah gusar jika belum berpunya,
Usah risau jika belum dipetik sesiapa,
Usah malu jika tiada lelaki yang bertakhta,
Yakinlah dengan qada\' qadar Allah,
Bila mana keluarnya kita dari rahim sang ibu,
Tercatat sudah di luh mahfuz,
Siapa jodoh kita,
Bila akhir hayat hidup kita,
Di mana nafas terakhir kita,
Yakinlah,
Allah lah sebaik2 pengatur hidup,
Berdoalah tiap kali lepas solat,
Wa la takilna ila anfusina torfata \'ain..
Ya Allah, jangan kau biarkan masa depan kami ditentukan oleh diri kami sendiri,
Walaupun cuma sekelip mata

"Serahkan hatimu pada Allah, pasti DIA temukan dengan pemilik terbaik"
Islam mengiktiraf cinta. Buktinya, dalam Al Quran sendiri, Allah ada berfirman dalam kalamNya, surah At Taubah ayat 24.  Dalam ayat ni, Allah gambarkan ada 3 peringkat cinta dalam Islam
1) CINTA AGUNG: Cintakan Allah, Rasulullah dan berjihad di jalanNya.
2) CINTA PERTENGAHAN: Cinta pada ibu bapa, anak-anak, suami isteri, saudara mara dan kaum kerabat.
3) CINTA RENDAH: cintakan kaum kerabat dan harta benda melebihi cinta pada Allah , Rasulullah dan cintakan jihad di jalanNYA.
Mana satukah pilihan cinta kita??? Cinta pertama atau kedua atau ketiga?? Seperti mana kata ustazah Fatimah Syarha, pengarang novel Tautan Hati, cinta kekasih pacaran (yang belum halal) itu adalah cinta keji, kerana apa? Allah langsung tidak mengiktiraf nya dalam Al Quran
Tapi, kalau yang memang dah ada taman dalam hati macam mana? "Mak ayah tak bagi kahwin lagi sebab tengah belajar. Tak kan haram jugak kot. Rasa suka ni tak boleh nak sekat!".. Hmm, sebenarnya begini..

"Cinta ini memang fitrah, tapi jangan kita jadikan ia fitnah.  Sebagai contoh, bila kita sedang berpuasa, kita disuruh agar tidak  mendekati makanan kerana boleh jadi ia membawa fitnah yang boleh membawa kita berbuka puasa. Maka begitu juga CINTA, rasa suka itu fitrah. Jadi, kita dilarang mendekati maksiat seperti zina hati, dating dan bergayut dengannya di telefon agar fitrah itu tidak menjadi fitnah. Sehari tak bercakap dengan si dia jadi gundah, tapi sehari tak bangun qiamullail, tak pulak rasa begitu. Kalau penyakit ini ada dalam hati kita, hati-hati. Jangan sampai cinta yang kononnya suci ini jatuh martabat menjadi cinta rendah, iaitu bila mana cinta manusia lebih daripada cinta Allah..
"kami tidak akan ucapkan perkataan 'CINTA' kepada mana-mana lelaki ajnabi kerana.. kami simpan perkataan itu untuk diucapkan kepada bakal suami selepas akad nikah" -blog kunfayakun
"Aku menyintaimu kerana AGAMA yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu." [Imam Nawawi]



Bahagia itu dari hati yang mengenal TuhanNya.. Allah..


Bismillahirrohmanirrohim.. Hari ni ingin berkongsi tentang kebahagiaan :)

Takdir Allah bukan untuk di duga, tetapi dicipta. Bukankah Hilal Asyraf ada berkata, "Takdir itu hujung usaha!" Memang ada benarnya. Biarpun kita tidak boleh melawan takdir, bukan bermaksud takdir tidak boleh diubah. Yang dilihat bukanexistence tetapi essence.
Pasrah dan redha akan sesuatu harus diolah dengan baik yakni dengan ikhlas bukan terpaksa. Bertunjangkan nilai Islam, "Allah tidak pernah menzalimi hamba-hambaNya" kita dapat mencungkil hikmah dan kebaikan di sebalik sesuatu peristiwa. Bergantung di mana kefahaman kita untuk meletakkan kasih-Nya terhadap hamba.
Seharusnya kita tahu, medium fikir mempunyai ruang yang terhad dalam menggapai sesuatu maksud dan erti segala rahsia yang melingkari kehidupan manusia. Walaupun kini keagungan ilmiah dan intelektual manusia dikatakan menjadi asas pembinaan tamadun yang kita gapai sekarang. Namun kita dapat lihat terdapat banyak manusia yang meluahkan rasa kekosongan hati dan kehausan rohani dalam kejayaan yang mereka kecapi.
Dengan ini terbukti kemewahan dan kekayaan tidak memberi apa-apa manfaat apa-apa pun. Selama ini minda dan persepsi kita telah diprogram dengan baik di mana kita beranggapan kebahagiaan itu adalah dengan harta benda, kasih sayang sesama manusia, pangkat, populariti dan pelbagai lagi. Hakikatnya tidak.
Kebahagiaan mahupun kesedihan wujud atas faktor dalaman bukan luaran. Iaitu dipengaruhi dengan bagaimana cara kita berfikir dan mengolah bentuk kebahagiaan yang kita inginkan. Lihat orang miskin, kebahagiaan bagi mereka adalah kekayaan. Buat mereka yang tinggal dalam keadaan sepi mengharapkan teman dan sahabat untuk rasa bahagia. Setiap golongan manusia mempunyai definisi kebahagiaan dan kesedihan yang berbeza-beza.
Dan ketahuilah dalam Islam mempunyai satu definisi kebahagiaan yang terjamin keberadaannya setiap waktu, tempat dan ketika. Definisi ini dilandasi dengan elemen keislaman yang jitu dan universal. Ajaran daripada sunnah, para sahabat dan tabi'in. Tidak mampu diteroka oleh akal, tetapi hanya mampu dikuasai oleh hati. Itulah kebahagiaan dicintai Allah dan RasulNya.
Mengapa dicintai bukan mencintai?
Cuba renungkan seketika, tatkala Allah membenci kita adakah kita mampu untuk beribadah kepada Allah? Tidak! Kerana segala amal dan ibadah yang kita lakukan kepada Dia adalah atas rahmat, kurnia dan cintaNya terhadap diri kita bukan atas kudrat kita sendiri.
Ada satu riwayat kisah yang menyatakan sedemikian, yakni ada seorang tabii'n terbangun pada waktu malam dan melihat hambanya khusyuk beribadah dan bermunajat kepada Allah. Beliau terdengar hambanya berkata, "Ya Allah, demi cintaMu padaku..." lalu beliau menegurnya, "Seharusnya engkau mengatakan demi cintaku kepadaMu..." Tetapi hamba itu menjawab kembali, "Jika Allah tidak mencintaiku, mengapa dia membangunkanku untuk beribadah kepadaNya dan membiarkan kau tidur". Subhanallah, hebatnya cinta Allah kepada hamba-hambaNya.
Apabila seseorang hamba dicintai Allah maka dia akan diberi kefahaman agama oleh Allah. Itu sudah cukup bagi mereka untuk mendepani kegilaan dunia ini yang sering menduga dan menguji keteguhan iman. Dalam hidup mereka susah senang tidak menjadi isu, tetapi redha Allah. Di situ lah kebahagiaan akan tercipta.
Takdir yang menimpa akan diolah dengan seni jiwa kehambaan. Yang tampak indah akan diawasi agar tidak hanyut dan leka. Yang tampak berbentuk musibah dihiasi dengan kesabaran. Kesabaran itu suatu kurniaan yang paling besar untuk seorang mukmin. Satu hadis qudsi berbunyi, "Timpakanlah kepada hambaKu musibah kerana aku ingin mendengar mereka merintih kepadaKu"
Wajarlah saat kita berkata, "Kebahagiaan itu bukan dicari tetapi diraih!" Sesungguhnya terdapat seribu satu kebahagiaan lagi di sisi kita yang kita tidak sedar. Mereka tersembunyi dalam sudut hikmah dan ibrah. Hanya dapat disingkap oleh tingkah laku manusia Ulul Albab dan orang-orang mukmin.
Dalam Al-Quran ada banyak ayat yang menyebut, "Bahawa orang-orang beriman itu tidaklah berasa takut dan bersedih hati." Kerana mereka insan yang mengenal Allah dan seluruh sifat Ar-Rahman dan Ar-RahimNya. Sentiasa bersangka baik dengan Allah dan tidak menduga-duga takdirNya dengan suatu kesan dan hasil yang buruk.
Firman Allah yang bermaksud;
"Ketahuilah! Sesungguhnya wali-wali Allah. Tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita."
(Surah Yunus ayat 62)
Sesungguhnya Islam itu terlalu indah. Seharusnya kita masuki Islam secara menyeluruh bukan secara berjuzu'. Maka dengan itu kita akan mampu keluar daripada tipu daya nafsu dan syaitan. Bebas daripada segala harapan palsu dan berjaya menuju hakikat hidup yang menempatkan kebahagiaan sejati yakni redha ilahi.
Justeru, bermula saat ini, marilah sama-sama kita mengorak usaha untuk mencipta takdir masuk ke SyurgaNya. Bersungguh-sungguhlah kita dan jangan lupa untuk bertawakal kepadaNya. Moga dengan mendekati Allah SWT, akan ada kebahagiaan dan kedamaian untuk kita, di dunia jua di akhirat sana.
Wallahu Anta A'lam.  

Kata-Kata Imam Hebat :) Sharing Is Caring


Kata-kata Imam Hebat

SUFFIAN AS SAURI

1. Tidak ada ketaatan kepada kedua ibu bapa pada perkara yang syubhat.

2. Ada orang yang banyak harta tapi dia zuhud. Ada pula orang yang fakir tapi dia sangat cinta dengan dunia.

3. Menuntut ilmu lebih utama daripada sembahyang sunat.

IMAM ASY SYAFIE

1. Siapa yang hendakkan Akhirat, hendaklah ikhlas dalam menuntut ilmu.

2. Tidak ada sesuatu yang lebih indah pada ulama melainkan memiliki kefakiran dan memadai apa yang ada serta redha dengan kedua-duanya.

3. Hendaklah kamu berilmu pengetahuan sebelum kamu menjadi ketua sebab setelah menjadi ketua, tiada jalan lagi bagi kamu mencari pengetahuan.

4. Orang yang berakal itu adalah orang yang akalnya dapat mengawal sifat-sifat mazmumah (keji).

5. Siapa yang ingin Allah menutup kejahatannya dengan kebaikan maka hendaklah dia bersangka baik dengan manusia.

IMAM MALIK

1. Bukanlah ilmu itu dengan membanyakkan riwayat tapi ilmu itu ialah cahaya yang Allah letak dalam hati.

2. Apabila seseorang itu memuji dirinya maka hilanglah cahayanya.

3. Orang yang benar-benar menuntut ilmu itu pasti memiliki kebesaran, ketenangan dan ketakutan.

IMAM ABU HANIFAH

1. Setiap kali aku bersembahyang, aku doakan untuk guruku Hammad dan setiap orang yang aku belajar ilmu daripadanya atau aku mengajarkannya (murid-murid).

2. Aku bergaul dengan manusia sejak 50 tahun. Aku dapati tidak ada seorang pun yang mengampunkan dosaku. Tidak ada yang menghubungiku ketika aku memutuskannya. Tidak ada yang menutup aibku dan aku tidak aman apabila dia telah marah kepadaku. Maka aku sangat berbimbangbimbang dengan mereka itu.

3. Sesungguhnya tidak ada yang lebih mulia dari seorang alim yang warak.

IMAM AHMAD
Jangan kamu mengambil ilmu dari orang yang mengambil upah di atas ilmunya.

SUFYAN BIN AINAH

1. Dua perkara yang susah sekali mengubatinya iaitu meninggalkan loba (tamak) untuk manusia dan mengikhlaskan amal untuk Allah.

2. Siapa yang ditambah akalnya kuranglah rezekinya.

3. Zuhud di dunia itu ialah sabar dan menunggu-nunggu kedatangan mati.

4. Ilmu itu jika tidak memberi manfaat padamu maka dia akan memberi mudharat padamu.

5. Tidak dianggap orang yang berilmu itu berakal selagi dia tidak melihat dirinya hina.

Ya Robb,Temukan diriku dengan pasangan yang terbaik dunia akhiratku..

Bismillahirrahmanirrohim..

"Melengkapkan kekurangannya Mensyukuri Kelebihannya" ..

 Aku punya banyak kelemahan, untuk apa aku mencari yang terlalu sempurna? Dan aku hanya berusaha jadi yang Terbaik untuk Dunia dan Akhiratku.. Doaku hanyalah ingin jodoh yang dapat membawa ku kejayaan dan kebahagiaan dunia & akhirat..

Tidak dapatku nafikan, saat usia menginjak dewasa. Aku mula tertanya-tanya siapa jodohku, di mana ia berada, adakah dia baik-baik sahaja? dan tidak dapatku nafikan, terbit perasaan rindu inginku melihat siapa dirinya dan bagaimana keadaannya? Kalau dulu, aku tidak pernah terfikir semua ini. Tetapi kini, sepertinya dalam diam aku merindui dirinya iaitu jodohku. Hanya Allah yang Tahu bagaimana perasaanku tiap kali mendoakannya, berharap dia selalu dalam Lindungan Allah yang Maha Esa.

Walau aku tidak tahu siapa dia, aku yakin dia juga sepertiku. Berusaha mencariku, tetapi hanya dengan  Izin Allah kami akan ditemukan dan dengan Izin Allah hatinya akan tergerak mengatakan aku lah yang dicarinya selama ini. Melihat teman-temanku yang suda bertemu jodohnya, ada rintihan kecil di sudut hatiku. Mereka suda ditemukan dengan Jodohnya masing-masing. Aku? masih tertanya-tanya.

Doaku, smoga kita dipertemukan Allah dalam restuNya.. Smoga kita boleh menerima sesama kita apa adanya.. Semoga Allah mencurahkan belas kasihannya buat kita dan Moga kita mendapat kejayaan dan kebahagiaan Dunia akhirat.. aaamiinn..

Jika ku temukan siapa dirimu, akan ku katakan " Kaulah yang ku cari selama ini, kaulah yng ku nanti waktu ini dan kaulah yang amat ku rindui dalam stiap Doaku" :')



Wssalam
By Sayda

Thursday 6 September 2012

UjianMu mengajarku Erti Kesabaran..


Bismillahirrohmanirrohim...

Assalamualaikum wrh.wbt.. Sharing is Caring..

Awan putih berlangitkan sebiru warna, menambahkan keindahan alam semulajadi. Kecantikan alam yang tiada taranya menyaksikan pelbagai acara pementasan hidup yang beraneka gaya. Maha suci Allah yang menciptakan manusia yang berpasangan begitu juga makhluk Allah yang lain turut memenuhi pelusuk bumi.
Alhamdulillah, kita masih bernyawa menunaikan segala perintahnya, akur dengan ketentuan illahi walaupun penuh dengan pancaroba. Seringkali hidup dicabar dan diuji namun terus berdiri gagah dengan pertolongan Allah SWT.
Mengharungi hari demi hari membuat kita tidak terlepas dari melakukan dosa. Dosa kecil mahupun besar terpendam dilubuk hati dan adakalanya membentuk pelbagai rasa. Pernahkah kita memohon keampunan dariNya? Saya yakin kita sebagai hamba diberikan naluri untuk mengetahui akan dosa-dosa yang dilakukan walaupun tanpa sedar.
Adakah kita insaf?
Sekiranya keinsafan masih menebal pada diri, sebenarnya kita masih lagi menyirami iman kita dengan baja keampunan dari Allah SWT. Jika tidak, jangan dibiarkan dosa-dosa itu menjadi sebati dan kekal selamanya pada hati nurani kerana dari situlah 'air muka' kita akan terbentuk dengan perkara-perkara yang sebenarnya datang dari hati kita sendiri.
Oleh itu, jagalah hati dan kasihanilah kerana dia juga makhluk Allah seperti kita. Tugasnya sangat berat untuk mengawal manusia dari melakukan dosa. Kalau hati kita baik, baiklah kita sebagai khalifah Allah dimuka bumi. Jika tidak, hati kita akan melakukan sesuatu yang tidak mungkin dijangka.
Tahap iman dalam diri.
Disaat dan ketika ini, ada dikalangan kita mengatakan bahawa apabila seseorang itu dipenuhi dengan iman dan taqwa pastinya berpegang teguh dengan agamanya. Mana mungkin manusia yang bersifat baharu ini tidak akan diuji walaupun hidupnya diselubungi dengan kemewahan melimpah ruah.
Ada juga menyatakan yang menutup aurat itu hidupnya akan menjadi kebal dengan nafsu kerana badannya dilitupi dan tidak akan mudah melakukan dosa berbanding mereka yang tidak berhijab atau tidak menutup aurat.
Dari pandangan saya, bukan mudah untuk memelihara iman, kerana iman kita ini ibarat daun-daun yang berguguran, apabila ia dipukul angin ia akan berterbangan mengikut arus angin. Sesungguhnya, iman itu tidak bersifat kekal dan sentiasa berubah-ubah.
Ada suatu masa kita rasakan hidup ini sangat dekat dengan Allah SWT dan adakalanya tidak. Itulah manusia yang Allah ciptakan, hatinya sentiasa bermain-main dengan perasaan. Kadangkala dengan iman kita terasa indah dan lama kelamaan iman itu semakin hilang dan menjadikan kita manusia yang alpa kepada Allah SWT. Ini kerana keteguhan kita terhadap iman masih diawang-awangan dan menganggap tiada kepentingan dalam mengekalkan iman di dalam diri.

Setiap saat diuji.
Tidak akan senang manusia itu kalau hidup tidak pernah diuji. Sekiranya sentiasa aman dan bahagia kemungkinan kitaran kehidupan kita ini akan kehilangan sesuatu yang dikatakan "ujian dan dugaan".
Ya, saat kita diuji adakah kita sedar akan ujian diberikan? Manusia sentiasa leka dengan kesibukan dunia sehingga lupa kepentingan akhirat yang perlu diutamakan. Apa yang mereka ingat adalah nikmat dunia. Sehingga manusia menjadikan dunia itu sebagai tongkat untuk berdiri sedangkan yang menjadikan mereka berdiri dengan gagah itu adalah dari Allah SWT. Biarlah diri kita diuji, Allah mahu membersihkan kita dari segala kekotoran yang menyelubungi dari segenap sudut pada anggota badan kita iaitu hati.
Serah diri padaNya.
Saat menadah tangan pohonlah keampunan kepada Allah, berdoalah dengan penuh pengharapan agar kita diampunkan dari segala dosa-dosa yang lalu. Biarlah air mata sepi menjadi saksi tanda kita takut kepadaNya. Beristighfarlah, kerana banyak hikmah terkandung disebalik makna-makna yang diucapkan.
Yakin dan percaya dengan kewujudan dosa dan pahala, syurga dan neraka. Jangan lalai mahupun leka kerana kematian sentiasa menghampiri.
Beriman kepada Allah SWT adalah satu landasan yang merupakan penjuru disetiap kehidupan. Walaupun iman tidak boleh diwarisi tapi boleh menjadi benteng dalam menghadapi pelbagai keresahan hidup.
Berdoalah kerana dengan doa, Allah akan mendengar segala keluhan kita kerana tuhan tahu apabila kita melakukan dosa kita akan kembali mengadapNya. Perbaikilah diri dengan kesalahan serta kesilapan yang kita lakukan. Perelokkan nawaitu kita untuk kembali bertaubat dan bersujud padaNya.
Sucikan hati dan rawatlah jiwa dengan ayat-ayat Allah iaitu al-Quran yang merupakan surat cinta yang diutuskan kepada hamba-hambanya.
Cinta Allah akan kekal dihati, kewujudanNya dapat dirasai, hadirNya bagaikan merentap sanubari.
Disini ada beberapa gambar saat Hari Raya  :)



ilmu menjadikan kita takut kepada Allah S.W.T

Oleh : PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN 

Pada hari ini, kita melihat rata-rata umat Islam di negara ini sudah mula berjinak-jinak dengan majlis-majlis ilmu dan ulama. Di masjid-masjid dan surau-surau majlis-majlis pengajian ilmu semakin rancak diadakan.
Ia mendapat sambutan yang memberangsangkan dari segenap lapisan masyarakat yang dahagakan ilmu dan pentarbiahan hatta terdapat masjid yang mengadakan majlis pengajian pada setiap malam. Ini suatu perkembangan yang baik kepada peningkatan kualiti umat Islam di negara ini dan agama Islam itu sendiri.
Persoalannya, apakah ilmu yang mereka perolehi ini benar-benar memberikan manfaat dan kesan ke dalam diri mereka?
Ketahuilah, bahawa sebaik-baik ilmu ialah ilmu yang menjelmakan perasaan takut kepada Allah SWT. Iaitu, takut yang disertai perasaan membesarkan Allah dan menumbuhkan amal. Allah SWT telah memuji para ulama melalui firman-Nya:
Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hamba-Nya hanyalah orang-orang yang berilmu.
(al-Faatir: 28)
Inilah ilmu yang paling bermanfaat kerana ilmulah yang memandu kita ke jalan akhirat. Kalam hikmah ini diungkapkan oleh Sheikh Ibnu Atoillah al Sakandari r.a dalam Hikamnya yang bertajuk al Hikam al Atoiyyah.
Terbukti, kalam hikmahnya ini telah mampu melunakkan hati yang keras, menenangkan jiwa yang resah, mengekang nafsu yang rakus dan mengajak manusia menyelami hikmah-hikmah di sebalik kejadian Allah SWT. Semoga kita mendapat manfaat daripadanya.
Adapun orang alim yang tidak mempunyai perasaan takut kepada Allah bukanlah orang alim yang sebenarnya.
Lebih-lebih lagi, orang alim yang keinginannya untuk mendapatkan kemewahan dunia, kemegahan dan bersikap takbur dengan ilmunya.
Ilmu sebegini hanya akan menjadi hujah ke atasnya di akhirat kelak dan sebab yang akan mengundang bala dan akibat yang buruk kepadanya.
Umar ibn al Khattab r.a pernah berkata,
"Perkara yang paling aku takuti berlaku terhadap umat ini ialah munculnya orang yang alim pada lisan tetapi jahil pada hati".
Ini bukanlah ciri-ciri pewaris para nabi kerana pewaris para nabi memiliki sifat zuhud terhadap dunia, berminat terhadap akhirat, ikhlas menyampaikan amanah ilmu dan bertakwa.
Orang yang memiliki ilmu yang bermanfaat, tidak memiliki sifat bongkak atau takbur, tidak suka mencaci orang lain, berlapang dada, mudah diajak berbincang dan tidak cepat melatah.
Sahl ibn Abdullah r.a pernah berkata:
"Janganlah kalian memutuskan satu urusan dari urusan-urusan dunia dan agama kecuali setelah berbincang dengan ulama. Maka kesudahannya akan dipuji di sisi Allah SWT".
Abu Muhammad r.a pernah ditanya:
"Wahai Abu Muhammad! Siapakah ulama?" Jawabnya: "Orang-orang yang mengutamakan akhirat daripada dunia dan mengutamakan Allah daripada diri mereka sendiri".
Saidina Umar ibn al Khattab r.a pernah mewasiatkan:
"Berbincanglah mengenai urusanmu dengan orang-orang yang takutkan Allah".
Al Wasiti r.a berkata:
"Manusia yang paling pengasih ialah ulama, kerana perasaan takut mereka kepada Allah dan kebimbangan mereka terhadap apa yang diajar oleh Allah SWT".
Banyak ayat dan hadis yang menyebut tentang kemuliaan ilmu atau ulama. Rasulullah SAW pernah bersabda: "Penuntut ilmu dijamin oleh Allah rezekinya".
Ketahuilah, bahawa ilmu yang diulang-ulang sebutannya di dalam al-Quran dan hadis Nabi SAW ialah ilmu yang bermanfaat yang disertai oleh perasaan takut kepada Allah. Bahkan, ilmu yang bermanfaat juga ialah ilmu yang mampu menguasai nafsu dan mengekang syahwat.
Disebut juga, ilmu yang bermanfaat ialah ilmu yang membantu pemiliknya mentaati Allah, dan berdiri di atas landasan agama Allah.
Sebahagian Salaf berkata:
"Sesiapa yang bertambah ilmunya, maka bertambah jugalah kekhusyukannya (kerendahan hatinya)".
Seorang lelaki bertanya kepada Sheikh Junaid al Baghdadi r.a:
"Apakah ilmu yang paling berguna?" Jawabnya, "Ilmu yang menunjukkan kamu kepada Allah SWT dan menjauhkan kamu daripada menurut hawa nafsumu".
Beliau berkata lagi:
"Ilmu yang bermanfaat ialah ilmu yang menunjukkan pemiliknya kepada sifat tawaduk, sentiasa bermujahadah, menjaga hati, menjaga anggota zahir dari melakukan maksiat, takut kepada Allah, berpaling daripada dunia dan penuntut dunia, menjauhi orang-orang yang mengasihi dunia, meninggalkan apa yang ada di dunia kepada ahli dunia, suka memberi nasihat kepada makhluk, baik perilaku terhadap makhluk, suka duduk bersama golongan fuqara, memuliakan kekasih-
kekasih Allah dan menghadapkan diri kepada apa yang mereka utamakan.
"Apabila orang alim yang mencintai dunia dan ahlinya, dan mengumpulkan dunia melebihi daripada keperluannya, maka dia akan lalai daripada akhirat dan ketaatan kepada Allah mengikut kadar kecintaannya kepada dunia".
Allah SWT berfirman (maksudnya):
Mereka hanya mengetahui perkara yang zahir nyata dari kehidupan dunia sahaja, dan mereka tidak pernah ingat hendak mengambil tahu tentang hari akhirat.
(al-Rum: 7)
Rasulullah SAW bersabda:
"Siapa yang kasihkan dunia, maka dia telah membahayakan akhiratnya dan siapa yang kasihkan akhirat maka dia telah membahayakan dunianya. Justeru ingatlah, utamakanlah suatu yang kekal (akhirat) daripada yang akan rosak binasa (dunia)".
(riwayat Imam Ahmad dan al Hakim)
Fudhail ibn 'Iyadh berkata:
"Orang alim ialah doktor agama dan cinta dunia ialah penyakit agama. Apabila doktor telah memasukkan atau mengheret penyakit ke dalam dirinya, maka bilakah masanya dia boleh mengubati orang lain".
Sesiapa yang ilmunya memandunya kepada menuntut dunia, ketinggian di dalamnya, jawatan dan pandangan makhluk, maka ia adalah ilmu yang tidak bermanfaat. Bahkan, dia tertipu dengan ilmunya.
Tidak ada kerugian yang lebih besar daripada rosaknya orang alim dengan ilmunya yang diharapkan dapat menyelamatkannya. Kami memohon dengan Allah daripadanya.
Ilmu yang bermanfaat juga ialah ilmu yang diamalkan. Ulama mengumpamakan orang yang menghabiskan banyak waktu menuntut ilmu, duduk selama 40 atau 50 tahun belajar tanpa beramal, seperti orang yang asyik bersuci selama waktu itu dan memperbaharui wuduknya tetapi tidak solat walau satu rakaat.
Ini kerana maksud atau tujuan suatu ilmu ialah beramal dengannya sebagaimana tujuan berwuduk adalah untuk melakukan solat.
Berkata sebahagian ulama:
"Kalaulah ilmu tanpa takwa itu penentu suatu kemuliaan, nescaya semulia-mulia makhluk Allah ialah iblis".



Thursday 16 August 2012

Suasana raya kini kembaliiiii !!!!

Bismillahirrahmanirrohim...

assalamualaikum wrh.wbt..


hay3 =) alhamdulillah aku selamat tiba di rumah kemarin pagi.. Flight MH2121 jam 7.30 pagi ke Twu.. Dan aku tersangat2 happy sebab??? dapat jumpa family lagi balik, he2 =) punyalah rindu dengan dorang... akhirnya jumpa juga.. itupun cuti seminggu ja.. haishhh.. tapi nda apa lah, namanya pun belajar kan,he2 =) oh ya ! cerita pasal belajar.. Masa MDS ( minggu destinasi siswa ) punyalah bestttttt yang berlangsung 3.6.2012 .. =D kah2.. first time ni kenak bangun 3 pagi dan kena ke PI untuk Solat Subuh.. kenak jalan kaki dan naik tangga yang ber 70 anak tangga, best kan??? =D haha.. Kenak2 marah lagi ! hehe.. tapi enjoy la rasanya blajar d U ni.. macam2 pengalaman orang bilang.. Especially yang tidak tahu berdikari, jadi pandai berdikari... hoho.. terutama "SAYA" =)


Masa MDS tu, kami banyak Taklimat.. dan setiap taklimat tu habis, kena nyanyi lagu UiTM.. jadi, berdirilah kami dengan Mukak2 penat & mengantuk tu.. ada 1 hari tu masa En Sahol disiarkan secara LIVE buat ucapan di Uitm S.Alam untuk seluruh Intake baru.. bestnya pulak... Masa tu kami kena pakai baju putih, skirt hitam dan tudung Ungu Uitm.. masa tu la semangat terasa ni.. sebab rasa macam ya Allah! aku salah satu orang yang duduk di dewan ni dan aku salah seorang yg terpilih study cni.. syukur alhamdulillah sangat2 kepada Allah.. Walaupun aku nda macam orang lain, yang mungkin sambung degree @ diploma suda.. =) belajar ni learning.. bukan namanya ada diploma @ degree tu yang d kejar.. Belajar menuntut ilmu bukan sebab2 tertentu.. =) best ba belajar ni.. lebih2 lagi d U..


Bestnya di sini, aku ada kawan2.. dapat kenal ramai kawan.. dan 1 lagi Ingatkan Uitm ni ndakda la tekankan sangat Program2 Agama.. Rupanya macam2 Program, Halaqah & Usrah.. Aku pun suda daftar jadi Sahabat Ahli Plajar Islam.. Jadi, stiap minggu aku ada ikut Usrah.. semuanya Kakak2 PM yg ajar.. dan stiap hari Isnin hingga Jumaat lepas Maghrib, ada Kuliah2 agama.. Semuanya kakak2 kecuali Hari Rabu, Ustaz Puaad ..Lucu habis ni Ustaz.. Time MDS tu memang lucu2 suda.. hehe =D, terbaekkkk..


Jadual kuliah ku Full habis,


Isnin     ->  jam 8.00- 10.00, jam 10.00-12.00, jam 2.00-4.00 & jam -10.00 malam.

Selasa  ->  jam 8.00- 10.00, jam 10.00-12.00, jam 2.00-4.00 & jam 4.00- jam 6.00 petang.
Rabu    -> jam 10.00- jam 12.00 tgah hari, jam 2.00-4.00, jam 4.00- jam 6.00 & malam nya jam 8-10.
Khamis -> jam 8.00-10.00 pagi, jam 10.00-12.00 tgah hari & jam 2.00-4.00 petang.
Jumaat  ->  jam 8.00- 10.00, jam 10.00-12.00, jam 2.00-4.00 petang.

Sabtu Ahad kadang dirumah nenek @ di Asrama ja.. hehe. Kadang lagi best di Asrama tau.. sebab apa? Aku dulu masa di rumah, susah betul ada selera makan.. Bila di asrama, masa tu aku dapat berfikir.. Kalau aku nda Turun Cafe, macammana mau makan.. Takkan aku sanggup makan maggie ja hari2?? yalah, dulu d rumah, semua disediakan. Tinggal duduk & makan =) hehe..Kadang ikut masak dengan mamak.. kadang buat kerja lain.. Jadi, bila di asrama nda la susah sangat.. Sebab mungkin ada juga basic biasa buat kerja kan?! hehe =) terutama kain ! hari2 kenak di cuci ni.. takkan dibiar sampai 1 minggu kan? habis kapitayan menjemur dengan mencuci.. haha =D best juga ba.. berdikari sendiri ni.. Baju pun, gosok sendiri.. untuk 1 minggu terusss.. supaya ada masa yang terluang tu semua untuk Fokus belajar =) Dengan erti kata lain, Inilah erti Kehidupan.. yang tidak disiplin jadi disiplin, yang pemalas jadi rajin =) 


Disini jugalah aku pandai berfikir, pandai bergerak dan pengalaman banyak mengajar.. Memang kadang penat, tapi nda apa.. Itulah hidup, bak kata pepatah " bersusah2 dahulu, bersenang2 kemudian" ..

Ramai yang mengeluh pasal naik tangga..tapi memang betul, punyalahh tinggi tu tangga... 150 tangga aku naik tiap hari.. bayang kan? aku dapat bilik d aras 5 =D haha.. punyalah tidak tercerita hari2 melalui tangga2 yang tersangat istimewa itu.. hehe.. tapi best juga.. Exercise orang bilang =) apa yang menguatkan semangat ku di sini, pertama Aku rasa berSyukur kepada Allah sebab Dia bagi aku rezki yang ramai orang inginkan rezki yang sama dengan aku.. dan aku salah seorang dari itu.. alhamdulillah .. 2, sebab Ibu bapa.. bila aku teringat pengorbanan mak bapa ku.. Diriku terus bermotivasi sebab Merekalah yang mendoakan kejayaan2 aku, membesarkan aku, & berkorban harta, masa & Kasih Sayang selama ni untuk aku.. dan aku terus berfikir, aku kena gembirakan mak bapa ku .. sebab itulah yang mereka selalu doakan " kejayaan,kejayaan dunia akhirat untuk anak2" Aku bersyukur lagi sangat2 kepada Allah, dapat orang tua yang selalu mendekatkan aku dengan Allah.. Nasihat nda pandai putus2, " Solat jangan tinggal, Al Quran jangan lupa Baca sebagai panduan hidup,Jangan sombong bila ada ilmu sebab orang berilmu, makin tinggi ilmunya, makin bagus akhlaknya, itu baru orang berilmu"  itulah yang sentiasa terngiang2.. jadi, semangat tu kembali la orang bilang, hehe =) 3. Untuk Masa depan, masa ni lah aku kena belajar & berusaha nanti mengamalkan ilmu yang aku ada.. Untuk Masa depan.. Lebih2 lagi soal kewangan, perempuan kan terkenal dengan hal2 kewangan ni.. Termasuklah belanja yg macam2 segala.. Jadi, kenalah merancang untuk masa depan.. Walaupun nanti ada suami yang ada kerja, perempuan pun kena ada kewangan yang stabil, sebab sama2 ada pendapatan, dapat ringankan beban suami juga kan.. kan Islam itu Mudah =) rezki Tuhan yang tentukan, tapi kita kena cari peluang untuk dapatkan rezki kta sendiri =)

Now, masuk pula cerita sal Bulan Ramadhan. Solat Trawih ku yang first2 d Masjid Negeri, KK.. ada ekon nya.. sajuk2.. hehe =D Dan inilah kali pertama aku Solat Trawih d KK, d Masjid Ngeri.. Selama ni kan di Twu.. Ikut bapa, Masjid d Batu 2.. Trawih aku p dengan Pacik ku Firdaus iaitu adik Mama ku.. Yang skarang sedang bekerja d Usia. Hari berganti hari, tepat tanggal 15.8.2012 aku pulang Twu.. sebab mau raya suda kan =) Jadi, baju2 pun suda ok semuanya.. tdung pun ok.. =) tinggal bertolak ja ni.. Cuma tahun ni ada berbeza sedikit =( Beraya tanpa bapa.. Bapa ke Makkah.. tapi nda apa2 lah, kan dia pergi beribadat =) kami doakan kesejahteraannya dan tenang menjalani Ibadahnya d sana.. aaamiiinn.. sayang bapa ku banyak2.. hehe =)


By the way, slamat berhari raya dan maaf zahir Batin =) Hidup kna slalu redha dan tidak usah mencari ksempurnaan.. tapi carilah yang diperlukan.. Bila redha, tenang la yang terasa.. Jiwapun akan terasa bahagia... apa2 pun selamat Hari raya ! =D


mereka ini teman2 kelas ku =)



 

Kawan2 Usrah


Inilah katil ku sem 1..hehe


Ini almari..penuh dengan minuman..untuk tetamu yang datang..hehehe



wasalam,
By: me