My Favrot

Saturday 24 November 2012

Sedikit sebanyak, ilmu tetap ilmu.. Allah itu ada dan kita ini sebenarnya tidak ada..

Bismillahirrohmanirrohim..
Alhamdulillah, hari ni adalah hari yang bermakna pada ku juga keluarga serta yang hadir pada malam ini di kediaman kami. Hj Shaari bin Hj Muhd Yusuf telah datang ke rumah kami untuk berkongsi ilmu Makrifat ( ilmu Mengenal Allah) dari Tok Kenali Kelantan iaitu Wali tersohor di Kelantan.. Al- Fatihah untuknya..

Kami telah diterangkannya tentang ilmu Tauhid iaitu ilmu mengEsakan Allah.. Saat ini, aku berasa alhamdulillah kerana Allah menemukan kami dengan Manusia yang Mulia membuatkan aku semakin kenal Allah, diri & Mati.. Sungguh aku amat tertarik apabila Beliau meletakkan tapak tangannya di dinding rumah kami yang dihiasi cat putih lalu berkata " Adakah kamu semua dapat melihat Bayangan tangan ini?" " kami katakan ya".. kemudian beliau menyambung lagi " tanpa Tangan yang saya letakkan ini, tidak mungkin bayangan tangan saya ada, benar tidak?" kami menjawab " ya" lalu beliau berkata " begitulah kita, kita umpama bayangan itu " itu menjelaskan aku bahawa kita ini tidak ada, yang ada itu Hanya Allah..

Tidak aku nafikan, penyampaian beliau begitu mendalam dan berkesan. Oleh itu, bagi yang diluar sana, yang tidak memahami ilmu sebegini, sewenang2nya akan mengatakan orang sesat. Umpama, nampak buah mangga atas pokok, lalu melemparnya dengan batu agar jatuh ke bawah.. Namun, buah mangga itu tidak jatuh, orang itu pasti berkata " ah ! buah itu pasti masam" walhal, orang yang mencuba dan merasa akan lebih tahu ia masam ataupun sebaliknya :) Bersyukur kepada Allah mengenalinya.. Sifat peribadi beliau membuatkan aku begitu kagum, sifat kesederhanaannya, lemah lembutnya dan persaudaraannya. Jelas ku mula kagum tika beliau mengatakan " Saya bukan guru, dan kamu bukan murid. Kita semua sama dan malam ini kita sama2 menuntut ilmu " tapi sayangnya.. masa terhad, beliau tidak dapat menyambungkan perkongsian lain.. sayangnya ! betul2 rasa ingin belajar ilmu agama yang lain lagi dari Tuan Hj Shaari.. he2..

Jika diberikan kesempatan aku ingin sangat berguru dan mempunyai guru yang boleh membawaku ke Jalan Allah.Kerna aku masih kabur dan cetek ilmu agama. Inshaa Allah. Sampai disini dulu cerita.. dan alhamdulillah hari ni ayahku telah menggantikan laptop baru daripada memakai laptop yang telah 6 tahun lama ku gunakan dahulu :) terima kasih pak.. love you forever ^_^ sampai di sini..

wassalam.


Wednesday 21 November 2012

Lalui semua jalan dengan Tabah, Sabar dan Redha ya..Inshaa Allah, Allah bersama orang-orang yang Sabar..

Bismillahirrohmanirrohim..
Bersyukur ke Hadrat Allah, aku masih diberi kesempatan bernafas sehingga kini.. alhamdulillah.. Rasanya sudah lama tidak menulis post berkaitan kehidupan.. Hari ni, aku berkesempatan untuk mencoretkan sedikit cerita hidupku.. Walau tidak seindah coretan sasterawan negara kita :)

Alhamdulillah, setelah menjalani final Exam bulan 10.. Result telah dikeluarkan pada tanggal 9.11.2012.. Alhamdulillah aku melepasi kelulusan masuk di U.Tknologi Mara Sabah.. Begitu banyak ujian yang telah ku lalui dalam hidup ini.. Ujian pelajaran dimana aku tidak melepasi syarat kemasukan Ijazah bagi lepasan STPM.. Dan itu adalah suatu pengajaran yang akan aku jadikan iktibar dalam mengharungi arus ujian dunia serba moden ini.. Kegagalan banyak membuatkan diriku sedar dan lebih matang.. Di saat itu juga, aku menangisi segala kecuaianku.. tidak tertanggung rasa hati yang bersambung dengan emosi lalu menambahkan stress didalaman dan fikiranku.. Tidak ada tempat mengadu selain daripadaMu ya Allah.. tidak ada yang mampu memahami ku saat itu selain Allah..

Alhamdulillah kini, aku akan bangkit melalui semua yang berada dihadapanku.. Aku akan berusaha buat yang terbaik & semampu yang ku boleh.. kerna Allah Maha Mengasihani dan Maha Mengetahui.. tidaklah diturunkan ujian ini melainkan Kesedaran untukku berfikir.. Kalau tidak ada Ujian, mana mungkin aku Sedar dan Tekad sabar menghadapi ranjau onak yang berduri.. Sometimes, we need to change ourself be the best.. If we fall,believe our life just begin.. Fall is not the end.. We can do better than anyone.. Trust ourself.. Learned from yesterday, Strong for Tomorrow.. I believe, to success, chalngge must be face.. without challenge, we cant stay strong..

aku percaya, dengan Ketentuan Allah.. dan apa yang Allah takdirkan padaku adalah Ujian untuk ku lebih berhati2 menghadapi semua peluang yang ada didepan mata.. Allah menyedarkan aku bahawa, Kejayaan itu tidak senang untuk dikecapi melainkan kesusahan yang perlu dilalui terlebih dahulu :`) thanks Allah.. Inshaa Allah aku akan berusaha yang terbaik.. Moga Allah sentiasa bersamaku.. dan Mudah2an ujian & kenikmatan dariNya tidak membuatkan diriku rebah dan Riya`.. astaghfirullahhh hal Azim.. Mudah2an dijauhkan ya Allah dari sifat2 itu.. aamiinn ya Robbal alamin..

Saat ini, atukku sebelah mama dalam keadaan yang tidak berapa sihat.. sedang berada dalam rawatan.. Doktor juga masih curiga, tidak tahu apa penyakitnya.. Kami mendoakan Atuk, smoga cepat sihat ya.. aamiinn.. juga kepada Macikku Asiah.. semoga cepat sembuh.. aamiinnn.. Al Fatihah..

Inshaa Allah, Semasa Manakib di rumah baru2 ni.. Ustaz Manaf memaklumkan kami akan kedatangan Ulama dari Kelantan ke rumahku berkongsi2 ilmu :) alhamdulillah.. semoga kedatangannya memberikan Manfaat, menjadikan semua orang yang akan mendengarnya menjadi kuat imannya.. aamiinn.. Inshaa Allah..

Sampai disini shaja cerita ku..

p/s:  " Allah merahsiakan Kebahagiaan yang akan datang agar kita sentiasa berusaha & percaya padaNya juga selalu bertawakkal hanya PadaNya kerna Dialah yang Memberi Kejayaan dan kepadaNya lah kita perlu berdoa" Mudah2an diteguhkan Iman dalam hati kita untuk selalu Berserah dan Khusyu` mengabdikan diri pada yang Esa iaitu Allah Subhana Wata`ala.. Inshaa Allah

Wassalam...


Thursday 15 November 2012

Hukum Zikir secara Berjemaah Selepas Solat

Zikir selepas solat fardu secara berjemaah dan lantang.

Ada dua isu utama untuk diperkatakan di bawah tajuk kecil ini iaitu bentuk zikir, menyebut secara kuat (lantang) dan menyebut secara berjemaah.

Secara umumnya berzikir di dalam masjid ada dua bentuk iaitu pertamanya, zikir yang disebut di dalam sunnah bahawa ia dilakukan selepas solat fardhu. Keduanya ialah zikir yang dinyatakan dalam sunnah bahawa ia dilakukan selain dari waktu solat.

Hadith-hadith yang menerangkan zikir-zikir yang sunat dilakukan pada setiap kali selepas solat fardhu ialah:

Hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim Rahimahullah dari Abu Hurairah RA dariapada Rasulullah SAW yang bermaksud:

Sesiapa yang mengucapkan tasbih (subhanallah) setiap tiga kali selepas solat sebanyak 33 kali, dan tahmid (alhamdulillah) sebanyak 33 kali, dan takbir (allahu akbar) sebanyak 33 kali, jadi kesemuanya 99 kali, kemudian menyebut: La ilaha illallah wahdahula syarikalah Lahulmulku walahulhamdu wahuwa ‘ala kulli syai`in qadir, untuk menggenapkannya sebanyak 100 kali, nescaya diampunkan dosa-dosanya walaupun umpama buih di lautan.


Isu kedua ialah menyebut zikir secara lantang dan berjemaah. Amalan ini dilakukan berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Abbas RA yang berkata: Raf’u al-Saut bilzikr Hina yansarifunnas minalmaktubah kana ‘ala ‘ahd al-Nabi SAW, yang bermaksud:
Meninggikan suara berzikir selepas orang ramai selesai daripada solat fardhu telahpun berlaku di zaman Nabi SAW.
(Lihat Fath al-Bari, Bab al-Zikr Ba’d al-Solah, Jilid 2, Hal: 259 dan Syarh Sahih Muslim, Bab al-Zikr Ba’d al-Solah, Jilid 4-6, Hal:234-235).

Bahkan Ibn Abbas mengatakan lagi:
Saya tahu bahawa mereka selesai menunaikan solat apabila saya mendengar zikir.


Dalam riwayat yang lain sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Ibnu Abbas RA mengatakan: Saya mengetahui tamatnya solat Rasulullah SAW dengan laungan takbir. Lihat bagaimana Ibn Hajar mengulas kata-kata Ibn Abbas tersebut:
Daripada riwayat di atas, seolah-olah menggambarkan bahawa mereka (para sahabat) memulakan zikir mereka dengan takbir (Allahu akbar) selepas solat mendahului tasbih dan tahmid (Perbezaan riwayat mana yang didahulukan antara tasbih, tahmid dan takbir)
(Fath al-Bari:2/259).

Hadith riwayat Ibn Abbas yang menerangkan perlakuan Rasulullah SAW dan huraian Ibn Hajar menunjukkan secara nyata bagaimana Rasulullah SAW dan para sahabat RA berzikir secara lantang dan berjemaah.

Pandangan yang menolak hujah tersebut, berpegang kepada apa yang diriwayatkan oleh Ibn Mas’ud RA yang pernah mengingkari perlakuan sekumpulan para sahabat yang berkumpul di dalam sebuah masjid untuk berzikir kepada Allah SWT, dan menganggapnya suatu bid’ah. Ulama mentafsirkan tindakan Ibn Mas’ud dalam dua keadaan. Pertamanya kerana tidak sampai kepada Ibn Mas’ud hadith-hadith yang menyatakan keharusan berzikir beramai-ramai. Perkara ini diperakui oleh ulama hadith bahawa tidak semestinya setiap sahabat mengetahui segala hadith. Keduanya, bantahan tadi dikira sebagai qaul sahabi (pendapat sahabat) dan tidak boleh bercanggah dengan apa yang pasti daripada Rasulullah SAW.

Justeru, al-sunnah dengan nyata membenarkan berzikir dengan lantang secara berjemaah selepas setiap solat fardhu selagi tidak mengganggu orang-orang yang bersolat. Justeru, perbuatan berzikir tersebut bukanlah suatu bid’ah sebagaimana yang tersalah faham. Bahkan, perbuatan tersebut berpandukan kepada sunnah yang jelas.

Bagi yang menolak amalan berzikir secara berjemaah selepas setiap solat juga mengemukakan hujah-hujah mereka. Antaranya ialah penolakan Imam al-Syafie Rahimahullah terhadap amalan itu. Mereka memetik kata-kata Imam al-Syafie mengenai perkara tersebut. Bagi memperjelaskan persoalan tersebut saya menterjemahkan kata-kata Imam al-Syafie secara keseluruhan dan menghuraikannya. Pembaca boleh menghukum samada huraian saya melencong dari kata-kata Imam kita ini.

Berkata Imam al-Syafie Rahimahullah:

Bab perkataan Imam dan duduknya selepas salam.

Al-Rabi’ telah mengkhabarkan kepada kami, dan berkata: al-Syafie mengkhabarkan kepada kami dan berkata: Ibrahim bin Saad mengkhabarkan kepadaku, dari Ibn Shihab berkata: Hindun binti al-Harith bin Abdullah bin Abi Rabi’ah menyampaikan hadis ini kepadaku, dari Ummu Salamah isteri Nabi SAW yang berkata:
((Adalah apabila Rasulullah SAW memberi salam selepas solatnya, bangun wanita-wanita selepas salamnya, dan duduk Rasulullah SAW di tempatnya sekejap)). Berkata Ibn Shihab: “Kami melihat duduk baginda (yang demikian itu)- wallahu a’lam- supaya keluar wanita (untuk mengelakkan) bertembung orang ramai yang tamat dari solat”.


Al-Rabi’ telah mengkhabarkan kepada kami, dan berkata: al-Syafie telah mengkhabarkan kepada kami dan berkata:
Ibn ‘Uyainah telah mengkhabarkan kepada kami, dari ‘Amr bin Dinar, dari Abu Ma’bad, dari Ibn ‘Abbas berkata: Adalah aku mengetahui selesainya soalat Rasulullah SAW dengan takbir (zikir Allahu Akbar). Berkata ‘Amr bin Dinar: Kemudian aku menyebutnya kembali (hadith ini) kepada Abu Ma’bad, dan dia (Abu Ma’bad) berkata: “Aku tidak meriwayatkan kepadamu”. Berkata ‘Amr: Sesungguhnya engkau meriwayatkan kepadaku. Berkata: Adalah dia merupakan orang paling boleh dipercayai dari mawal( hamba-hamba) Ibn ‘Abbas. Berkata al-Syafie: Seolah-olah dia (Abu Ma’bad) melupainya selepas dia meriwayatkannya (hadith) kepadanya (‘Amr).


Al-Rabi’ telah mengkhabarkan kepada kami dan berkata: al-Syafie telah mengkhabarkan kepada kami, dan berkata: Ibrahim bin Muhammad telah mengkhabarkan kepada kami, dan berkata: telah menyampaikan hadith ini Musa bin ‘Uqbah, dari Abi al-Zubair, sesungguh beliau mendengar Abdullah bin Zubair berkata:
“Adalah Rasulullah SAW apabila memberi salam selepas solat, berkata dengan lafaz yang kuat: La ilaha illallahu wahdahula syarikalah lahulmulkuwalahul hamdu wahuwa ‘ala kulli syai`in qadir, wala haula wala quwwata illa billah, wala na’budu illa iyyahu, lahulni’mah, walahulfadhl, walahulthana`ul hasanu, la ilaha illallhu mukhlisina lahuddin walau karihal kafirun”. Berkata al-Syafie: “Dan amalan ini harus untuk Imam dan tidak (harus) untuk makmum. Dan al-Syafie berkata lagi: “Dan mana-mana Imam yang berzikir dengan apa yang aku nyatakan, secara kuat, mahupun senyap, atau selain dari cara keduanya, maka ia adalah baik (hasan). Dan aku memilih (pendapatku) untuk Imam dan makmum berzikir kepada Allah selepas selesai solat, kedua-duanya berzikir dengan senyap. Kecuali sekiranya Imam dalam keadaan wajib dipelajari darinya sesuatu (cara bacaan berzikir), maka dia boleh melantangkan zikir sehingga ia melihat sesungguhnya mereka telah mempelajari darinya, kemudian dia berzikir secara senyap”.
(Tamat petikan dari Kitab al-‘Umm: Jilid 1, Hal. 241, 242)

Kesimpulan yang penulis dapat buat dari kenyataan Imam Syafie Rahimahullah yang terakhir itu ialah:

1. Amalan berzikir dengan kuat harus untuk Imam dan tidak (harus) untuk makmum menurut pandangan Imam Syafie. Namun beliau tidak secara terang-terangan mengatakannya haram atau sesat mahupun bid’ah kerana pandangan Salaf yang lain juga bersandar kepada hadith Ibn ‘Abbas namun Imam Syafie meraguinya kerana Abu Ma’bad terlupa dia pernah meriwayatkannya kepada ‘Amr bin Dinar sebagaimana kata Imam Syafie: :
Seolah-olah dia (Abu Ma’bad) melupainya selepas dia meriwayatkannya (hadith) kepadanya (‘Amr). Manakala hadith Ibn al-Zubair dianggap oleh Imam al-Syafie sebagai mengambil kata-kata Ibn ‘Abbas sebagaimana katanya: Aku mengira apa yang diriwayatkan Ibn al-Zubair mengenai tahlil Nabi SAW (zikir La ilaha illallahu) sebagaimana apa yang diriwayatkan oleh Ibn ‘Abbas”.


2. Imam Syafie berpendapat bahawa mana-mana Imam yang berzikir dengan apa yang beliau nyatakan, sama ada secara kuat, mahupun senyap, atau selain dari cara keduanya, maka ia adalah baik (hasan). Imam al-Syafie menyebutnya sebagai baik (hasan). Namun perkara yang mempunyai sanad (sandaran) dari sunnah secara nyata adalah lebih baik dari hasan. Tetapi sekiranya diamalkan perbuatan ini pada hari ini di depan mereka yang menolak zikir selepas solat, nescaya Imam tersebut akan dicap sebagai pembawa bid’ah, sesat dan ahli neraka! Inilah bahaya kejahilan terhadap keseluruhan hadith-hadith Nabi SAW atau taksub kepada pandangan seseorang.

3. Pandangan Imam al-Syafie Rahimahullah lagi:
Dan aku memilih (pendapatku) untuk Imam dan makmum berzikir kepada Allah selepas selesai solat, kedua-duanya berzikir dengan senyap. Kecuali sekiranya Imam dalam keadaan wajib dipelajari darinya sesuatu (cara bacaan berzikir), maka dia boleh melantangkan zikir sehingga ia melihat sesungguhnya mereka telah mempelajari darinya, kemudian dia berzikir secara senyap”.

Imam al-Syafie memilih perkataan ‘memilih’ untuk mentarjihkan atau menguatkan pandangannya. Itulah cara ulama hadith yang juga imam faqih. Memilih pandangan sendiri tetapi bukan dengan membid’ahkan dan menyesatkan pihak yang tidak bersetuju dengannya khususnya dalam perkara yang masih terbuka untuk ijtihad.

Pandangan Imam al-Nawawi terhadap hadith Ibn ‘Abbas:

Imam al-Nawawi Rahimahullah berkata: Ini dalil terhadap apa yang dipegang oleh sebahagian ulama Salaf iaitu disunatkan meninggikan suara dengan zikir al-takbir (Allahu akbar) dan zikir-zikir lain selepas solat fardhu. Manakala ulama mutaakhirin yang turut menghukumkannya sunnah ialah Ibn Hazam al-Zahiri.

Imam al-Nawawi menambah lagi:
“Katanya: (Telah mengkhabarkan kepadaku Abu Ma’bad kemudian dia menafikannya) pada menjadikannya hujah (dalil) oleh Muslim dengan hadith ini, merupakan bukti bahawa dia (Imam Muslim) berpegang sahihnya hadith (Ibn ‘Abbas) ini walaupun dinafikan oleh perawi asalnya, kerana yang merawikannya itu thiqah (diyakini). Ini merupakan mazhab jumhur ulama sama ada ulama hadith, fuqaha` atau ulama usul fiqh”.
(Tamat nukilan dari kitab Syarh Sahih Muslim: Jilid 4-6, hal. 237). Maksud yang sama dihuraikan oleh Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani dalam kitabnya Fath al-Bari (Bab al-Zikr Ba’d al-Solah, Jilid 2, hal. 260).

Berhati-hati dalam menghukum sesuatu amalan sebagai bid’ah.

Melalui perbincangan di atas, jelas menunjukkan kepada pembaca yang mahukan kebenaran, bagaimana ulama-ulama kita membahaskan tajuk tersebut.

1. Hadith Ibn ‘Abbas mengenai berzikir secara lantang diterima oleh sebahagian ulama salaf sebagai hujjah dan sunat diamalkan. Bahkan ia diamalkan oleh sebahagian ulama salaf. Semoga Allah SWT mengampunkan dosa kita membid’ahkan dan menyesatkan sebahagian ulama salaf dan orang-orang yang mengamalkan sebahagian dari amalan dan berpegang kepada hadith ini.

2. Masyarakat juga seharusnya menghormati pandangan yang tidak berpegang kepada amalan ini kerana terdapat persoalan ijtihad mengenai status hadith tersebut dan syarahan yang berbeza di kalangan ahli hadith yang menyebabkan ulama berbeza pandangan. Walaupun begitu, amalam Imam yang menguatkan zikirnya sekali sekala untuk dipelajari umum merupakan perkara yang disyariatkan menurut pandangan ini.

3. Perbezaan pandangan ulama hadith dan fuqaha` mengenai persoalan tersebut tidak langsung mencetuskan perkataan bid’ah yang menyesatkan, masuk neraka dan seumpamanya. Kalau adapun mereka menyebut bid’ah atau muhdath (perkara baru) tetapi dalam taraf ‘hasan’ kerana amalan yang nyata ada sanadnya adalah lebih utama dari amalan muhdath. Mereka menyebutnya sebagai bid’ah atau penambahan dari sudut bahasa tetapi tidak mengatakannya sebagai ‘dalalah’ atau sesat. Inilah akhlak ulama Salaf. Inilah kefahaman ulama hadith yang hakiki dan fuqaha` apabila berdepan dengan persoalan-persoalan khilaf dan ijtihad (qadaya khilafiayyah ijtihadiyyah).

Semoga kita semua diberikan pentunjuk oleh Allah SWT. Semoga Allah SWT menjauhkan kita dari amalan-amalan bid’ah dan ketaksuban pada mana-mana individu sehingga kita menolak hujah-hujah Al-Quran dan al-sunnah. Semoga kita menjadi pengikut ulama-ulama Salaf dan tidak mudah terpengaruh dengan aliran semasa yang membuang sumbangan ulama-ulama Salaf yang mu’tabar yang diterima umat sepanjang zaman. Semoga umat Islam lebih cermat dalam menghukum sebahagian masyarakat yang lain.

Wallahu ‘A’lam.

Penulis ialah Pensyarah Kanan di Universiti Utara Malaysia. Berkelulusan PhD (Fiqh & Usul Fiqh) dari UIA, Sarjana Fiqh & Usul al-Fiqh (UIA) dan Ijazah Sarjana Muda Syariah dalam bidang al-Fiqh wa al-Tasyri’ (Universiti of Jordan).

Monday 12 November 2012

Cinta adalah..

bismillahirrohmanirrohim..

Hari ni aku dapat undangan daripada Bekas Teman Abangku.. Dia kahwin tanggal 27 Mei ni, aku rasa sedih.. sebab, kami suda macam adik beradik.. Walau dia tak ada hubungan da dengan abangku, dia masi ok dengan kami.. ada orang, malas suda mau layan kalau ndakda kaitan kan.. erm.. tu sebablah aku sedih.. T_T.. mungkin bukan jodoh dorang kan.. aku doakan mudah2an dia bahagia dengan pasangannya tu.. aamiinn.. saaayng dia selalu ;')

Something to share :) just share a bit la.. this poem from Kcb Film..

Cinta adalah kekuatan,

Yang mampu mengubah duri jadi mawar,
Mengubah cuka jadi anggur,
Mengubah sedih jadi riang,
Mengubah amarah jadi ramah,
Mengubah musibah jadi muhibbah,
Itulah cinta..
Namun,
Cinta itu kan jadi kekuatan,
Jika disandarkan pada Allah,
Cinta itu kan jadi muhibbah,
Jika disalurkan pada jalan yang benar,
Cinta itu kan jadi riang,
Jika tak bertentang Buat para muslimah di luar sana,
Usah gusar jika belum berpunya,
Usah risau jika belum dipetik sesiapa,
Usah malu jika tiada lelaki yang bertakhta,
Yakinlah dengan qada\' qadar Allah,
Bila mana keluarnya kita dari rahim sang ibu,
Tercatat sudah di luh mahfuz,
Siapa jodoh kita,
Bila akhir hayat hidup kita,
Di mana nafas terakhir kita,
Yakinlah,
Allah lah sebaik2 pengatur hidup,
Berdoalah tiap kali lepas solat,
Wa la takilna ila anfusina torfata \'ain..
Ya Allah, jangan kau biarkan masa depan kami ditentukan oleh diri kami sendiri,
Walaupun cuma sekelip mata

"Serahkan hatimu pada Allah, pasti DIA temukan dengan pemilik terbaik"
Islam mengiktiraf cinta. Buktinya, dalam Al Quran sendiri, Allah ada berfirman dalam kalamNya, surah At Taubah ayat 24.  Dalam ayat ni, Allah gambarkan ada 3 peringkat cinta dalam Islam
1) CINTA AGUNG: Cintakan Allah, Rasulullah dan berjihad di jalanNya.
2) CINTA PERTENGAHAN: Cinta pada ibu bapa, anak-anak, suami isteri, saudara mara dan kaum kerabat.
3) CINTA RENDAH: cintakan kaum kerabat dan harta benda melebihi cinta pada Allah , Rasulullah dan cintakan jihad di jalanNYA.
Mana satukah pilihan cinta kita??? Cinta pertama atau kedua atau ketiga?? Seperti mana kata ustazah Fatimah Syarha, pengarang novel Tautan Hati, cinta kekasih pacaran (yang belum halal) itu adalah cinta keji, kerana apa? Allah langsung tidak mengiktiraf nya dalam Al Quran
Tapi, kalau yang memang dah ada taman dalam hati macam mana? "Mak ayah tak bagi kahwin lagi sebab tengah belajar. Tak kan haram jugak kot. Rasa suka ni tak boleh nak sekat!".. Hmm, sebenarnya begini..

"Cinta ini memang fitrah, tapi jangan kita jadikan ia fitnah.  Sebagai contoh, bila kita sedang berpuasa, kita disuruh agar tidak  mendekati makanan kerana boleh jadi ia membawa fitnah yang boleh membawa kita berbuka puasa. Maka begitu juga CINTA, rasa suka itu fitrah. Jadi, kita dilarang mendekati maksiat seperti zina hati, dating dan bergayut dengannya di telefon agar fitrah itu tidak menjadi fitnah. Sehari tak bercakap dengan si dia jadi gundah, tapi sehari tak bangun qiamullail, tak pulak rasa begitu. Kalau penyakit ini ada dalam hati kita, hati-hati. Jangan sampai cinta yang kononnya suci ini jatuh martabat menjadi cinta rendah, iaitu bila mana cinta manusia lebih daripada cinta Allah..
"kami tidak akan ucapkan perkataan 'CINTA' kepada mana-mana lelaki ajnabi kerana.. kami simpan perkataan itu untuk diucapkan kepada bakal suami selepas akad nikah" -blog kunfayakun
"Aku menyintaimu kerana AGAMA yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu." [Imam Nawawi]



Bahagia itu dari hati yang mengenal TuhanNya.. Allah..


Bismillahirrohmanirrohim.. Hari ni ingin berkongsi tentang kebahagiaan :)

Takdir Allah bukan untuk di duga, tetapi dicipta. Bukankah Hilal Asyraf ada berkata, "Takdir itu hujung usaha!" Memang ada benarnya. Biarpun kita tidak boleh melawan takdir, bukan bermaksud takdir tidak boleh diubah. Yang dilihat bukanexistence tetapi essence.
Pasrah dan redha akan sesuatu harus diolah dengan baik yakni dengan ikhlas bukan terpaksa. Bertunjangkan nilai Islam, "Allah tidak pernah menzalimi hamba-hambaNya" kita dapat mencungkil hikmah dan kebaikan di sebalik sesuatu peristiwa. Bergantung di mana kefahaman kita untuk meletakkan kasih-Nya terhadap hamba.
Seharusnya kita tahu, medium fikir mempunyai ruang yang terhad dalam menggapai sesuatu maksud dan erti segala rahsia yang melingkari kehidupan manusia. Walaupun kini keagungan ilmiah dan intelektual manusia dikatakan menjadi asas pembinaan tamadun yang kita gapai sekarang. Namun kita dapat lihat terdapat banyak manusia yang meluahkan rasa kekosongan hati dan kehausan rohani dalam kejayaan yang mereka kecapi.
Dengan ini terbukti kemewahan dan kekayaan tidak memberi apa-apa manfaat apa-apa pun. Selama ini minda dan persepsi kita telah diprogram dengan baik di mana kita beranggapan kebahagiaan itu adalah dengan harta benda, kasih sayang sesama manusia, pangkat, populariti dan pelbagai lagi. Hakikatnya tidak.
Kebahagiaan mahupun kesedihan wujud atas faktor dalaman bukan luaran. Iaitu dipengaruhi dengan bagaimana cara kita berfikir dan mengolah bentuk kebahagiaan yang kita inginkan. Lihat orang miskin, kebahagiaan bagi mereka adalah kekayaan. Buat mereka yang tinggal dalam keadaan sepi mengharapkan teman dan sahabat untuk rasa bahagia. Setiap golongan manusia mempunyai definisi kebahagiaan dan kesedihan yang berbeza-beza.
Dan ketahuilah dalam Islam mempunyai satu definisi kebahagiaan yang terjamin keberadaannya setiap waktu, tempat dan ketika. Definisi ini dilandasi dengan elemen keislaman yang jitu dan universal. Ajaran daripada sunnah, para sahabat dan tabi'in. Tidak mampu diteroka oleh akal, tetapi hanya mampu dikuasai oleh hati. Itulah kebahagiaan dicintai Allah dan RasulNya.
Mengapa dicintai bukan mencintai?
Cuba renungkan seketika, tatkala Allah membenci kita adakah kita mampu untuk beribadah kepada Allah? Tidak! Kerana segala amal dan ibadah yang kita lakukan kepada Dia adalah atas rahmat, kurnia dan cintaNya terhadap diri kita bukan atas kudrat kita sendiri.
Ada satu riwayat kisah yang menyatakan sedemikian, yakni ada seorang tabii'n terbangun pada waktu malam dan melihat hambanya khusyuk beribadah dan bermunajat kepada Allah. Beliau terdengar hambanya berkata, "Ya Allah, demi cintaMu padaku..." lalu beliau menegurnya, "Seharusnya engkau mengatakan demi cintaku kepadaMu..." Tetapi hamba itu menjawab kembali, "Jika Allah tidak mencintaiku, mengapa dia membangunkanku untuk beribadah kepadaNya dan membiarkan kau tidur". Subhanallah, hebatnya cinta Allah kepada hamba-hambaNya.
Apabila seseorang hamba dicintai Allah maka dia akan diberi kefahaman agama oleh Allah. Itu sudah cukup bagi mereka untuk mendepani kegilaan dunia ini yang sering menduga dan menguji keteguhan iman. Dalam hidup mereka susah senang tidak menjadi isu, tetapi redha Allah. Di situ lah kebahagiaan akan tercipta.
Takdir yang menimpa akan diolah dengan seni jiwa kehambaan. Yang tampak indah akan diawasi agar tidak hanyut dan leka. Yang tampak berbentuk musibah dihiasi dengan kesabaran. Kesabaran itu suatu kurniaan yang paling besar untuk seorang mukmin. Satu hadis qudsi berbunyi, "Timpakanlah kepada hambaKu musibah kerana aku ingin mendengar mereka merintih kepadaKu"
Wajarlah saat kita berkata, "Kebahagiaan itu bukan dicari tetapi diraih!" Sesungguhnya terdapat seribu satu kebahagiaan lagi di sisi kita yang kita tidak sedar. Mereka tersembunyi dalam sudut hikmah dan ibrah. Hanya dapat disingkap oleh tingkah laku manusia Ulul Albab dan orang-orang mukmin.
Dalam Al-Quran ada banyak ayat yang menyebut, "Bahawa orang-orang beriman itu tidaklah berasa takut dan bersedih hati." Kerana mereka insan yang mengenal Allah dan seluruh sifat Ar-Rahman dan Ar-RahimNya. Sentiasa bersangka baik dengan Allah dan tidak menduga-duga takdirNya dengan suatu kesan dan hasil yang buruk.
Firman Allah yang bermaksud;
"Ketahuilah! Sesungguhnya wali-wali Allah. Tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita."
(Surah Yunus ayat 62)
Sesungguhnya Islam itu terlalu indah. Seharusnya kita masuki Islam secara menyeluruh bukan secara berjuzu'. Maka dengan itu kita akan mampu keluar daripada tipu daya nafsu dan syaitan. Bebas daripada segala harapan palsu dan berjaya menuju hakikat hidup yang menempatkan kebahagiaan sejati yakni redha ilahi.
Justeru, bermula saat ini, marilah sama-sama kita mengorak usaha untuk mencipta takdir masuk ke SyurgaNya. Bersungguh-sungguhlah kita dan jangan lupa untuk bertawakal kepadaNya. Moga dengan mendekati Allah SWT, akan ada kebahagiaan dan kedamaian untuk kita, di dunia jua di akhirat sana.
Wallahu Anta A'lam.  

Kata-Kata Imam Hebat :) Sharing Is Caring


Kata-kata Imam Hebat

SUFFIAN AS SAURI

1. Tidak ada ketaatan kepada kedua ibu bapa pada perkara yang syubhat.

2. Ada orang yang banyak harta tapi dia zuhud. Ada pula orang yang fakir tapi dia sangat cinta dengan dunia.

3. Menuntut ilmu lebih utama daripada sembahyang sunat.

IMAM ASY SYAFIE

1. Siapa yang hendakkan Akhirat, hendaklah ikhlas dalam menuntut ilmu.

2. Tidak ada sesuatu yang lebih indah pada ulama melainkan memiliki kefakiran dan memadai apa yang ada serta redha dengan kedua-duanya.

3. Hendaklah kamu berilmu pengetahuan sebelum kamu menjadi ketua sebab setelah menjadi ketua, tiada jalan lagi bagi kamu mencari pengetahuan.

4. Orang yang berakal itu adalah orang yang akalnya dapat mengawal sifat-sifat mazmumah (keji).

5. Siapa yang ingin Allah menutup kejahatannya dengan kebaikan maka hendaklah dia bersangka baik dengan manusia.

IMAM MALIK

1. Bukanlah ilmu itu dengan membanyakkan riwayat tapi ilmu itu ialah cahaya yang Allah letak dalam hati.

2. Apabila seseorang itu memuji dirinya maka hilanglah cahayanya.

3. Orang yang benar-benar menuntut ilmu itu pasti memiliki kebesaran, ketenangan dan ketakutan.

IMAM ABU HANIFAH

1. Setiap kali aku bersembahyang, aku doakan untuk guruku Hammad dan setiap orang yang aku belajar ilmu daripadanya atau aku mengajarkannya (murid-murid).

2. Aku bergaul dengan manusia sejak 50 tahun. Aku dapati tidak ada seorang pun yang mengampunkan dosaku. Tidak ada yang menghubungiku ketika aku memutuskannya. Tidak ada yang menutup aibku dan aku tidak aman apabila dia telah marah kepadaku. Maka aku sangat berbimbangbimbang dengan mereka itu.

3. Sesungguhnya tidak ada yang lebih mulia dari seorang alim yang warak.

IMAM AHMAD
Jangan kamu mengambil ilmu dari orang yang mengambil upah di atas ilmunya.

SUFYAN BIN AINAH

1. Dua perkara yang susah sekali mengubatinya iaitu meninggalkan loba (tamak) untuk manusia dan mengikhlaskan amal untuk Allah.

2. Siapa yang ditambah akalnya kuranglah rezekinya.

3. Zuhud di dunia itu ialah sabar dan menunggu-nunggu kedatangan mati.

4. Ilmu itu jika tidak memberi manfaat padamu maka dia akan memberi mudharat padamu.

5. Tidak dianggap orang yang berilmu itu berakal selagi dia tidak melihat dirinya hina.

Ya Robb,Temukan diriku dengan pasangan yang terbaik dunia akhiratku..

Bismillahirrahmanirrohim..

"Melengkapkan kekurangannya Mensyukuri Kelebihannya" ..

 Aku punya banyak kelemahan, untuk apa aku mencari yang terlalu sempurna? Dan aku hanya berusaha jadi yang Terbaik untuk Dunia dan Akhiratku.. Doaku hanyalah ingin jodoh yang dapat membawa ku kejayaan dan kebahagiaan dunia & akhirat..

Tidak dapatku nafikan, saat usia menginjak dewasa. Aku mula tertanya-tanya siapa jodohku, di mana ia berada, adakah dia baik-baik sahaja? dan tidak dapatku nafikan, terbit perasaan rindu inginku melihat siapa dirinya dan bagaimana keadaannya? Kalau dulu, aku tidak pernah terfikir semua ini. Tetapi kini, sepertinya dalam diam aku merindui dirinya iaitu jodohku. Hanya Allah yang Tahu bagaimana perasaanku tiap kali mendoakannya, berharap dia selalu dalam Lindungan Allah yang Maha Esa.

Walau aku tidak tahu siapa dia, aku yakin dia juga sepertiku. Berusaha mencariku, tetapi hanya dengan  Izin Allah kami akan ditemukan dan dengan Izin Allah hatinya akan tergerak mengatakan aku lah yang dicarinya selama ini. Melihat teman-temanku yang suda bertemu jodohnya, ada rintihan kecil di sudut hatiku. Mereka suda ditemukan dengan Jodohnya masing-masing. Aku? masih tertanya-tanya.

Doaku, smoga kita dipertemukan Allah dalam restuNya.. Smoga kita boleh menerima sesama kita apa adanya.. Semoga Allah mencurahkan belas kasihannya buat kita dan Moga kita mendapat kejayaan dan kebahagiaan Dunia akhirat.. aaamiinn..

Jika ku temukan siapa dirimu, akan ku katakan " Kaulah yang ku cari selama ini, kaulah yng ku nanti waktu ini dan kaulah yang amat ku rindui dalam stiap Doaku" :')



Wssalam
By Sayda