My Favrot

Thursday 24 May 2012

Realiti yang harus ku hadapi..

Bismillahirrahmanirrohim..

alhamdulillah masih bernafas sehingga kini.. :) aku sangat3 dan terlebih penat mengurus barang2.. kemas2.. banyak buat persediaan, persediaan apa? =) persediaan sambung belajar.. alhamdulillah dpt twaran u tknlgi mra dlm pra dip pdgangan.. mesti orang2 heran, bukan aku baru habis stpm ka? :) ya.. memang.. tapi kputusan ku biasa2 seja.. otakku ni sederhana.. daripada tunggu smpi bulan 7, bagus aku p cni dlu.. sbb, dapat pun d kk.. banyak jugak aku dapat tawaran ni.. d unisel,kolej poly tech mara, KUIM,KIST,MSU & lain2.. tapi parentsku mau jugak d sabah.. last2 dapat ini, trus smua ok.. aku pun ok lah =) sbb mak pak ku ok juga, klu dorang nda ok.. aku pun k.0 juga.. aku daftar 3.6 ni.. awalnyaaaaa kannn??? =( tarikh lahir ku pun lama lai.. 13.6.. aihhhhh... geram2.. tapi ndak apa.. belajar kan?! adikku ichm balik2 tanya aku belajar di mana? katanya ndakda la mandikan dia, tdurkan dia, GARUKKAN dia, haha !! ndukk.. sedih aku masa dia cakap2 gitu.. yalah, biasa suda dengan dia.. sedih juga.. tapi, apa bole buat. demi masa depan ! kena kuatkan juga hidup ni ..

kluarga ku kata, kena pandai berdikari.. smua kenak buat sendiri.. sebenarnya, terus terang.. aku ni ada sakit yg macam cepat gemuruh.. prasaanku trus lemah & muntah2.. pelikkan? tapi ini betul.. risau juga aku ni. macammana la ni.. ndakda suda family, aku dengan kawan2.. kawan2 pun nda la seCONTROL family,, hehehe.. =) baru d kk.. blum lagi ke smenanjung.. Rang~ embal na.. haha ! aku banyak berdoa, alhamdulillah mungkin ini jalan yang terbaik stelah banyak yg ku lalui hidup ni.. ujian2.. Tuhan ja lah tahu.. mmg Allah saja lah yg tahu.. embal tahilling kamemon.. hehehe..


oh ya, lusa  ke K.Kinabalu.. maksudnya sabtu ni.. lepastu, esoknya ahad, ke KL.. jalan2.. lepastu 2.6 balik k.k.. esoknya aku d hantar.. mudah2an selalu dalam lindungan Allah, dipermudahkan segala urusan & Allah selalu jaga hambaNya ni.. aamiinn.. masa2 ni lah, c kams sms aku.. macam2 dikatanya.. kesian juga dia,, macam sedih dia.. :') saaaaayang my lovely best fren!  oklah.. sampai sini.. lepas daftar, orntasi 1 mggu.. hp off.. habislah.. apa la dorang buat nanti.. baru aku ni selalu sakit2.. huhuhu.. oklah.. sampai disini... ! =) selamat bercutiiiiiii rakyat Malysia !! semangattt buat kitaaa semuaaa untuk berjuang ! ^_^ inshaa aAllah.. aamiinnn





wassalam,

Sunday 6 May 2012

Anak-Anak Penyeri Kehidupan Kita.

bismillahirrohmanirrohim..





Terdetik di hati hari ni untuk menulis catatan berkaitan anak-anak.. :) Ramai anak diluar sana yang terbiar, ada yang terkawal, di jaga rapi oleh orang tua. Dalam hidup, masing2 mempunyai orang tua yang berlainan character.. Ibu bapa perlu memberi perhatian,belaian & kasih sayan pada anak.. Seumpama mengambil berat, berlemah lembut dalam berkata & penyayang.. InsyaAllah anak itu sayang pada orang tua dan sentiasa berfikir apa yang terbaik untuk dirinya dihadapan orang tua, membuat tindakan yang bijak dalam hidup & menghargai segala jasa orang tua.. Berbeza pada orang tua yang tidak mengerti kelakuan anak-anak.. Jika anak pendiam, dibiarkan.. Di atur segala halnya & diperketat segala tindakannya.. Hanya kerana dia seorang yang pendiam & kita berfikir dia tidak bijak mengendalikan halnya sendiri.. Ini juga satu masalah.. Sepatutnya, Ibu bapa perlu lebih dekat dan bertanya soal minat mereka.. Kebanyakannya orang pendiam ini perlu kita dalami apa yang tersirat dihatinya kerana dia mungkin tidak yakin dengan kebolehan dirinya sendiri..



Jika kita melihat anak marah,muka masam, diam & sedih. Kita harus tanya, jangan dibiarkan. Kalau tak berani tanya, kita bawa dia jalan2.. shopping.. tengok wayang.. agar dia tahu bahawa orang tua selalu ada bersamanya.. melalui cara ni, dia akan lebih rasa tenang & hilang sedikit stres nya.. Kalau pula bertanya, tanya begini " anak ibu macam ada masalah. Ceritakan sama ibu sayang" ataupun " anak ibu macam marah".. Kita perlu dekat dengan anak dan ambil tahu apa masalah mereka.. Kita harus menjadi kawan anak-anak kita.. Zaman moden ni, Ada orang tua kalau anak marah atau muram, " kau ni kenapa muram pulak?" pertanyaan kasar ni, makin menambah stres anak2.. tahu tak? huh.. Kesian anak, suda la banyak masalah, waktu bermasalah pun kena kritik.. Anak2 macam ni tinggal lari dari rumah saja sebab dapat orang tua yang tak memahami.. Aku tak nafikan, anak2 yang tekanan memang akan rasa "nak lari ja dari ruma".. Allah beri anak2 pada kita untuk kita didik, beri kasih sayang & jadi org berguna pada agama,bangsa& negara.. Bukan untuk dimarah, dipukul & dikritik.. Anak perlu sokongan ibu bapa untuk berjaya.. Contohnya, kalau anak tu keliru dengan pilihannya untuk belajar.. Ibu bapa perlu perhatian, dan tanya apa yang mereka lebih senang bawa dan mampu.. Tidak susahkan? Anak pun akan lebih semangat belajar.

Adakalanya anak perlu kasih sayang dari orang tua. Orang tua yang tidak faham, tahu marah,marah & marah sahaja. Tidak mengambil peduli perasaan anak kerana mereka rasa diri sendiri lebih berpengalaman. Memang mereka lebih berpengalaman, adakalanya mereka juga perlu menghormati pandangan anak2 sebelum membuat keputusan. Dan sama2 mesyuarat. InsyaAllah anak akan lebih matang membuat keputusan. Tanya anak dahulu sebelum membuat satu keputusan. Lebih2 lagi soal pendidikan. Kemampuan anak perlu ditinjau, jadikan kelebihannya itu untuk merebut peluang2 yang ada di depan. Jangan dipaksa jika mereka tidak mampu dalam sesuatu perkara. Sebaliknya, beri peluang pada mereka untuk merebut KEJAYAAN dari KEMAMPUAN mereka. Orang tua kena Redha barulah anak2 itu berjaya. Berapa ramai di luar sana yang belajar berdasarkan bukan MINAT? dan kerja dengan apa yang mereka pelajari? Belajar sesuatu itu tidak menentukan pekerjaan anak2.. Maklumlah, Ibu bapa ada yang nak anaknya jadi 'lawyer'.. Then habis belajar.. Jadi guru.. Bukankah dalm hidup ini kita perlu menimba ilmu untuk kita amalkan.. Bukan untuk pekerjaan semata2.. Fikir2kanlah hal ini.. Jangan kerana sikap orang tua yang memaksa & tak redha itu menghalang anak untuk berjaya & merasa tekanan dalam hidup2 yang dilaluinya.


Nak berkongsi Cara Rasulullah menyayangi Anak.


Menyayangi anak adalah perintah Islam, karena Islam banyak mengajarkan kasih sayang kepada siapapun. Rasulullah SAW banyak memberikan contoh bagaimana cara menyayangi anak, seperti menciumnya, lemah lembut, belas kasihan, menahan marah dan memaafkan anak-anak.
Sebagai contoh pula, Rasulullah pernah memendekkan bacaan solatnya ketika mendengar anak menangis dan mengangkat anak jatuh didekatnya ketika sedang khutbah serta mencium anak dan cucunya.
Allah akan mencabut sifat belas kasih apabila orang tua tidak menyayangi anak. Dengan demikian orang tua harus mencintai dan menyayangi anak, agar tumbuh rasa kasih sayang tersebut dan Allah juga mencintai kelembutan serta membenci kekerasan.
  • Suatu ketika Rasulullah SAW didatangi oleh seorang penduduk desa yang tidak suka mencium anak-anaknya. Rasulullah SAW bersabda,”Tiada kuasa aku (menolong kamu) jika Allah telah mencabut sifat belas kasih dari hatimu” (HR.Bukhari).
  • Rasulullah SAW bersabda, ” Sesungguhnya Allah Maha Halus dan menyukai kehalusan. Dia memberikan sesuatu dengan dengan kelembutan dan Allah tidak memberikan sesuatu dengan kekerasan” (HR.Muslim).
  • Dari Abu Hurairah RA bahwa suatu hari Al Aqra bin Habis melihat Rasulullah SAW sedang menciumi Al Hasan. Kemudian Al Iqra memberitahukan kepasa Rasulullah SAW bahwa ia memiliki sepuluh orang anak tetapi belum pernah menciumi salah seorang diantara mereka. Rasulullah SAW bersabda,”Barangsiapa yang tidak menyayangi maka ia tidak akan disayangi”. (HR.Turmudzi)
  • Rasulullah SAW bersabda, “Tidaklahh sempurna keimanan seorang diantara kamu sebelum aku menjadi orang yang paling dicintainya daripada anak, orang tua, dan semua manusia”. (HR.Muslim).
  • Anas RA mengatakan, “Belum pernah saya melihat orang yang lebih mengasihi keluarganya bila dibandingkan dengan Rasulullah SAW” (HR.Muslim).
Dalam hadist lain disebutkan :
  • Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya saya pernah melakukan solat, dan saya bermaksud memperlama dan memperpanjang solat saya tersebut. Lalu saya mendengar suara tangisan bayi, maka saya pun memperpendek solatt saya, sebab saya tahu, ibunya malah gembira dengan tangisan anak tersebut.” (HR.Bukhari Muslim)
  • Rasulullah SAW bersabda, “Cintailah anak-anak dan kasihanilah mereka. Jika kalian berjanji kepada mereka maka penuhilah janji kalian, sebab mereka tidak berfikir (melihat) kecuali bahwa kalian akan memberi rezeki kepada mereka” (HR.Tahawi).
  • Dari Usamah bin Zaid RA, “Saya pernah mengutus putri Rasulullah SAW kepada ayahnya, bahwa anak saya sudah menjelang ajal. Maka beliau mengutus (seseorang) dan mengirim salam seraya bersabda, “Sesungguhnya apa yang diambil dan diberikan oleh Allah adalah milikNya. Setiap sesuatu disisi ALlah SWT, memiliki batas akhir yang telah ditentukan. Oleh karena itu bersabarlah kamu dan berharaplah akan adanya pahala! Maka putri beliau bersumpah agar beliau mendatanginya. Beliau pun berdiri (dan berangkat). Bersama Beliau adalah Saad bin Ubadah, Muadz bin Jabal, Ubai bin Kaab, Zaid bin Tsabit serta beberapa orang laki-laki. Anak tersebut kemudian diangkat dan diserahkan kepada beliau dan diletakkan dipangkuan, sementara nafas beliau tersengal hebat dan air mata beliau mengalir dengan deras. Saad bertanya, “Apa arti semua ini, wahai Rasulullah?” Beliau menjawab, “Ini adalah rasa kasih sayang yang dijadikan oleh Allah SWT di hati semua hamba-Nya”. (HR.Bukhari Muslim)
Semoga bermanfaat.. Kejayaan seseorang bukan atas dasar apa yang dia pelajari tapi atas usaha hati dan semangat minatnya untuk apa yang diiinginkannya :) Kejayaan tidak akan terhasil jika terpaksa, tapi terhasil kerana Minat & Rela kerana Allah S.W.T

wassalam..

Saturday 5 May 2012

Berhati-hati dengan Pewarna Rambut.

Bismillahirrohmanirrohim..


Di akhir-akhir ini ramai para remaja dan belia kita yang mewarnakan rambut mereka dengan warna yang bermacam-macam sehingga menjadi satu trend atau gaya terbaru. Apakah trend atau gaya mewarna rambut sebegini dibolehkan dalam syara‘ atau pun sebaliknya? Jika sekiranya dibolehkan, apakah garis panduan yang ditetapkan oleh syara‘ mengenainya?

Bolehkah Mewarna Rambut?


Mewarna rambut yang beruban dengan warna kuning atau merah adalah sunat bagi lelaki dan perempuan. Begitu juga janggut yang beruban. (Al-Majmu‘: 1/360-362). Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:




Maksudnya“Sesungguhnya orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak mewarna (rambut dan janggut mereka yang beruban, oleh kerana itu) kamu buatlah kelainan daripada mereka (dengan mewarna rambut dan janggut kamu yang beruban).”
(Hadis riwayat al-Bukhari)
Adapun rambut yang tidak beruban adalah sayugianya dikekalkan atau dibiarkan sebagaimana asalnya tanpa perlu diwarnakan kecuali jika ada sesuatu hajat untuk mewarnakannya seperti untuk tujuan perubatan.

Mewarna Rambut dengan warna Hitam
Bagaimanapun, mewarna rambut dengan warna hitam sama ada bagi lelaki atau perempuan adalah diharamkan. Daripada Jabirradhiallahu ‘anhu katanya:

Maksudnya“Pada hari penaklukkan Mekkah, Abu Quhafah dibawa ke hadapan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dengan rambut dan janggutnya yang berwarna putih seperti tsaqhamah (sejenis tumbuhan yang bunga dan buahnya berwarna putih).Maka Baginda bersabda: “Tukarlah ini (rambut dan janggut) dengan sesuatu (yang lain), tetapi jauhilah (dari menggunakan) warna hitam”.
(Hadis riwayat Muslim)
Ibnu ‘Abbas radhiallahu ‘anhuma pula meriwayatkan bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:



Maksudnya“Di akhir zaman akan banyak kaum yang mewarna rambut dengan warna hitam seperti dada burung merpati, mereka itu tidak akan dapat mencium bau syurga”.
(Hadis riwayat Abu Daud)
Berdasarkan dua hadis yang tersebut di atas, maka adalah haram mewarna rambut dengan warna hitam bagi lelaki dan perempuan.
Walaubagaimana pun diberi kelonggaran bagi orang yang keluar berjihad menggunakan warna hitam sekiranya ia bertujuan untuk menakutkan musuh. Begitu juga diberi kelonggaran kepada wanita yang bersuami menggunakan warna hitam bagi tujuan berhias untuk suaminya dengan syarat ada izin daripada suaminya. (Al-Majmu‘: 1/360-362 dan Bughyah al-Mustarsyidin: 78)


Pewarna Rambut Yang Terdapat Di Pasaran


Pewarna rambut yang terdapat di pasaran sewajarnya tidak digunakan sewenang-wenangnya dengan alasan bahawa pewarna tersebut mempunyai cap perkataan HALAL oleh negara pengeluar.
Setakat manakah keharusan menggunakan bahan pewarna tersebut dan apakah ia tidak menghalang sampainya air ketika mengangkat hadas kecil dan besar, perkara tersebut tidak dapat dipastikan dengan yakin. Oleh kerana itu, hendaklah berhati-hati dalam menggunakannya.
Rambut merupakan bahagian yang wajib dibasuh ketika mandi junub atau mengangkat hadas kecil (wudhu’). Ini bererti air yang bersih wajib sampai ke semua bahagian rambut termasuklah kulit kepala ketika mandi junub itu atau sebahagiannya ketika berwudhu’. Jika ada sesuatu yang menghalang air untuk sampai membasahi rambut, maka tiadalah sah mandi hadas dan wudhu’ itu. Sehubungan dengan itu ibadat-ibadat yang dilakukan seperti sembahyang menjadi tidak sah kerana hadas atau wudhu’nya itu tidak terangkat.
Dari itu, sekiranya pewarna rambut itu sifatnya melekat atau melapis rambut, sekalipun ianya suci maka ia sudah pasti menghalang air untuk sampai ke rambut. Jika ini terjadi, maka mandi junub umpamanya dalam keadaan rambut diwarnakan dengan bahan tersebut (menghalang air sampai ke rambut) adalah tidak sah dan ini akan menyebabkan ibadahnya seperti sembahyang tidak sah kerana hadasnya tidak terangkat.
Berbeza halnya, jika pewarna rambut itu tidak melekat di atas rambut seperti ia sifatnya meresap sepertimana meresapnya inai (pacar) pada jari dan kuku. Ini tiada menghalang air dari sampai ke bahagian yang wajib dibasuh.

Meniru Trend Dan Gaya Orang Bukan Islam


Perbuatan mewarna rambut kerana meniru trend dan gaya penampilan orang-orang bukan Islam adalah tidak bersesuaian dengan prinsip akhlak agama Islam, sebagaimana yang kita lihat akhir-akhir ini ianya menjadi ikutan di kalangan anak-anak remaja bahkan belia-belia Islam zaman sekarang. Meniru trend atau gaya orang bukan Islam adalah dilarang kerana perbuatan tersebut akan menjadikannya tergolong dalam kumpulan tersebut. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasalam ada bersabda:

Maksudnya“Sesiapa yang menyerupai/meniru sesuatu kaum maka dia adalah dari golongan mereka”
(Hadis riwayat Abu Daud)
Menurut Ibnu al-Qayyim al-Jawziyyah menyerupai mereka (orang yang bukan Islam) dari sudut penampilan zahiriyah merupakan satu jalan ke arah menyerupai mereka dari segi maksud dan perbuatan. Ianya juga sebenarnya timbul atas dasar suka dan menganggap ianya adalah satu perkara yang baik. Apabila seseorang itu menganggap kelakuan orang bukan Islam itu satu kebaikan maka cenderunglah dirinya untuk melakukan kelakuan orang bukan Islam itu.
Apabila dia sudah melakukannya buat pertama kali nescaya akan diulanginya untuk kali kedua dan seterusnya sehingga menjadi satu kebiasaan kepada dirinya. Jika ini berlaku akan lenyaplah nilai-nilai Islam di dalam dirinya itu.
Dari itu perbuatan menyerupai orang-orang bukan Islam itu adalah sangat ditegah sekalipun tanpa bertujuan meniru perbuatan mereka itu demi menjaga iman dan akidah umat Islam daripada terjerumus ke arah perkara yang boleh membawa kepada kekufurran.Wal‘iyadzubillah.
Kesimpulannya mewarna uban yang tedapat di kepala adalah sunat sama ada bagi lelaki atau perempuan. Warna yang disunatkan untuk digunakan pula ialah kuning atau merah bukan warna hitam. Walau bagaimanapun harus mewarnakan uban itu dengan warna hitam sekiranya ianya bertujuan untuk menakutkan pihak musuh ketika berjihad. Begitu juga, perempuan diberi kelonggaran menggunakan warna hitam bagi tujuan berhias untuk suaminya dengan syarat ada izin daripada suami itu.
Tanda atau logo HALAL yang dicap pada pewarna rambut yang terdapat di pasaran bukanlah suatu jaminan bahawa pewarna rambut itu tidak akan menghalang air sampai ke rambut sekalipun ia suci. Oleh itu, adalah lebih selamat tidak menggunakannya atau dipastikan terlebih dahulu dengan yakin agar kita terhindar dari perkara yang syubhah atau yang samar-samar demi memelihara kesucian agama, sesuai dengan sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam:

Maksudnya“Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu juga jelas dan di antara keduanya terdapat perkara-perkara yang samar, yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia, maka sesiapa memelihara (dirinya dari) segala yang kesamaran, sesungguhnya dia telah memelihara agamanya dan kehormatannya. Dan sesiapa yang jatuh ke dalam perkara kesamaran, jatuhlah dia ke dalam yang haram. Seperti seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, hampir sangat (ternakannya) makan di dalamnya. Ketahuilah bahawa setiap raja ada kawasan larangan. Ketahuilah bahawa larangan Allah ialah segala yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa di dalam badan itu ada seketul daging, apabila ia baik, baiklah seluruh badan dan apabila ia rosak, rosaklah seluruh badan, ketahuilah ia adalah hati.”
(Hadis riwayat Muslim)
Pewarna yang jelas selamat lagi harus ialah seumpama ‘inai’.

semoga bermanfaat buat kita semua :) amiinn

wassalam



Hukum Membaca Doa Qunut Subuh.


Hukum Membaca Doa Qunut Subuh

Bismillahirrohmanirrohim..

hari ni nak berkongsi sikit. Mungkin ramai yang masih was2 dan tertanya2 tentang Hukum Membaca Doa Qunut semasa Solat Subuh. Mudah2an penerangan ini Jelas buat kita semua :) 
kum Membaca Doa Qunut 




Hukumnya adalah sunat

Pendapat yang dikemukakan oleh para imam besar seperti Malik, As Syafie, Ibnu Abi Laila, Hasan bin Soleh, Abu Ishaq Al Ghazali, Abu Bakar bin Muhammad, Hakam bin Utaibah, Hammad, Ahli HIjjaz, Al Auza'ie kebanyakan Ahli Syam malah menurut Imam An Nawawi dalam Majmu'. Ia adapah pendapat yang dipegang oleh kebanyakan ulama salaf dan generasi selepas daripada mereka bahawa doa qunut disunatkan pada solat Subuh setiap hari.

Dalil :

Mereka berdalilkan dengan sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad daripada Anas bin Malik r,a katanya :

Sentiasalah RasuluLlah s.a.w berqunut pada solat Subuh sehinggalah baginda wafat."

Diriwayatkan juga bahawa Saidina Umar membaca doa qunut pada solat Subuh di hadapan para sahabat dan selainnya.

Berkenaan dengan hadith yang diriwayatkan daripada Anas ini, menurut al Haithami, Para perawinya adalah dipercayai." Menurut an Nawawi ia diriwayatkan oleh sekumpulan huffaz (ahli hadith) dan mengakui kesahihannya.

Kesahihan ini dinyatakan oleh al Hafiz al Balkhi, Al Hakim, Al Baihaqi dan ia juga diriwayatkan oleh Ad Daruqutni melalui beberapa jalan dengan sanad yang sahih.

Dalam mazhab syafie adalah sunat hukumnya membaca doa qunut dalam solat subuh itu, baik pada ketika turunnya bala atau tidak. Ini adalah pendapat yang banyak dari ulama-ulama salaf atau katakanlah yang paling banyak dan juga pendapat ulama-ulama yang di belakang ulama salaf. Di antara yang berpendapat serupa ini adalah Saidina Abu Bakar, Umar bin Khattab, Utsman, Ali, Ibnu Abbas, Bara' bin "azib Rda (al Majmu' Syarah Muhazzab III halaman 504)




Qunut dalam Sembahyang Subuh.



Di dlm mazhab Syafie sudah disepakati bahawa membaca doa qunut dlm sembahyang Subuh , pada iktidal rakaat kedua adalah sunat ab'ad dlm erti diberi pahala bagi orang yg mengerjakannnya dan bagi yg lupa atau lalai mengerjakannya disunatkan utk menggantikannya dgn sujud sahwi.

Tersebut dlm kitab Al-Majmu' syarah Muhazzab jilid 3 hlm.504, maksudnya:

"Dlm mazhab Syafie disunatkan qunut pada solat subuh sama ada ketika turun bencana atau tidak. Dgn hukum inilah berpegang majoriti ulamak salaf dan orang2 yg sesudah mereka atau kebanyakan dari mereka. Dan diantara yg berpendapat demikian adalah Abu Bakar As-Siddiq, Umar bin Khattab, Usman bin Affan, Ali bin Abi Talib, Ibnu Abbas, Barra' bin Azib, semoga Allah meredhai mereka semua. Ini diriwayatkan oleh Baihaqi dgn sanad2 yg sahih. Ramai orang yg termasuk tabi'in dan yg sesudah mereka berpendapat demikian. Inilah juga mazhab Ibnu Abi Laila, Hasan, Ibnu Salah, Malik dan Daud."

Tersebut dlm kitab Al-Um jilid 1 hlm.205 bahawa Imam Syafie
berkata,maksudnya:

"Tak ada qunut dlm sembahyang lima waktu kecuali sembahyang subuh. Kecuali jika terjadi bencana maka boleh qunut pada semua sembahyang jika imam menyukai"


Tersebut dlm kitab Al-Mahalli jilid 1 hlm.157, berkata Imam Jalaluddin
Al-Mahalli, maksudnya:

"Disunatkan qunut pada iktidal rakaat kedua drpd solat subuh dgn doa, Allahumahdini hingga akhirnya"


Demikianlah keputusan dan kepastian hukum tentang qunut subuh dalam mazhab kita Syafie.



ALASAN ORANG-ORANG YG MENOLAK QUNUT

Ada orang yg berpendapat bahawa Nabi Muhammad saw melakukan qunut satu bulan shj berdasarkan hadith Anas ra, maksudnya:

"Bahawasanya Nabi saw melakukan qunut selama satu bulan sesudah rukuk sambil mendoakan kecelakaan ke atas beberapa puak Arab kemudian baginda meninggalkannya." Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.

Kita menjawab:

Hadith daripada Anas tersebut kita akui sebagi hadith yg sahih kerana terdapat dlm kitab Bukhari dan Muslim. Akan tetapi yg menjadi permasalahan sekarang adalah kata:(thumma tarakahu= Kemudian Nabi meninggalkannya).

Apakah yg ditinggalkan oleh Nabi itu?

Meninggalkan qunutkah? Atau meninggalkan berdoa yg mengandungi kecelakaan ke atas puak-puak Arab?

Untuk menjawab permasalahan ini lah kita perhatikan baik2 penjelasan Imam Nawawi dlm Al-Majmu'jil.3,hlm.505 maksudnya:

"Adapun jawapan terhadap hadith Anas dan Abi Hurairah r.a dlm ucapannya dengan (thumma tarakahu) maka maksudnya adalah meninggalkan doa kecelakaan ke atas orang2 kafir itu dan meninggalkan laknat terhadap mereka shj. Bukan meninggalkan seluruh qunut atau meninggalkan qunut pada selain subuh. Pentafsiran spt ini mesti dilakukan kerana hadith Anas di dlm ucapannya 'sentiasa Nabi qunut di dlm solat subuh sehingga beliau meninggal dunia'
adalah sahih lagi jelas maka wajiblah menggabungkan di antara kedua-duanya."

Imam Baihaqi meriwayatkan dan Abdur Rahman bin Madiyyil, bahawasanya beliau berkata, maksudnya:

"Hanyalah yg ditinggalkan oleh Nabi itu adalah melaknat."

Tambahan lagi pentafsiran spt ini dijelaskan oleh riwayat Abu Hurairah ra yg berbunyi, maksudnya:

"Kemudian Nabi menghentikan doa kecelakaan ke atas mereka."

Dengan demikian dapatlah dibuat kesimpulan bahawa qunut Nabi yg satu bulan itu adalah qunut nazilah dan qunut inilah yg ditinggalkan, bukan qunut pada waktu solat subuh.

2. Ada juga orang2 yg tidak menyukai qunut mengemukakan dalil hadith Saad bin Thariq yg juga bernama Abu Malik Al-Asja'i, maksudnya:

"Dari Abu Malik Al-Asja'i, beliau berkata: Aku pernah bertanya kpd bapaku, wahai bapa! sesungguhnya engkau pernah solat di belakang Rasulullah saw, Abu Bakar, Usman dan Ali bin Abi Thalib di sini di kufah selama kurang lebih dari lima tahun. Adakah mereka melakukan qunut?. Dijawab oleh bapanya:"Wahai anakku, itu adalah bid'ah." Diriwayatkan oleh Tirmizi.

Kita jawab:

Kalau benar Saad bin Thariq berkata begini maka sungguh menghairankan kerana hadith2 tentang Nabi dan para Khulafa Rasyidun yg melakukan qunut banyak sangat sama ada di dlm kitab Bukhari, Muslim, Ibnu Majah, Abu Daud, Nasa'i dan Baihaqi.

Oleh itu ucapan Saad bin Thariq tersebut tidaklah diakui dan terpakai di dlm mazhab Syafie dan juga mazhab Maliki.

Hal ini disebabkan oleh kerana beribu-ribu orang telah melihat Nabi melakukan qunut, begitu pula sahabat baginda. Manakala hanya Thariq seorang shj yg mengatakan qunut itu sebagai amalan bid'ah.

Maka dlm kes ini berlakulah kaedah usul fiqh iaitu:

"Almuthbitu muqaddimun a'la annafi"

Maksudnya: Orang yg menetapkan lebih didahulukan atas orang yg menafikan.

Tambahan lagi orang yg mengatakan ADA jauh lebih banyak drpd orang yg mengatakan TIDAK ADA.

Seperti inilah jawapan Imam Nawawi didlm Al-Majmu' jil.3,hlm.505, maksudnya:

"Dan jawapan kita terhadap hadith Saad bin Thariq adalah bahawa riwayat orang2 yg menetapkan qunut terdapat pada mereka itu tambahan ilmu dan juga mereka lebih banyak. Oleh itu wajiblah mendahulukan mereka"

Pensyarah hadith Turmizi yakni Ibnul 'Arabi juga memberikan komen yg sama terhadap hadith Saad bin Thariq itu. Beliau mengatakan:"Telah sah dan tetap bahawa Nabi Muhammad saw melakukan qunut dlm solat subuh, telah tetap pula bahawa Nabi ada qunut sebelum rukuk atau sesudah rukuk, telah tetap pula bahawa Nabi ada melakukan qunut nazilah dan para khalifah di Madinah pun melakukan qunut serta Sayyidina Umar mengatakan bahawa qunut itu sunat,
telah pula diamalkan di Masjid Madinah. Oleh itu janganlah kamu tengok dan jgn pula ambil perhatian terhadap ucapan yg lain drpd itu."

Bahkan ulamak ahli fiqh dari Jakarta yakni Kiyai Haji Muhammad Syafie Hazami
di dlm kitabnya Taudhihul Adillah ketika memberi komen terhadap hadith Saad
bin Thariq itu berkata:

"Sudah terang qunut itu bukan bid'ah menurut segala riwayat yg ada maka yg bid'ah itu adalah meragukan kesunatannya sehingga masih bertanya-tanya pula. Sudah gaharu cendana pula, sudahh tahu bertanya pula"

Dgn demikian dapatlah kita fahami ketegasan Imam Uqaili yg mengatakan bahawa Abu Malik itu jangan diikuti hadithnya dlm masalah qunut.(Mizanul I'tidal jil.2,hlm.122)

3. Ada juga orang mengetengahkan riwayat dari Ibnu Masu'd yg mengatakan, maksudnya: "Nabi Muhammad saw tidak pernah qunut di dlm solat apa pun."

Kita jawab:

Riwayat ini menurut Imam Nawawi dlm Al-Majmu' adalah terlalu dhaif kerana di antara perawinya terdapat Muhammad bin Jabir A-Suhaimi yg ucapannya selalu ditinggalkan oleh ahli2 hadith. Tersebut dlm kitab Mizanul I'tidal karangan Az-Zahabi bahawa Muhammad bin Jabir As-Suhaimi adalah orang yg dhaif menurut perkataan Ibnu Mu'in dan Imam Nasa'i.

Imam Bukhari mengatakan: "Ingatannya tidak kuat!"

Imam Abu Hatim mengatakan:"Dlm waktu yg akhir dia agak pelupa dan kitabnya telah hilang."(Mizanul I'tidal jil. 3, hlm.492)

Kita juga boleh mengatakan dgn jawapan terdahulu bahawa orang yg mengatakan ADA lebih didahulukan drpd orang yg mengatakan TIDAK ADA berdasarkan kaedah:-

"Al-muthbitu muqaddamun a'la annafi" maksudnya: Orang yg menetapkan lebih didahulukan atas orang yg menafikan.

4. Ada juga yg mengajukan dalil bahawa Ibnu Abbas berkata, maksudnya:

"Qunut pada solat subuh itu bid'ah"

Kita jawab:

Hadith ini dhaif sangat kerana AlBaihaqi meriwayatkannya dari Abu Laila Al-Kufi dan Baihaqi sendiri mengatakan bahawa hadith ini tidak sahih kerana Abu Laila itu adalah matruk(orang yg ditinggalkan hadithnya).

Tambahan lagi pada hadith yg lain Ibnu Abbas sendiri mengatakan, maksudnya:
"Bahawa Nabi saw melakukan qunut pada solat subuh."

5. Ada juga yg membawa dalil bahawa Ummu Salamah berkata, maksudnya:

"Bahawasanya Nabi saw melarang qunut pada solat subuh."

Kita jawab:

Hadith ini juga dhaif kerana diriwayatkan dari Muhammad bin Ya'la dari Anbasah bin Abdurrahman dari Abdullah bin Nafi dari bapanya dari Ummu Salamah.

Berkata Daruqutni: Ketiga2 orang itu adalah lemah dan tidak benar kalau Nafi mendengar hadith itu dari Ummu Salamah.

Tersebut dlm Mizanul I'tidal: Muhammad bin Ya'la itu diperkata-katakan oleh Imam Bukhari bahawa dia banyak menghilangkan hadith. Abu Hatim mengatakannya matruk.(mizanul I'tidal 4/70). Anbasah bin Abdurrahman menurut Imam Bukhari hadithnya matruk. Manakala Abdullah bin Nafi adalah orang yg banyak meriwayatkan hadith munkar.(Mizanul I'tidal 2/422
)