My Favrot

Monday 29 July 2013

Raya kini semakin menghampiri..

Bismillahirrohmanirrohim..

Assalamualaikum wrh.wbt..

Hay,hay, hayyy =) alhamdulillah masi lagi diberi kesempatan untuk bernafas dan melalui bulan ramadhan yang mulia ini.. Alhamdulillah hari ni suda masuk malam 10 Ramadhan yang terakhir :) alhamdulillah puasa ku masi penuh ni hari..hehe.. tetamu yang tiap bulan datang tuh harap2 lepas penuh puasa, baru dia datang..hehe.. mau puasa penuh aku ba.. betul2 mau puasa ni jadi penuh.. aamiiiinnn.. mudah2an.. Oh ya, cerita sal puasa ni.. aku baru2 ni enda berapa sihat.. sakit ulu hati, gastrik.. 3 hari aku sakit.. sengsara juga la.. tapi mungkin ujian daripada Allah.. Sakit tuh kan dari dosa2 kita juga.. Jadi, sebagai manusia ni.. aku memang mesti ada dosa dan mesti buat salah.. :)hehe..

Oh ya, masuk kelas.. kuar kelas.. fikir pasal raya terus aku ya.. haihhh.. macam fikir pulang seja aku ni tau.. hehe.. maklumlah.. mau balikkkkkk.. jumpa familyy.. haihh.. rindu suda aku makan di rumah, dengan familyy.. rindu semuanyaa.. rindu tawau.. haihh.. semualah aku rindu ^_^ fikir pasal raya ni pun banyak lagi assgment lum siap .. semuanya kena hantar minggu ni ya.. huhuhu berhabis mencari maklumat.. terutama malam ni lah.. masa yang ada, terluang.. kena la siapkan suda ^_^ hehe..

Inshaa Allah aku balik hari Jumaat ni pegi Tawau.. haihh.. Tawau terus suda kan?hehe.. enda apa la.. hari ni seja aku ulang nama Tawau..hehe cerita sal hal aku.. erm.. Aku sedang dilanda kesibukan nanti raya ni.. Inshaa Allah banyaklah urusan di Tawau tahun ni.. Kawin abang la terutama.. Ramai betul sebelah kanan kiri ku berkahwin.. Kadang aku pun terfikir sejenak...

"Siapa lah yang bakal menjadi pendamping hidupku? enda sabar tahu siapa dia yang sebenarnya untuk aku.. rindu pula didasar hati " :) orang bilang hati lelaki lebih kuat dari perempuan kalo soal jodoh.. Enda juga semestinya ba kan? dari penentuan Jodoh juga =) Cehh.. cerita sal jodoh pula.. hehe..

Tema baju raya ku tahun ni, raya pertama.. warna pink.. Dari bapa sampai anak bongsu..hehe.. sehati sejiwa raya tahun ni.. Sebab abang kan mau kawin.. bertambah la pula family kami.. Kalo 2010 tuh, abang ipar.. sekarang kakak ipar dan akan datang bukan ipar lagi.. Suami la pula ceritanya..=) akan datang adik ipar suda pula.. akan datang anak buah la pula ada.. akan datang anak sendiri juga ada.. akan datang menantu.. akan datang cucu.. hehe.. semua lah ada.. tua suda aku enda lama.. sekarang pun suda 21 tahun.. :) tidak lah begitu muda, tidaklah begitu tua.. sedang2 la juga masi kan?
oklah, nanti cerita lagi yah.. hehe  Selamat menyambut HARI RAYA ADIDILFITRI DAN MAAF ZAHIR BATIN :)

Mode: Insan mana yang tidak pernah buat salah.. pasti pernah dan pasti ada.. Dan orang yang rendah hatinya adalah orang memaafkan dan meminta maaf walau tidak salah dan prnah salah (:

Wassalam..



Thursday 11 July 2013

puasa ke 2 :)

Bismillahirrohmanirrohim..

 Assalamualaikum wrh.wbt..

Hayy smuanya.. alhmdulillah hari ni puasa ke Dua suda kan.. by the way, hari 1 hari aku enda p kelas.. critaku ni hari.. Jam 4 Bangun untuk sahur, sedangkan imsak 4.35 pagi.. aduii.. bole nya kan?? Trus solat sbuh Dan ttidur.. alangkah pahitnya hari ni.. first time dalam sem ni aku enda p kelas 1 hari.. Gara2 trlebih sleep Dan terlibat dlm msalah kawan.. ujian2.. Kawanku kan menginap di bilik.. kedapatan suda dorang paitung d bilik..na.. aku Dan roomate ku pun kena bebel la.. sebab2 enda minta kbenaran.. byangkan dari jam 3.30 kami kena bebel sampai jam 4 petang..ainaa.. kelas mula 4 petang.. kesiannya kami hari ni.. :'(! Puasa lagi tuh.. Allah.. sabar seja lah..

Kelas Marketing Dan Economic yang aku enda terpegi ni hari.. matai la juga kena marah ni.. enda suda aku dapat ambil cuti lain hari.. :'( sedih nya.. punyalaaa sedih.. hoho.. tapi enda apa.. mau tulis surat la nanti kan.. harap2 selesailah.. Enda sabar balik ruma rasanya.. oh ya, Semalam masa sahur.. aku makan Ikan goreng Dan nasi.. ditambah Susu cmpur milo.. alhmdulillah kenyang tuh enda la juga sangat.. lapar pun enda la juga sangat.. biasa2 seja.. hehe.. yang penting dapat sahur Dan Niat betul ;-) ok lah.. jap lagi aku mau siap2 untuk buka puasa..

Mode: Setiap masalah datang mematangkan kita Dan Kadang masalah itu timbul dari diri kita sendiri.. Maka nya, harus dirancang dari awal strategic yang betul dalam apa2 tindakan.. tapi ingat.. rancang2 juga, Allah yang menentukannya ;-)

Wassalam

Tuesday 9 July 2013

Ramadhan Tiba.. :)

Bismillahirrohmanirrohim..

Assalamualaikum wrh.wbt..
Alhmdulillah aku masih bernafas sehingga kini.. Dan hari ni adalah puasa pertama.. Semalam aku terawih di Pusat Islam.. Masa terawih tuh, punyala senang hati.. rasa gembira yang teramat sangat menyambut rmadhan kali ni.. macam lama suda enda terawih.. hehe.. Dan skarang aku baru habis kelas CTU.. sbelum ni pnsyarah Ustaz Kamari, yang datang hari ni Ustaz lain.. ini pertama kali aku Dengar nasihat Yang terus pada point dari seorang Ustaz.. ya biasanya kan, berkias2 bila bercerita.. Tapi yang kali ni terus pada point..hehe.. mcam2 nasihatnya.. Sejujurnya, aku suka seorang yang tegas bila bab2 agama.. rasa macam aku di jaga.. rasa macam " bertuahnya jadi wanita kalo pandai jaga diri".. yah.. seriously, aku ni memang biasa2 seja orangnya.. Dan aku suka kalo dibimbing.. terus teringat bapa ni di Tawau.. :,)

Semalam kami berlima sahur Bubur Knorrs Ayam.. Dan Milo+Susu nespray.. Dan yang paling istimewa kurma ayahanda ku tercinta bagi.. Alhmdulillah senang hati.. rasa Tidak bgitu kenyang Dan Tidak begitu lapar.. yang penting dapat sahur Dan niat dibetulkan.. hehe.. Inshaa Allah.. Aamiinn.. Oh ya, cuaca dalam keadaan mendung beberapa hari ni.. tapi hari ni Tidak.. panas2 sedikit seja.. Hari ni assgmnt CTU, Nota pasal Pemikiran Tamadun Islam.. Hari Jumaat ganti kelas Raya.. Assgment Kami yang penting telah diberikan.. Kami dapat tajuk "Perkembangan Islam dalam Bani Abbasiyyah" Dan kena rujuk 5 buku sekurang2nya.. huhu trbaekk kan?hehe.. apa bole buat.. namanya pun assgment.. Dan Ustaz kami yang baru ni, menekankan kehadiran Dan kerja2.. ini pnsyarah yang tegas dalam2 semua subjek yang aku ambil.. Kalo ustaz Kamari punyala cool, ketawa terus dalam kelas.. tapi dia selalu sibuk, so digantikan dengan yang baru..

By the way, untuk raya.. Inshaa Allah bajuku Ungu Dan pink.. disebabkan kahwin abang.. so,kena buat banyak persediaan la katakan.. hehe.. Sedar endak sedar kahwin suda si abang Din.. cepatnya masa ni.. teringat aku masa budak2 dulu.. selalu seja main2 sama.. last2, kawin suda.. siapa tahu kan jodoh2 ni? Huhu.. ba2.. stop dlu.. nanti sambung esok lagi Atau lusa,lusa,lusa lagi.. Inshaa Allah ;).. Salam Ramadan..

Wassalam.

Wednesday 3 July 2013

Tarbiyah Ramadhan Melahirkan Generasi Bertaqwa :)

Bismillahirrohmanirrohim...
Enda lama lagi Ramadhan kan ? :) hari ni kita bercerita tentang Bulan yang penuh Barakah ini ;)

Ramadhan adalah universiti tarbiyah yang luarbiasa. Pelbagai ganjaran berganda dihidangkan buat kita semua. Dalam kesibukan kita mengutip pahala yang melimpah ruah pada setiap amal ibadah yang kita laksanakan, di dalamnya sarat dengan muatan tarbiah ruhiyah, membangkitkan kembali jiwa yang penuh sesak dengan rawasib-rawasib (karat) dosa sejak pasca Ramadhan tahun yang lalu. Saat kita berada dipertengahan Ramadhan, perlulah kita menilai prestasi kita dalam menjalankan modul-modul tarbiyah yang tersusun indah di bulan luarbiasa ini. Apakah jiwa kita telah ditarbiyah agar saat graduasi kelak, kita akan beroleh keputusan yang cemerlang, lulus sebagai mukmin muttaqin, yang bertaqwa. Nilai taqwa itulah yang kita harap dapat kita raih.

Graduasi Taqwa

Ya, graduan generasi bertaqwa. Formula pembinaannya telah dicatat di dalam Al-Quran. Justeru, sepanjang Ramadhan ini, Al Quran sewajarnya bukan sekadar dibaca untuk meraih pahala berganda, khususnya buat para pemuda, tetapi ditadabur untuk menggapai formula membina pemuda pemudi yang bertaqwa. Ramadhan tidak akan ada maknanya kita sambut saban tahun tanpa kita mencapai martabat generasi bertaqwa. Buat para pemuda pemudi Islam, marilah kita mengambil kesempatan semaksima mungkin mengikuti modul latihan realiti pembinaan generasi bertaqwa. Dalam madrasah rabbaniyah ini, kita sangat memerlukan pelajaran-pelajaran yang terdapat di dalamnya, khususnya buat para pemuda pemudi umat yang menginginkan kebangkitan Islam bersinar kembali.

Ramadhan adalah bulan daurah Al-Quran. Al-Quranul-Karim dalam pandangannya yang menyeluruh kepada alam semesta ini, manusia dan kehidupan ini, telah menerangkan kepada kita satu manhaj yang amali dalam mempersiapkan manusia di segi roh, pembentukan keimanannya dan pentarbiyahan kejiwaannya yang akhirnya melahirkan generasi bertaqwa.

Firman Allah dalam Surah Al-Anfal:

“Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu bertakwa kepada Allah, nescaya Ia mengadakan bagi kamu (petunjuk) yang membezakan antara yang benar dan yang salah, dan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu serta mengampunkan (dosa-dosa) kamu. Dan Allah sememangnya mempunyai limpah kurnia yang besar.” (Al-Anfal:29)

Firman Allah dalam Surah Al-Hadid:

“Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dan tetaplah beriman kepada Rasul-Nya (Muhammad) supaya Allah memberikan kepada kamu dua bahagian dan rahmat-Nya dan menjadikan bagi kamu cahaya untuk kamu berjalan dengannya serta diampunkan dosa kamu dan ingatlah Allah amat Pengampun lagi amat Pengasihani.” (Al-Hadid: 28)


Dan firman Allah dalam surah At-Talaq:

“Dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan dan meninggalkan segala larangan) nescaya Allah mengadakan baginya jalan keluar (dari perkara yang menyusahkan) serta memberikannya rezeki dari jalan yang tidak disangkakannya.” (At-Talaq :2-3)

Renungi dan perhatikanlah dalam keseluruhan rangkaian ayat-ayat tadi, apakah yang kita dapati?

Taqwa dan Kekuatan

Kita mendapati bahawa ketakwaan kepada Allah Azzawajala adalah merupakan asas gelombang kekuatan, serta asas bagi nur (cahaya) yang menyuluh dan asas bagi pemberian serta sumbangan (pengorbanan).

Dalam pada itu juga dengan ketakwaan kepada Allah SWT sahajalah yang membolehkan seseorang mukmin membezakan antara yang “putih” dengan yang “hitam”, iaitu membezakan antara yang hak dengan yang batil.

Begitulah dengan ketakwaan kepada-Nya, Allah menjadikan bagi mereka yang bertakwa satu nur (cahaya). Lantaran dengan cahaya tersebut mereka berjalan di kalangan manusia lalu manusia seluruhnya berpandukan dengan nur hidayah (yang mereka bawa) dan bersinarkan dengan nur tersebut.

Dengan ketakwaan kepada-Nya, mereka (yang bertakwa) mendapat jalan keluar (daripada kesusahan) kepada jalan yang penuh dengan keamanan. Sekalipun mereka di ketika itu berhadapan dengan maut serta berhadapan dengan seksaan-seksaan. Sayyid Qutb dalam mentafsirkan firman Allah (Surah Al-Anfal:29) menyatakan:

“Inilah dia bekalan iaitu bekalan persediaan dan kelengkapan di perjalanan. Bekalan ketakwaan yang menghidup, membangkit dan menyedarkan hati, membuahkan di dalamnya setinggi-tinggi kesedaran, kewaspadaan dan berhati-hati. Menyediakan baginya sinar cahaya petunjuk yang menyingkap segala rintangan ujian di liku-liku perjalanan yang sejauh mata memandang. Cahaya petunjuk ini merupakan cahaya yang tidak dikelami dengan sebarang syubhat (kesamaran) serta mendindingi pemikiran yang sempurna dan benar. Kemudiannya, ia adalah merupakan bekalan keampunan dan memaafkan sebarang kesalahan, bekalan kedamaian yang mencurahkan ketenangan dan kegembiraan, bekalan cita-cita serta impian untuk memenuhi dan mencapai kurniaan Allah yang maha besar di ketika hari yang tiada di sana sebarang bekalan di ketika hari yang mana keseluruhan amalan adalah sia-sia, tidak mempunyai sebarang nilaian. Kesemuanya ini adalah merupakan kenyataan: Bahawa hanya ketakwaan kepada Allah sahajalah yang benar wujud dan menjelma di hati, satu petunjuk yang membezakan antara yang benar dan yang batil yang seterusnya menyingkapkan rintangan dan halangan di perjalanan. Begitu juga dengan hakikat-hakikat kepercayaan (akidah) ini tidak akan dirasai, difahami dan diketahui melainkan kepada mereka yang melaksanakan secara amali.”

Taqwa Generasi Terdahulu

Lantaran itu, buat perhatian pemuda pemudi Islam, sedarilah bahawa betapa pentingnya ketakwaan, maka apakah kita tidak serius melalui madrasah Ramadhan buat sekian kalinya ini. Bagi generasi Al-Quran yang telah dibina oleh Rasulullah SAW mereka sentiasa menantikan kembalinya Ramadhan bagi memperbaharui jiwa dan memperkasakan iman mereka, lantas mereka graduan buat sekian kalinya sebagai generasi bertaqwa, kemudian mereka bersikap dan berprestasi luarbiasa sehingga memungkinkan dunia jahiliah tunduk kepada kebenaran Al-Quran dan Islam yang dibawa.

Penjelasan Allah SWT terhadap kemuncak puasa di sepanjang Ramadhan amat jelas. Firman Allah SWT:

Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. (QS Al-Baqarah:183)

Ternyata Al-Quran begitu mengambil berat tentang fadilat (kelebihan) ketakwaan, bahkan dalam pada itu ia menyeru manusia kepada ketakwaan dan menempatkan serta memberikan keistimewaan kepadanya. Sebilangan besar dari ayat-ayatnya yang jelas sehinggalah para pembacanya, hampir-hampir tidak tertinggal satupun muka surat ayat-ayat suci Al -Quran ataupun sebahagiannya melainkan mereka akan mendapati kalimah “attakwa” di sana sini yang dinyatakan oleh yang Maha Pengingat dan Maha Bijaksana.

Para sahabat dan salafus salih begitu mengambil berat tentang ketakwaan di mana mereka memastikan, bermujahadah untuk mencapainya dan sering bertanya mengenainya. Umar bin Al-Khattab pernah bertanyakan Ubai bin Kaab tentang takwa. Ubai bertanya: “Pernahkah engkau berjalan di jalan yang berduri? Umar menjawab, “Bahkan!” Ubai bertanya: “Apa yang engkau lakukan apabila berjalan di jalan tersebut? Jawab Umar: “Aku berhati-hati dan berusaha (melepasi nya).” Lalu Ubai berkata: “Maka yang demikian itulah ketakwaan”.

Berasaskan kepada pengertian ketakwaan seperti yang dinyatakan oleh Ubai bin Kaab dalam jawapannya terhadap soalan yang dikemukakan oleh Umar al faruq, Sayyid Qutb Rahimahullah menyatakan di dalam tafsirnya, “Fi Zilalil Quran”:

“Yang demikian itulah ketakwaan, kehalusan rasa dalam tindakan, keheningan pada perasaan, ketakutan yang berterusan, kesentiasaan di dalam kewaspadaan dan pemeliharaan (diri) dan ranjau-ranjau di jalan. Jalan kehidupan. Jalan yang sentiasa dirintangi oleh ranjau-ranjau keinginan hawa nafsu, ranjau-ranjau kehalobaan, kebanggaan serta yang menakutkan dan menggetarkan hati, ranjau-ranjau tipuan pengharapan bagi mereka yang tidak mempunyai pengharapan. Tiupan ketakutan dari mereka yang tidak memberikan kemanfaatan serta kemudaratan dan puluhan macam ranjau-ranjau yang lain.
Luar biasa Taqwa..
 
Cukuplah “takwa” dengan segala kelebihan dan keberkesanannya. Sesungguhnya ia merupakan pemancar kelebihan (fadilah) kepada masyarakat seluruhnya. Satu-satunya jalan untuk mengawal kerosakan, kejahatan dan dosa. Bahkan ia merupakan rukun yang paling asasi dalam pembentukan sesebuah keperibadian di segi kejiwaan dan akhlaknya.

Itulah hakikat ketakwaan yang kesannya begitu terasa dalam pentarbiyahan sesebuah peribadi dan pembentukan sesebuah jamaah. Wahai generasi kemudian, bersungguhlah di sepanjang 30 hari menuntut di Universiti Ramadhan. Raihlah pahala tanpa batas dan keampunan dari Allah SWT serta pembebasan dari api neraka. Suburkan ketaqwaan dalam diri agar menjadi tunjang kekuatan untuk memperjuangkan Deen Allah SWT terus terangkat dan berada di puncak. Lantas dengan nilai taqwa inilah kita thabat di jalan dakwah dan tarbiah yang perjalanannya masih panjang.
 
Petikan dari -> Cinta ilahi ..
 
wassalam...

Tuesday 2 July 2013

Esok Hari berlalu dan terus berlalu..

Bismillahirrohmanirrohim..

Mata merenung jauh ke arah laut biru, angin mendayu-dayu membunyikan kehalusannya yang bergerak laju ditemani pancaran sinar matahari yang terbit dikala siang Dan hilang di kala malam.. Tidak terasa masa begitu pantas mencemburui diriku yang sering dipengaruhi bisikan indah dunia Dan bisikan kebahagiaan akhirat.. Ujian demi ujian, onak duri penuh ku lalui saat ini.. sungguh aku jatuh rebah hingga Tidak terkata bagaimana akan ku lalui ujian yang bakal tiba.. tiada yg menemani.. tiada yg mnasihati.. teman, kamu Cuba memahami diriku.. namun, hanya aku yang merasai setiap getar, luka, rebah, tangisan kerana aku yang mengalaminya.. Bukan kamu.. Bukan sesiapa.. Tiba nya ujian, Tidak ku pinta.. berfikir semua ini ada hikmah.. walau hati berkata " ya Allah, aku lemah.. aku sangat lemah".. duka ini tersimpul rapi menghiasi hariku.. tangisan disetiap sujudku.. rebah aku dipangkuanNya dengan rasa keHambaan Hina.. Tidak terlakar dengan kata2.. hanya berserah padaNya.. di saat inilah.. jiwaku meronta.. seakan2 aku hilang segala ketahanan jiwa.. Entah dimana silapnya.. mungkinkah segala ujian dari Kesalahan yang pernah ku lakukan dulu.. yang mungkin ku tak melihatnya.. yang mungkin ku tersengaja.. biarlah ku berserah atas segala ujian dariNya.. smoga Dia memberi petunjukNya..