My Favrot

Monday 12 November 2012

Kata-Kata Imam Hebat :) Sharing Is Caring


Kata-kata Imam Hebat

SUFFIAN AS SAURI

1. Tidak ada ketaatan kepada kedua ibu bapa pada perkara yang syubhat.

2. Ada orang yang banyak harta tapi dia zuhud. Ada pula orang yang fakir tapi dia sangat cinta dengan dunia.

3. Menuntut ilmu lebih utama daripada sembahyang sunat.

IMAM ASY SYAFIE

1. Siapa yang hendakkan Akhirat, hendaklah ikhlas dalam menuntut ilmu.

2. Tidak ada sesuatu yang lebih indah pada ulama melainkan memiliki kefakiran dan memadai apa yang ada serta redha dengan kedua-duanya.

3. Hendaklah kamu berilmu pengetahuan sebelum kamu menjadi ketua sebab setelah menjadi ketua, tiada jalan lagi bagi kamu mencari pengetahuan.

4. Orang yang berakal itu adalah orang yang akalnya dapat mengawal sifat-sifat mazmumah (keji).

5. Siapa yang ingin Allah menutup kejahatannya dengan kebaikan maka hendaklah dia bersangka baik dengan manusia.

IMAM MALIK

1. Bukanlah ilmu itu dengan membanyakkan riwayat tapi ilmu itu ialah cahaya yang Allah letak dalam hati.

2. Apabila seseorang itu memuji dirinya maka hilanglah cahayanya.

3. Orang yang benar-benar menuntut ilmu itu pasti memiliki kebesaran, ketenangan dan ketakutan.

IMAM ABU HANIFAH

1. Setiap kali aku bersembahyang, aku doakan untuk guruku Hammad dan setiap orang yang aku belajar ilmu daripadanya atau aku mengajarkannya (murid-murid).

2. Aku bergaul dengan manusia sejak 50 tahun. Aku dapati tidak ada seorang pun yang mengampunkan dosaku. Tidak ada yang menghubungiku ketika aku memutuskannya. Tidak ada yang menutup aibku dan aku tidak aman apabila dia telah marah kepadaku. Maka aku sangat berbimbangbimbang dengan mereka itu.

3. Sesungguhnya tidak ada yang lebih mulia dari seorang alim yang warak.

IMAM AHMAD
Jangan kamu mengambil ilmu dari orang yang mengambil upah di atas ilmunya.

SUFYAN BIN AINAH

1. Dua perkara yang susah sekali mengubatinya iaitu meninggalkan loba (tamak) untuk manusia dan mengikhlaskan amal untuk Allah.

2. Siapa yang ditambah akalnya kuranglah rezekinya.

3. Zuhud di dunia itu ialah sabar dan menunggu-nunggu kedatangan mati.

4. Ilmu itu jika tidak memberi manfaat padamu maka dia akan memberi mudharat padamu.

5. Tidak dianggap orang yang berilmu itu berakal selagi dia tidak melihat dirinya hina.

No comments:

Post a Comment